omniture

Kerjasama Strategik Zoomlion bersama Kemboja Bawakan Peralatan dan Teknologi Pertanian Moden

Zoomlion
2019-11-29 21:12 557

PHNOM PENH, Kemboja, 29 November 2019 /PRNewswire/ -- Zoomlion Agricultural Machinery Co, subsidiari Zoomlion Heavy Industry Science and Technology Co, (01157.HK), telah menandatangani MoU dengan Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja bagi menggalakkan penjenteraan pertanian dan aplikasi teknologi pertanian pintar pada 19 November lalu di Phnom Penh, Kemboja.

Kerjasama Strategik Zoomlion bersama Kemboja Bawakan Peralatan dan Teknologi Pertanian Moden
Kerjasama Strategik Zoomlion bersama Kemboja Bawakan Peralatan dan Teknologi Pertanian Moden

Pada majlis penandatanganan, Zoomlion turut mengumumkan sumbangan peralatan pertanian yang berkualiti tinggi termasuk peralatan pengeluaran jagung berjentera sepenuhnya dan pengering pintar bagi menyokong transformasi dan pembangunan pertanian moden Kemboja.

Kemboja, sebagai sebuah negara pertanian dengan sejarah yang panjang, merupakan jelapang yang penting untuk Asia dan dunia. Ketika mencapai hasil yang penting dalam pembangunan pertanian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kemboja turut menghadapi cabaran dan peluang yang dibawakan oleh transformasi dan penaiktarafan industri-industri perladangan. Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan merancang untuk menyokong pembangunan perusahaan pertanian dengan menaik taraf peralatan pertanian, meluaskan aplikasi teknologi pintar dan meningkatkan kadar penjenteraan perladangan.

"Kerjasama strategik Zoomlion bersama Kemboja akan bermula daripada mempromosi penanaman dan pengeluaran jagung berjentera sepenuhnya selain aplikasi bersama dan penyelidikan teknologi pengeringan pintar. Dari sini, kami berharap akan dapat memperkenalkan teknologi pertanian yang lebih pintar, penyelesaian dan produk penjenteraan bagi menyumbang kepada pemodenan industri-industri pertanian Kemboja dalam tempoh jangka panjang," kata Xiong Yanming, presiden Zoomlion Agricultural Machinery Co., Ltd.

Selain menyumbang peralatan pertanian yang canggih, Zoomlion akan menyediakan penyelesaian pintar dan menghantar juruteknik ke Kemboja untuk memudahkan penaiktarafan industri-industri perladangan tempatan dan mencapai pembangunan mampan untuk perniagaan peralatan pertanian Zoomlion di Kemboja.

Pada dekad yang lalu, Zoomlion telah menjadi pengeluar peralatan pertanian yang utama dengan produk-produk agraria berjentera kelas pertama, menawarkan perkhidmatan kepada semua rangkaian pengeluaran pertanian bermula daripada penanaman dan pengurusan kepada penuaian dan pengeringan di lebih 60 buah negara dan wilayah seluruh dunia.

Pada tahun 2018, Zoomlion bekerjasama dengan Landing.AI untuk membangunkan generasi baharu peralatan pertanian pintar yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan, termasuk jentuai untuk gandum dan beras, selain pelindung tumbuhan serta membina sistem pertanian pintar yang utama di dunia yang menghubungkan perkakasan dengan platform awan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran, pemiawaian dan kemampanan dengan ketara. Matlamat jangka panjang adalah untuk membantu sektor pertanian tradisional - yang tersebar luas dalam kebanyakan negara sedang membangun - untuk mengubah dan menaik taraf sebagai persediaan menuju era 5G.

"Melalui penyertaan yang meluas dalam pemodenan industri-industri pertanian Kemboja, Zoomlion turut mencipta contoh baharu bagi kerjasama pertanian antarabangsa yang akan membantu lebih banyak negara pada masa depan," kata En. Xiong.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 460 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama.

Pautan Berkaitan: 

www.zoomlion.com.en  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191128/2656620-1?lang=0

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Agriculture Construction/Building OTC/SmallCap IRW Transportation