omniture

IARD: Pengeluar Bir, Wain dan Minuman Beralkohol Terkemuka serta Platform Digital Terkenal Dunia Sediakan Perlindungan Lanjut Cegah Individu Bawah Umur Lihat Pemasaran Alkohol Dalam Talian

IARD - International Alliance for Responsible Drinking
2019-11-22 19:40 158

LONDON, 22 November 2019 /PRNewswire/ -- Kami, ahli-ahli International Alliance for Responsible Drinking (IARD), bersama-sama Facebook (termasuk Instagram), Snapchat dan YouTube berazam untuk terus mewujudkan piawaian baharu bagi tanggungjawab pemasaran. Kami bersama-sama ingin memudahkan pelaksanaan perlindungan berkesan malah buat pengeluar paling kecil untuk mencegah individu bawah umur daripada melihat pemasaran alkohol secara dalam talian.

 

MENAMBAH BAIK SARINGAN UMUR 

Kami bersatu padu menerusi cita-cita kami untuk mencegah golongan bawah umur daripada melihat atau berinteraksi dengan pemasaran alkohol secara dalam talian. Bagi mencapai matlamat ini, kami bekerjasama untuk terus mengehadkan potensi pengguna bawah umur melihat usaha pengiklanan oleh jenama-jenama bir, wain dan minuman beralkohol – sama ada mereka memberi tarikh lahir yang tepat atau tidak.

Ahli-ahli IARD melaksanakan penyaringan umur pada saluran dalam talian, dilengkapi oleh teknologi khusus dan pada platform yang sesuai yang membantu memastikan pemasaran mencapai mereka yang berumur melebihi usia pembelian yang sah.

Secara perkongsian, kami terus meningkatkan perlindungan ini dan akan memperkenalkan perlindungan yang membantu memastikan bahawa semua saluran atau kempen baharu berkaitan alkohol dipasarkan secara bertanggungjawab dalam talian. Perkongsian ini akan terus mengusahakan aspek-aspek baru muncul termasuk pengiklanan pempengaruh.

MEMBERI PENGGUNA PILIHAN UNTUK MENYEKAT PEMASARAN DARIPADA PENGELUAR BIR, WAIN DAN MINUMAN BERALKOHOL

Kami ingin memberi orang ramai dengan kawalan lebih besar sama ada mereka melihat pemasaran berkaitan alkohol secara dalam talian atau tidak. Menghormati pilihan keutamaan peribadi orang dewasa dan perbezaan budaya merupakan pertimbangan penting yang memerlukan tahap kepekaan dan tindakan yang sama sebagaimana mencegah golongan bawah umur daripada melihat pemasaran alkohol dalam talian.

Perkongsian kami telahpun melakar kemajuan yang besar dalam pemasaran yang bertanggungjawab, namun tugas kami masih belum selesai. Kami mengundang dan menggalakkan platform digital dan pengeluar lain untuk menyertai kami bagi meningkatkan piawaian industri menggunakan jangkauan dan kepakaran kolektif kami bagi menyasarkan tabiat minum yang memudaratkan dalam segala bentuknya.

Catatan untuk editor 

International Alliance for Responsible Drinking (IARD) ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang dikhususkan untuk mengurangkan tabiat minum yang memudaratkan. Kami disokong oleh pengeluar bir, wain dan minuman beralkohol terkemuka yang bergabung untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian bagi menangani penyalahgunaan alkohol yang memudaratkan. Bagi mencapai matlamat ini, kami bekerjasama dengan pemegang kepentingan daripada sektor awam, masyarakat awam dan juga sektor swasta. Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian kami dan apa yang kami lakukan, sila layari www.iard.org.

Untuk melihat atau memuat turun penyataan tersebut sila kunjungi https://iard.org/press

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/715226/IARD_Logo.jpg

 

Source: IARD - International Alliance for Responsible Drinking
Related Links:
Keywords: Advertising Beer, Wine & Spirits Beverages Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Telecommunications Children-related news Not for profit