omniture

Xinhua Silk Road: Auto MG menyerlah di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou 2019

Xinhua Silk Road Information Service
2019-12-02 13:50 401

GUANGZHOU, China, 2 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Jenama automotif seratus tahun MG membawa ke pasaran SUV hibrid pemalamnya MG eHS di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-17 yang membuka tirainya di Guangzhou, selatan China pada Jumaat lalu. Pertama dari kiri iaitu kereta kemudi, klasik MG TD dan siri kereta MG 6 turut dipamerkan.

Auto MG menyerlah di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou 2019
Auto MG menyerlah di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou 2019

MG eHS ialah SUV hibrid pemalam pertama dalam pasaran Cina yang mematuhi peraturan EU seperti ECE, REACH serta E-MARK dan tidak lama lagi akan berada dalam pasaran-pasaran United Kingdom dan Singapura, membawakan pengguna global dengan kawalan prestasi kereta mewah, kata Pengurus Kanan SAIC Motor, Lu Xun dalam satu temu bual dengan Xinhua.

SAIC Motor telah menjadi pemilik MG Motor yang beribu pejabat di Longbridge, Birmingham, England sejak tahun 2007.

Lu berkata bahawa SAIC Group berusaha untuk membina sebuah syarikat automobil yang terkenal di dunia dengan daya saing bertaraf antarabangsa dan pengaruh jenama serta mempercepatkan dengan pesat globalisasinya. Sementara itu, MG terus melancarkan model-model baharu dan setiap model mempunyai kualiti tinggi yang sama di seluruh dunia.

Awal tahun ini, SUV elektrik tulen pertama MG yang mematuhi standard global MG EZS tiba ke Thailand, United Kingdom, Belanda dan tempat-tempat lain dan ia akan menembusi Perancis, Jerman, Denmark, Sweden dan Belgium serta negara-negara lain pada masa depan, kata Lu, menambah bahawa dalam menghadapi permintaan yang kukuh dalam pasaran China dan luar negara, MG mempunyai kekuatan untuk merebut peluang bagi meluaskan lagi jejak globalnya.

Menurut Lu, MG turut memberi perhatiannya kepada pengguna muda dan komited untuk mencipta pengalaman sukan yang unggul. Pada awal November, MG 6 XPOWER TCR mengambil bahagian dalam FIA World Motorsport Games pertama dan memenangi tempat keempat dalam Racing World Cup (Piala Dunia Perlumbaan) bagi pihak pasukan kebangsaan Cina dan pasukan kebangsaan British.

Industri auto China berada dalam tempoh kritikal melibatkan pengukuhan dan transformasi. MG berharap agar ia akan dapat mencipta lebih banyak produk dengan kualiti bertaraf global, menerajui pembangunan yang lebih sihat dan berjangka lebih panjang dalam pasaran automotif mengikut keperluan pengguna, tambah Lu.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309620.html?from=groupmessage&isappinstalled=0

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191128/2655405-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services Trade show news