omniture

Hengtong Bersama adakan Persidangan Gentian Optik dan Kabel Global 2019

Hengtong Group
2019-11-25 08:40 391

SUZHOU, China, 25 November 2019 /PRNewswire/ -- Hengtong Group dan Asian-Pacific Optical Fiber and Cable Industry Association (APC) Bersama-sama mengadakan Persidangan Gentian Optik dan Kabel Global 2019 (GOFC) di Pusat Persidangan Antarabangsa Shanghai dan mempamerkan empat sektor perniagaan Bandar Pintar, Laut Pintar, industri Baru Muncul dan industri Antarabangsa. Lebih 600 pakar dan pemimpin industri menghadiri persidangan itu.

Cui Genliang, Chairman of the Board of Hengtong Group, delivered a speech.
Cui Genliang, Chairman of the Board of Hengtong Group, delivered a speech.

Cui Genliang, Pengerusi Lembaga Hengtong Group, menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan.

"Dengan perkembangan pesat teknologi rangkaian maklumat generasi baharu, kita akan memasuki era kecerdasan buatan baharu, revolusi digital dan kesalinghubungan bagi segala-galanya, yang memberikan peluang terunggul untuk industri gentian optik dan kabel." Beliau berkata: "Kita perlu mengukuhkan kerjasama antara industri dan membina ekosistem perindustrian yang sihat." Beliau juga menyebut bahawa persidangan itu diadakan di Shanghai untuk memperingati Encik Gao Kun, bapa gentian optik.

Persidangan ini mengumpulkan lebih daripada 30 ucapan dasar utama, meliputi perbincangan dan perkongsian teknologi dan aplikasi baharu, dalam bidang rangkaian gentian optik, komunikasi marin, komunikasi optik ke rantaian keseluruhan industri. Selain itu, APC juga mengeluarkan laporan Tinjauan Pasaran 2019 industri gentian optik dan kabel, yang menganalisis keadaan semasa industri kabel gentian optik global dari perspektif pasaran telekom global dan meramalkan trend pembangunan permintaan pasaran kabel gentian optik dalam semua rantau di dunia.

Pada masa yang sama, Forum Pembangunan dan Daya Saing Komunikasi Global dan China Ke-13 telah diadakan di Shanghai. Hengtong Cablescom menyampaikan ucapan bertajuk Aplikasi dan Pembangunan Pasaran Kabel Optik Baharu di Eropah. Semasa forum itu, ia secara rasmi mengumumkan 10 syarikat utama yang paling kompetitif pada tahun 2019. Hengtong dipilih sebagai salah satu daripada 10 syarikat daya saing utama dalam kabel gentian optik Global dan bidang komunikasi optik China.

Hengtong Group ialah sebuah organisasi antarabangsa yang mempunyai kepelbagaian kepakaran yang meliputi kabel serat optik, kuasa, marin dan luar pesisir, perkhidmatan dan penyelenggaraan siap guna EPC, serta internet pelbagai benda, data raya dan e-dagang, bahan-bahan baru muncul dan tenaga baharu.

Hengtong mempunyai 70 syarikat milik penuh dan syarikat induk dengan 11 kemudahan perkilangan yang berpangkalan di Eropah, Amerika Selatan, Afrika Selatan, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Kami mengendalikan pejabat jualan di lebih 30 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, membekalkan produk ke lebih 130 buah Negara.

http://www.hengtonggroup.com/en/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191122/2651711-1?lang=0

Source: Hengtong Group
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements Trade show news