omniture

Xinhua Silk Road: Dongfeng Motor China melangkah ke hadapan dalam menuju global

Xinhua Silk Road Information Service
2019-12-02 18:39 477

BEIJING, 2 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Pengusaha kereta Cina, Dongfeng Motor Corporation (DFM) baru-baru ini menganjurkan Majlis Pelancaran Dongfeng Brand Night dan AX4, AX7 dan SX6 di Lima, ibu kota Peru.

Brand Night Dongfeng diadakan baru-baru ini di Peru
Brand Night Dongfeng diadakan baru-baru ini di Peru

Semasa Brand Night (Malam Jenama) di Peru, Dongfeng Motor memaparkan imej gabungan jenama dengan pelbagai model kereta penumpang yang lengkap dan menerima pesanan di tapak pameran. Mengambil kesempatan daripada acara ini, Dongfeng Motor memberi tumpuan kepada penyepaduan pasaran utama dan promosi jenama, yang dijangka meningkatkan pemasaran serantau luar negara.

Sebagai jenama cemerlang dengan sejarah selama 50 tahun, Dongfeng Motor ialah pengeluar kereta terkenal di China dan salah satu daripada Fortune Global 500, menikmati kesedaran dan reputasi jenama yang tinggi di dalam dan di luar negara.

Terkesan dengan kemerosotan yang merudum baru-baru ini dalam jualan industri automotif, Dongfeng Motor menjual 2.572 juta kenderaan dan mengeksport 55,380 kenderaan pada tiga suku pertama tahun 2019, yang umumnya mengatasi pasaran automotif China. Setakat ini, Dongfeng Motor telah dieksport ke lebih 80 negara dan wilayah dengan jumlah eksportnya meningkat tahun demi tahun.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Dongfeng Motor aktif mengambil bahagian dalam pembinaan Jalur dan Jalan dan meneroka pasaran luar negara baharu di bawah bimbingan strategi pemasaran globalnya. Sebagai jenama automotif Cina yang terkenal untuk mengamalkan Inisiatif Jalur dan Jalan secara global, Dongfeng Motor telah menarik respon daripada sebilangan besar rakan kongsi global, yang secara komprehensif menggalakkan pengaruh global dan reputasi industri automobil China.

Pada bulan Jun 2018, Pasukan Dongfeng memenangi kejuaraan Volvo Ocean Race 2017-2018 di Belanda. Pada sidang akhbar susulan yang bertemakan "Jalur dan Jalan, bersama Anda", Dongfeng menyampaikan kenderaan kepada rakan kerjasamanya SMT dari Belgium.

Semasa Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai 2019, Dongfeng Motor mengadakan Persidangan Pengedar Luar Negera 2019 di Shanghai, bertemakan "Drive Your Dream" (Pacu Impian Anda). Menurut pelan perniagaan jangka sederhana luar negara baharu Dongfeng Motor dan pelan pemasaran serantau yang dikeluarkan pada persidangan tersebut, syarikat ini telah menetapkan tiga matlamat: mencapai jualan di luar negara sebanyak 300,000 unit, mewujudkan lima pangkalan pemasangan kenderaan luar negara dan mewujudkan lebih banyak produk bintang luar negara menjelang 2023.

Llihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309647.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191129/2656943-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Publishing/Information Service Transportation Corporate Expansion