omniture

Crowne Plaza® Hotels & Resorts Umum Perkongsian Seluruh Dunia Dengan Global Entrepreneurship Network

IHG Hotels and Resorts
2019-11-20 22:00 133

Sebagai rakan kongsi hospitaliti eksklusif pertama Global Entrepreneurship Network, hotel-hotel Crowne Plaza akan menjadi pusat kepada Startup Huddle, membantu membina komuniti syarikat baharu tempatan di seluruh dunia

LONDON, 20 November 2019 /PRNewswire/ -- Crowne Plaza® Hotels & Resorts dengan bangganya mengumumkan pelancaran satu perkongsian global dengan Global Entrepreneurship Network (GEN). Perkongsian ini akan dimulakan semasa Minggu Keusahawanan Global (18-24 November 2019) tahunan. Sebagai rakan kongsi hospitaliti eksklusif yang pertama buat GEN, hartanah Crowne Plaza terpilih di seluruh dunia akan menjadi hab baharu pertemuan bulanan Startup Huddle, program yang diwujudkan untuk membantu usahawan sekaligus mengukuhkan ekosistem tempatan, menyediakan akses yang lebih mudah kepada ruang untuk usahawan berkolaborasi, menyelesaikan masalah dan memberi inspirasi kepada satu sama lain.


Salah satu jenama mewah yang terbesar di dunia, jenama Crowne Plaza sedang menjalani evolusi dan pengembangan global, dengan enam hotel utama baharu dibuka di AS, Eropah dan China menjelang awal tahun 2020. Direka untuk memenuhi keperluan berubah-ubah pengembara moden, inovasi reka bentuk ciri penting baharu jenama Crowne Plaza termasuk Plaza Workspace, konsep reka bentuk lobi kerja bersama yang menampilkan ruang kerja yang fleksibel, ruang santai dan The Studio, ruang mesyuarat boleh-tempah-mengikut-jam. GEN mempunyai lebih 15,000 ahli di 170 buah negara. Menerusi perkongsian ini, hotel-hotel Crowne Plaza terpilih akan menawarkan mereka dengan akses berdiskaun atau percuma ke ruang ini bagi tujuan kolaborasi.

Reka bentuk fleksibel jenama Crowne Plaza menyediakan persekitaran yang sempurna untuk para usahawan bertemu secara bersemuka. Berhubung secara peribadi lebih penting berbanding sebelum ini untuk usahawan dan syarikat baharu, menurut Laporan Ekosistem Syarikat Baharu Global 2019 oleh Startup Genome dan GEN. Laporan baru-baru ini mendedahkan bahawa mata lebih tinggi untuk "keterkaitan tempatan" dapat diterjemahkan kepada syarikat baharu yang lebih berjaya dan ekosistem keusahawanan yang lebih kukuh. Khususnya, usahawan yang mempunyai tahap "keterkaitan tempatan" yang tinggi dapat meningkatkan pendapatan mereka dua kali ganda sepantas usahawan dengan keterkaitan tempatan yang rendah.

Libby Escolme, Naib Presiden Global, Crowne Plaza, mengulas: "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan GEN bagi menyokong dan menyediakan pusat untuk generasi usahawan seterusnya di serata dunia. Perkongsian ini dibuat pada masa yang tepat untuk jenama Crowne Plaza tatkala kami memperluas reka bentuk lobi dan bilik baharu kami yang fleksibel di hartanah utama seluruh dunia. Bermula daripada konsep lobi kami kepada bilik tamu WorkLife berpaten kami, hotel-hotel kami benar-benar menawarkan perkhidmatan kepada pengembara perniagaan moden dan juga komuniti perniagaan tempatan."

Penajaan jenama Crowne Plaza untuk Startup Huddle akan bermula pada 19 November 2019 semasa Minggu Keusahawanan Global menerusi sebuah acara di lokasi utama benua Amerika jenama ini yang baru mengalami transformasi, hotel Crowne Plaza Atlanta Perimeter di Ravinia. Jonathan Ortmans, pengasas dan presiden GEN serta Meredith Latham, Naib Presiden Crowne Plaza, benua Amerika, akan menganjurkan acara berkenaan yang akan memberi gambaran dekat suasana syarikat baharu di Atlanta dan sejauh mana reka bentuk yang hebat dapat mendorong kreativiti dan kolaborasi. Beberapa acara di hartanah Crowne Plaza seluruh dunia juga dirancang untuk tahun 2020.    

Ortmans mengulas: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan jenama Crowne Plaza bagi membantu memupuk ekosistem yang lebih baik untuk usahawan dari semua latar belakang untuk berkembang maju. Ekosistem syarikat baharu tempatan memerlukan fungsi ketersambungan dan kepadatan – suasana meriah daripada konsep lobi Crowne Plaza baharu menawarkan pusat kepada usahawan untuk berkolaborasi dan membina komuniti. Jenama Crowne Plaza ialah penyesuai awal dalam mengiktiraf peranan penting yang boleh dimainkan oleh mereka dan kami berharap dapat melihat lebih banyak program dan komuniti kami memanfaatkan hotel Crowne Plaza tempatan mereka sebagai hab untuk inovasi dan pertumbuhan komuniti."

Untuk maklumat lanjut tentang perkongsian ini, sila kunjungi genglobal.org/crowneplaza.  

Latar Belakang Global Entrepreneurship Network
Global Entrepreneurship Network mengendalikan platform program di 170 buah negara yang bertujuan untuk menjadikannya lebih mudah buat sesiapa sahaja, di mana-mana untuk memulakan dan mengembangkan sesebuah perniagaan. Dengan memupuk kolaborasi dan inisiatif rentas sempadan yang mendalam antara usahawan, pelabur, penyelidik, penggubal dasar dan organisasi sokongan keusahawanan, GEN berusaha untuk mendorong ekosistem permulaan dan skala yang lebih baik yang dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, mendidik individu, mempercepatkan inovasi dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi. Untuk butiran tentang program dan inisiatif yang membentuk GEN, kunjungi genglobal.org. Ikuti GEN di Twitter @unleashingideas.

Latar Belakang Crowne Plaza® Hotels & Resorts 
Crowne Plaza® Hotels & Resorts ialah salah satu jenama hotel yang paling pantas berkembang di seluruh dunia. Di Crowne Plaza®, kami merupakan pakar dalam membantu tetamu untuk menjalankan perniagaan dengan lebih baik, menggabungkan perkhidmatan rakan sekerja yang diperkasa, ketersambungan yang sentiasa beroperasi, bilik yang inovatif dan tempat kerja bersama yang fleksibel. Semua ini membantu tetamu untuk menjadi produktif, bersemangat dan membina hubungan bermakna dengan pelanggan serta rakan sekerja mereka, mahupun rakan perjalanan. Bilik-bilik yang dilengkapi dengan baik, program Sleep Advantage® utama, kemudahan kecergasan 24 jam, kemudahan mesyuarat & acara bergaya dan restoran & bar di lapangan. Di hotel-hotel Crowne Plaza, kami membawakan pengalaman yang diterajui rekaan, didayakan teknologi dan relevan dengan budaya kepada dunia perniagaan moden & perjalanan riadah; bermakna tetamu boleh mendapatkan kembali semangat mereka dan memperoleh inspirasi semasa waktu rehat dan waktu kerja mereka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.crowneplaza.com, dan berhubung dengan kami di Facebook https://www.facebook.com/Crowne.Plaza Twitter www.twitter.com/crowneplaza serta Instagram www.instagram.com/crowneplaza

Latar Belakang IHG®
IHG® (InterContinental Hotels Group)  (LON:IHG) (NYSE:IHG) (ADR) ialah sebuah organisasi global dengan portfolio jenama hotel yang luas termasuk Six Senses Hotels Resorts SpasRegent Hotels & Resorts, InterContinental® Hotels & Resorts, Kimpton® Hotels & Restaurants, Hotel Indigo®, EVEN® Hotels, HUALUXE® Hotels and Resorts, Crowne Plaza® Hotels & Resorts, voco™, Holiday Inn® Hotels & Resorts , Holiday Inn Express®, Holiday Inn Club Vacations®, avid™ hotels, Staybridge Suites®, Atwell Suites™ dan Candlewood Suites®.  

IHG memfrancaiskan, menyewa, mengurus atau memiliki hampir 5,800 hotel dan kira-kira 865,000 bilik tamu di lebih 100 buah negara, dengan lebih 1,900 hotel yang sedang dirancang pembangunannya. IHG turut mengurus IHG® Rewards Club, program kesetiaan global kami yang mempunyai lebih 100 juta ahli berdaftar.

 

InterContinental Hotels Group PLC ialah sebuah syarikat induk Kumpulan dan diperbadankan di Great Britain dan didaftarkan di England dan Wales. Lebih 400,000 orang bertugas merentas hotel-hotel dan pejabat-pejabat korporat IHG di seluruh dunia.

Kunjungi www.ihg.com untuk maklumat dan tempahan hotel serta www.ihgrewardsclub.com untuk maklumat lanjut tentang IHG Rewards Club. Untuk berita terkini kami, kunjungi: www.ihgplc.com/media dan ikuti kami di media sosial melalui: https://twitter.com/ihgcorporate, www.facebook.com/ihgcorporate dan www.linkedin.com/company/intercontinental-hotels-group.

Hubungan Media
Jason Rollins, IHG
Jason.Rollins@ihg.com  
+1 770-604-5314


Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1030342/IHG_Hotels_and_Resorts_Hamburg.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1030343/Crowne_Plaza_Atlanta.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/951572/IHG_Crowne_Plaza_Logo.jpg

Source: IHG Hotels and Resorts
Related Stocks:
LSE:IHG NYSE:IHG
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Travel Contracts Small Business Services