omniture

Zoomlion Perkenal Penggaul Mortar Terkininya Duo-mix Khusus untuk Pencetakan Pembinaan 3D

Zoomlion
2019-11-29 20:54 373

SHANGHAI, 29 November 2019 /PRNewswire/ -- Subsidiari milik penuh Zoomlion, m-tec, melancarkan penggaul mortar terkininya Duo-mix di Shanghai, China buat julung kalinya pada 5 November. Penyelesaian baharu tersebut, yang dapat membantu membina sebuah rumah dua tingkat 60m2 dalam tempoh dua minggu kini disediakan untuk tujuan pembelian di lebih 100 buah negara merentas Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Zoomlion Memperkenalkan Penggaul Mortar Terkininya Duo-mix Khusus untuk Pencetakan Pembinaan 3D
Zoomlion Memperkenalkan Penggaul Mortar Terkininya Duo-mix Khusus untuk Pencetakan Pembinaan 3D

 

Set Meja dan Kerusi yang Dicetak dengan Mortar Dicampurkan oleh Duo-mix Terima Perhatian Luas
Set Meja dan Kerusi yang Dicetak dengan Mortar Dicampurkan oleh Duo-mix Terima Perhatian Luas

Duo-mix boleh suai ini direka khas untuk mortar yang digunakan dalam pencetakan pembinaan 3D. Ia boleh memproses semua produk mortar kering standard bermula dengan bahan berbungkus atau bahan silo kepada bahan salutan timba sehingga saiz bijian 4mm.

Duo-mix boleh disambungkan dengan robot bahagian belakang untuk pencetakan 3D dan menghasilkan konkrit berprestasi tinggi dengan kekuatan mampat tinggi. Ia juga boleh melaraskan dengan tepat kelajuan pembinaan mengikut keperluan projek, seraya menjamin kekuatan setiap lapisan mortar, sekaligus mengekalkan keupayaan perekat terbaik meskipun dalam keadaan lembap.

Duo-mix paling sesuai untuk projek-projek pembinaan dengan belanjawan yang rendah serta dalam rangka masa yang ketat seperti tapak pameran, taman hiburan atau tempat persidangan. Peralatan ini juga membolehkan kawalan luaran melalui aplikasi mudah alih untuk tahap pengautomatan bersepadu yang lebih tinggi.

Ia juga boleh meningkatkan kualiti pembinaan, persekitaran tapak pembinaan dan menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh dengan menggunakan teknologi penyampaian dan penyemburan automatik untuk projek-projek sehingga 60m lebar dan 30m tinggi.

"Sewaktu orang ramai berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup mereka, kami dapat melihat peningkatan permintaan terhadap pembinaan yang berkualiti tinggi dan tapak pembinaan yang lebih baik serta lebih selamat," kata Dr. Meiding, Pengurus Besar Zoomlion m-tec. "Zoomlion akan sentiasa mendorong untuk teknologi pembinaan yang lebih inovatif dan membantu meningkatkan taraf hidup orang ramai di seluruh dunia," tambah Dr. Meiding.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 460 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191128/2656421-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191128/2656421-1-b?lang=0

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Transportation New products/services