omniture

Pameran Teknologi Tinggi China (CHTF2019) Labuh Tirai di Shenzhen

China Hi-Tech Fair Organizing Committee Office
2019-11-22 12:57 115

SHENZHEN, China, 22 November 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Teknologi Tinggi China (China Hi-Tech Fair, CHTF2019) ke-21, bertema "Merancakkan Kawasan Teluk Lebih Besar melalui Pembukaan dan Inovasi", melabuhkan tirai dengan jayanya di Shenzhen pada 17 November 2019. Acara selama 5 hari itu menyediakan platform untuk pameran, forum, pertukaran teknologi dan kerjasama serta memainkan peranan yang aktif dalam mempromosikan inovasi teknologi dan juga meningkatkan persekitaran inovasi.

Dewan 1 CHTF 2019
Dewan 1 CHTF 2019

Dengan kawasan seluas 142,000m2, CHTF2019 menarik sejumlah 3,315 pempamer untuk mempamerkan 10,216 projek berteknologi tinggi dalam bidang seperti AI, kediaman pintar, pembuatan pintar, IoT, pemanduan pintar, smart+, perangkaian kereta, 5G dan rantaian blok.

148 delegasi dari 44 buah negara dan organisasi antarabangsa seperti Argentina, Australia, Austria, Bahrain, Jepun, Korea Selatan, AS dan EU, selain 33 wilayah dan kawasan perbandaran termasuk Beijing, Shanghai, Guangdong, Hong Kong, Macau dan Taiwan mengambil bahagian dalam pameran ini. Sebanyak 29 buah universiti ternama mempamerkan projek-projek teknologi tinggi mereka.

Sementara itu, sejumlah 256 forum tahap tinggi, salun dan persidangan teknikal diadakan, menarik perhatian 576,000 hadirin. Seramai 1,253 wartawan daripada 306 outlet media domestik dan luar negara melaporkan acara ini.

Selain Huawei, ZTE, Fuji, Ping An Technology, NTT DATA, Hong Kong Telecom dan perusahaan terkemuka yang lain, banyak syarikat unikorn atau kuasi-unikorn mengadakan pameran di acara tersebut, yang mana sejumlah 2,077 produk baharu dan 701 teknologi baharu diperkenalkan, 400 lebih banyak berbanding tahun lalu.

Di samping itu, 60 tetamu ternama termasuk penerima Hadiah Nobel, pemenang Anugerah Turing, ilmuwan Cina dan luar negara, saintis serta pakar ekonomi menyampaikan ucapan. Pengurus kanan daripada IBM, Bosch, Philips, Fujitsu, Midea dan Thunder, mengambil bahagian dalam pelbagai forum serta aktiviti-aktiviti lain. Seramai 9 orang kenamaan timbalan menteri atau peringkat atasan dari Iran, Hungary, Serbia, Ireland dan UAE hadir ke pameran ini.

Menghimpunkan sumber-sumber yang inovatif di Kawasan Teluk Lebih Besar yang merangkumi Guangdong, Hong Kong dan Macau, CHTF2019 turut menyediakan ruang pameran Guangdong-Hong Kong-Macau untuk mempamerkan peluang-peluang baharu bagi tujuan pembangunan terlaras serantau dan membantu membina pusat inovasi teknologi yang lebih kukuh di Kawasan tersebut.

Dalam tahun ke-21nya, CHTF telah menjadi lebih berpengalaman dalam membina platform perdagangan untuk pencapaian saintifik dan teknologi. CHTF akan terus berganding bahu dengan semua sektor dalam industri teknologi tinggi bagi menambah dorongan baharu kepada pembangunan teknologi tinggi China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2647214-1?lang=0

Source: China Hi-Tech Fair Organizing Committee Office
Keywords: Computer/Electronics Trade show news
collection