omniture

Perdana Menteri Republik Singapura Tertarik dengan Perkhidmatan berkuasa Teknologi Kewangan WeBank di SFF x SWITCH

WeBank
2019-11-16 03:03 502

SINGAPURA, 16 November 2019 /PRNewswire/ -- Mulai 11 hingga 13 November 2019, WeBank mempamerkan beberapa keupayaan teknologi kewangan generasi baharu di Festival Fintech Singapura. Pada 12 November, Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Republik Singapura, mengunjungi reruai WeBank dan berbual bersama Henry Ma, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank. Henry memperkenalkan sejauh mana WeBank menerima pakai keupayaan teknologi kewangan dalam bidang ABCD (AI, rantaian blok, pengkomputeran awan dan data raya) bagi menggalakkan rangkuman kewangan sebagai bank digital pertama China. Beliau mencadangkan bahawa dengan memanfaatkan teknologi ini, WeBank didayakan untuk meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos dan berkembang lebih pantas. Seterusnya, Henry menarik perhatian Perdana Menteri ini menerusi demonstrasi perjalanan pengguna yang sebenar bagi perkhidmatan pinjaman mikro berkuasa teknologi kewangan WeBank.

Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Republik Singapura, mengunjungi reruai WeBank di Festival FinTech Singapura
Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Republik Singapura, mengunjungi reruai WeBank di Festival FinTech Singapura

Sebagai sebuah bank digital yang terkemuka di dunia, WeBank berusaha menjalin kerjasama antarabangsa bagi menggalakkan rangkuman kewangan melalui teknologi kewangan. Alan Ko, Ketua Inovasi Teknologi Kewangan (Antarabangsa) di WeBank, menekankan penetapan minda terbuka oleh WeBank ke arah menggalakkan rangkuman kewangan digital di festival ini. "Teknologi kewangan mempunyai potensi untuk merevolusikan perkhidmatan kewangan masa depan, atas sebab itulah penyelesaian teknologi kewangan kami mendapat banyak perhatian di acara ini, khususnya pameran-pameran kami dalam bidang-bidang seperti AI, rantaian blok, pengkomputeran awan dan data raya. Sebagai penginovasi teknologi dalam liga bank digital yang terkemuka di dunia, kami aktif mencari peluang perkongsian dan kolaborasi untuk mengambil langkah seterusnya bagi menggalakkan rangkuman kewangan melalui teknologi baharu.

Penyelesaian Fintech WeBank
Penyelesaian Fintech WeBank

Bagi menyediakan rakan-rakan kongsi dengan pendekatan yang lebih berkesan dan berkos rendah demi menangani masalah teknologi kewangan dalam perniagaan mereka, golongan profesional WeBank membawakan penyelesaian daripada empat bidang utama-AI, rantaian blok, pengkomputeran awan dan data raya:

Dari segi AI, WeBank membina beberapa aplikasi AI canggih untuk peluasan rangkuman kewangan dan ekosistem kewangan dipacu teknologi. Salah satunya ialah Federated AI Technology Enabler (FATE), platform pembelajaran bersekutu tahap perindustrian yang pertama di China yang bersumber terbuka oleh WeBank. FATE membantu perniagaan dan organisasi membina model AI dengan berkesan dan secara kolaboratif, dengan menggunakan data selaras dengan perlindungan privasi pengguna, keselamatan data, kerahsiaan data dan peraturan kerajaan. Setakat ini, ia telahpun diaplikasikan dalam kredit, insurans, pengawasan dan peruncitan.

WeBank turut menyediakan penyelesaian rantaian blok yang komprehensif termasuk platform infra FISCO BCOS, kit perisian perantara WeBase dan aplikasi-aplikasi termasuk WeIdentity dan WeEvent:

  • FISCO BCOS (Be Credible, Open & Secure) ialah platform rantaian konsortium terbuka, dibina dengan tujuan untuk memudahkan perkongsian dan menginspirasikan kolaborasi dalam kalangan perniagaan. Ia merupakan ekosistem rantaian konsortium sumber terbuka yang terbesar di China dengan lebih 10,000 ahli (lebih 500 ahli perusahaan). Ia telah melancarkan lebih 60 aplikasi bagi penyesuaian antara bank, pembiayaan pelancongan, pembiayaan rantaian bekalan, perkhidmatan badan kehakiman, perlindungan hak cipta, hiburan & permainan serta pengurusan sosial & perkhidmatan awam.
  • WeBASE (WeBank Blockchain Application Software Extension) ialah penghubung yang menyambungkan aplikasi-aplikasi dengan infrastruktur rantaian blok.
  • WeIdentity ialah penyelesaian sumber terbuka yang menawarkan penyelesaian yang selamat dan cekap untuk pengesahan identiti dan kerjasama data berdasarkan rantaian blok.
  • WeEvent ialah seni bina dipacu peristiwa teragih yang dibangunkan oleh pemberitahuan peristiwa silang institusi dan silang platform dalam sistem gandingan longgar yang menyokong model Perniagaan Kolaboratif.

WeBank menerima pakai dan mencipta semula banyak teknologi berasaskan awan termasuk Fintech Sandbox dan WeCube. WeBank FinTech Sandbox ialah makmal inovasi maya yang direka untuk pembangun individu, selain rakan kongsi teknologi dan perniagaan. Ia menyediakan tempat ujian untuk membina, mendemonstrasi, berkongsi, menambah dan menguji teknologi kewangan canggih, pelaksanaan rujukan selain pelbagai aplikasi dan penyelesaian perniagaan yang lain. Kami menggalakkan penginovasi teknologi kewangan untuk membina model perniagaan disruptif mereka sendiri berasaskan teknologi yang telah diuji dan terbukti secara meluas serta boleh diaplikasikan untuk pelbagai keadaan penggunaan termasuk perbankan maya, pembiayaan rantaian bekalan, pembayaran mudah alih, peruncitan pintar dan lain-lain.

WeCube menangani cabaran dalam mengurus seni bina teragih sepenuhnya yang memerlukan alatan operasi & penyelenggaraan pintar untuk kecekapan yang lebih tinggi. Ia merupakan alatan semua-dalam-satu bagi menangani isu sebagai platform kerja bersumber terbuka dan berkembang sendiri.

Dalam bidang data raya, WeBank mengekstrak intipati teknologi data gred kewangan dan mereka bentuk WeDataSphere. Ia merupakan platform dengan keupayaan pengkomputeran gred kewangan, penyimpanan dan pertukaran data serta pembelajaran mesin yang dibangunkan berdasarkan pelbagai komponen sumber terbuka seperti Hadoop, spark, HBase, KubeFlow dan FFDL. Usaha penambahbaikan dan pengukuhan yang besar dilakukan oleh WeBank selain komponen-komponen sumber terbuka bagi menangani isu-isu aplikasi kewangan yang berkaitan dengan keselamatan, prestasi, ketersediaan tinggi dan kebolehkesanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Fintech WeBank, ikuti laman sesawang rasmi mereka di fintech.webank.com/en.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191113/2641552-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191113/2641552-1-b?lang=0

 

Source: WeBank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology