SINGAPURA, 25 November 2019 /PRNewswire/ -- Xero, platform perniagaan kecil global mengumumkan di jerayawaranya beberapa peralatan baharu dan usaha sama teknologi kewangan yang direka bentuk untuk membantu perniagaan kecil, akauntan dan penyimpan kira-kira menguruskan aliran tunai dan data dengan lebih baik, serta melaksanakan analisis untuk menyampaikan wawasan lebih mendalam mengenai prestasi perniagaan.
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini:
https://www.prnasia.com/mnr/xero_201911.shtml
Peralatan ramalan berkuasakan AI baharu untuk menjadikan aliran tunai lebih telus kepada PKS dan akauntan mereka
Xero telah mencipta peralatan ramalan aliran tunai jangka pendek 30 hari untuk memberikan pemilik perniagaan kecil dan akauntan mereka pandangan yang lebih baik berkenaan kesihatan kewangan bagi membantu mereka membuat keputusan perniagaan termaklum.
Memanfaatkan pembelajaran mesin untuk menguasakan automasi data
Berikutan pengambilalihan Hubdoc oleh Xero, keupayaan pembelajaran mesinnya telah memecut lebih jauh. Hari ini, Hubdoc mampu untuk mengekstrak 70 peratus daripada semua dokumen kewangan seperti resit, invois dan bil menggunakan pembelajaran mesin. Hubdoc juga mampu memproses dua kali ganda dokumen dalam tempoh sehari berbanding tempoh sama tahun lepas. Ini mengurangkan waktu tangkapan data untuk pelanggan secara signifikan, dengan dokumen yang diproses lebih pantas.
Bank dan usaha sama teknologi kewangan untuk menambah baik kebolehlihatan kewangan dan memendekkan kitaran pembayaran
Di Singapura, Xero menjalin usaha sama dengan OCBC untuk menyediakan senarai transaksi bank kepada pelanggan bersama mereka.
Kerjasama global Xero dengan Stripe membolehkan perniagaan untuk membangunkan inovasi baharu yang membantu perniagaan kecil mendapat bayaran lebih pantas, dengan lebih banyak cara dan memperoleh lebih kebolehlihatan terhadap prestasi perniagaan mereka.
Pengalaman e-invois yang lebih mudah dan lebih lancar
Dengan Singapura menyertai rangkaian PEPPOL secara rasmi pada Januari 2019, Xero akan bekerjasama lebih erat dengan Lembaga Pembangunan Media InfoKom (IMDA) supaya bersedia untuk PEPPOL dan memacu penerimaan perakaunan awan dengan lebih hebat.
Perhubungan Media
Xero Asia
Semantha Tan
+65-8200-4296
AsiaPress@xero.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191120/2648940-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191120/2648940-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191120/2648940-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191120/2648940-1-d?lang=0