omniture

Pengeluar AC terkemuka dunia dan syarikat teknologi inovatif bersaing untuk Hadiah Penyejukan Global

Rocky Mountain Institute
2019-11-18 14:16 271

Lapan pasukan dari serata dunia cipta penyelesaian penyejukan berpatutan dengan potensi lima kali ganda kurang kesan iklim

NEW DELHI, 18 November 2019 /PRNewswire/ -- Satu gabungan global yang dipimpin oleh Kerajaan India bersama-sama Rocky Mountain Institute (RMI) hari ini mengumumkan Finalis bagi Hadiah Penyejukan Global, satu pertandingan inovasi bagi membangunkan penyelesaian penyejukan kediaman super cekap dan mesra iklim. Pesaing-pesaing mempamerkan teknologi penyejukan rintis yang bukan sahaja menggunakan kurang tenaga elektrik tetapi turut mengurangkan penggunaan bahan penyejuk yang dikaitkan dengan perubahan iklim; kemajuan yang akan menjadi penting memandangkan bilangan penyaman udara bilik di seluruh dunia akan meningkat hampir empat kali ganda menjelang tahun 2050.

 

Pasukan Finalis dipimpin oleh beberapa pengeluar penyaman udara yang terbesar di dunia termasuk Gree Electric Appliances Inc. dari Zhuhai, Daikin AirConditioning India Pvt. Ltd., dan Godrej and Boyce Mfg. Co. Ltd.; syarikat baharu dan perbadanan S&S Design Startup Solution Pvt. Ltd., Transaera Inc, M2 Thermal Solutions dan Kraton Corporation; serta Barocal Ltd. Pasukan-pasukan yang terpilih mempamerkan pelbagai jenis penyelesaian teknologi penyejukan kediaman yang inovatif, termasuk penyejukan mampatan wap hibrid pintar, penyejukan sejatan dan reka bentuk teknologi penyejukan keadaan pepejal.

"Saya berasa amat berpuas hati untuk mengatakan bahawa kami telah menerima beberapa idea penyejukan yang sememangnya revolusioner," kata Richard Branson, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Group dan duta global Hadiah ini. "Apa yang membuatkan pertandingan ini mengujakan ialah peluang transformasi pasaran. Ia boleh menjadi salah satu langkah berasaskan teknologi yang terbesar untuk menghentikan perubahan iklim. Saya tidak sabar-sabar untuk mengikuti anda semua dalam perjalanan anda untuk memenangi Hadiah ini dan meluaskan teknologi anda."

Satu gabungan global yang dipimpin oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Kerajaan India, RMI, sebuah institut penyelidikan global yang terkemuka; dan Mission Innovation, satu inisiatif global melibatkan 24 buah negara dan Kesatuan Eropah bagi mempercepatkan inovasi tenaga bersih global, melancarkan Hadiah Penyejukan Global pada November 2018 dengan tujuan untuk merangsang pembangunan penyelesaian penyejukan kediaman mesra iklim.

Ketua Pegawai Eksekutif RMI, Jules Kortenhorst, menekankan impak inovasi ini pada masa depan. "Industri AC Kediaman mewakili pasaran bernilai 60 bilion dolar hari ini dan dijangka untuk berkembang kepada hampir empat kali ganda berbanding saiz berkenaan menjelang tahun 2050," kata beliau. "Hadiah ini memulakan satu era transformasi untuk industri penyejukan. Teknologi rintis yang berjaya berpotensi untuk mencegah sehingga 0.5 darjah pemanasan global menjelang tahun 2100."

Hubungi: Nick Steel, nsteel@rmi.org

Video - https://www.youtube.com/watch?v=ktynXCWCL5o

Source: Rocky Mountain Institute
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Awards Broadcast feed announcements