omniture

Ucommune Perkenal Tiga Ruang Kerja Bersama Baharu Gunakan Model Pengurusan Aset-ringan Inovatif

Ucommune
2019-12-05 06:53 442

BEIJING, 5 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Ucommune, pengendali komuniti kerja bersama China, telah membuka ruang kerja bersama yang baharu di Yanjiao Town Fudi Plaza, Sanhe, Wilayah Hebei; Minmetals Happiness Lane di Beijing.

Ucommune Perkenal Tiga Ruang Kerja Bersama Baharu Menggunakan Model Pengurusan Aset-ringan Inovatif
Ucommune Perkenal Tiga Ruang Kerja Bersama Baharu Menggunakan Model Pengurusan Aset-ringan Inovatif

Ruang terkini Ucommune menyediakan hab untuk usahawan dan pemimpin pemikiran menginovasi dan berkolaborasi.

"Gaya pengurusan 'Aset ringan' ialah satu pendekatan inovatif yang membolehkan kami untuk meluaskan jejak kami dengan pantas di China," kata Dr. Daqing Mao, pengasas dan pengerusi Ucommune. "Dengan teknologi pintar dan operasi perniagaan yang seragam, kami dapat menghubungkan dengan pantas lebih ramai anggota dalam komuniti di seluruh China, menyerlahkan potensi mereka dan mencipta nilai maksimum untuk masyarakat."

Menggunakan model ini, pemilik boleh menggiatkan semula aset hartanah dengan memanfaatkan jenama dan sumber Ucommune untuk membina komuniti dan merangsangkan pembangunan perniagaan tempatan. Bagi memastikan kualiti produk dan operasi, Ucommune melancarkan 'Manual Proses Operasi Seragam', sebuah buku panduan ekstensif merangkumi reka bentuk, pembinaan, pengurusan kewangan dan banyak lagi.

Sejak memperkenalkan model tersebut, Ucommune telah menyempurnakan lebih 30 projek di Beijing, Shijiazhuang, Shenzhen, Guangzhou, Xi'an, Urumqi, Hulunbuir dan bandar-bandar lain. Ahli-ahli termasuk PKS serta perusahaan antarabangsa dan merangkumi pelbagai industri bermula daripada teknologi dan AI kepada reka bentuk dan budaya. Menuju masa depan, Ucommune akan terus memanfaatkan sistem aset-ringan untuk berkembang ke bandar-bandar utama China, pasaran-pasaran luar negara dan mengukuhkan kedudukannya sebagai penunjuk laluan global dan rakan kongsi perniagaan dalam ruang kerja bersama.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.ucommune.com/en/

Latar Belakang Ucommune 

Ucommune ialah pengendali komuniti kerja bersama China. Setakat 30 Jun 2019, Ucommune mengurus 200 ruang kerja bersama di 44 bandar di Rantau Besar China, Singapura dan Bandar Raya New York. Perkhidmatan ruang kerja bersama luar talian Ucommune termasuk model-model kendalian sendiri U Space co-working, U Studio dan U Design untuk ruang tersuai, selain model-model aset-ringan, U Brand dan U Partner. Menerusi empat tahun penerokaan, Ucommune memupuk ekosistem kerja bersama pintar pada skala global, yang mana ahli-ahli kami dapat memanfaatkan rangkaian kami untuk menyerlahkan potensi mereka dan mencipta nilai maksimum secara kolektif.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191203/2659222-1?lang=0

Source: Ucommune
Keywords: Outsourcing Businesses Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion