SINGAPURA, 5 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Johnson Controls, peneraju global bagi teknologi dan penyelesaian bangunan, meluaskan kehadirannya di Asia Tenggara menerusi pelantikan kepimpinan kanan bagi mengukuhkan tempat bertapak syarikat dalam pasaran bangunan pintar di rantau ini.
"Rantau Asia Tenggara menawarkan peluang pertumbuhan yang dinamik buat Johnson Controls," kata Visal Leng, presiden, Asia Pasifik. "Bagi memenuhi permintaan tinggi rantau ini terhadap pembangunan infrastruktur, kebingkasan bandar dan keinginan terhadap inovasi, Johnson Controls komited untuk membina kehadiran dan pasukan kepimpinan yang mantap untuk memberi kuasa kepada pelanggan serta rakan niaga kami demi pertumbuhan mampan."
Pelantikan baharu ke dalam pasukan kepimpinan Johnson Controls di Asia Tenggara termasuk:
Penambahan ini melengkapkan pasukan kepimpinan Johnson Controls di Asia Tenggara, yang turut melibatkan Hendrikus Gozali, pengurus besar negara, Indonesia dan Fam Wee Chean, pengurus besar negara, Malaysia. Kedua-dua Hendrikus dan Wee Chean, selaku veteran dalam industri persekitaran binaan, bekerjasama dengan pasukan tempatan untuk meluaskan keupayaan Johnson Controls dan mempercepatkan pertumbuhan dalam pasaran-pasaran ini.
Pengiktirafan Industri
Selain memperoleh beberapa kemenangan pelanggan utama dalam sektor-sektor komersial termasuk bank utama, institusi pendidikan dan syarikat hartanah, penyelesaian digital Johnson Controls mendapat pengiktirafan yang pesat oleh badan-badan industri yang terkemuka. Penghargaan industri global yang terkenal termasuk:
Alvin Ng, naib presiden, Digital Solutions, Asia Pasifik berkata: "Johnson Controls menyelesaikan masalah data yang begitu berbeza dalam persekitaran binaan yang amat rumit dan mewujudkan depositori data umum dan berstruktur yang melaluinya aplikasi yang inovatif dapat dibina secara meluas. Hal ini amat berkuasa memandangkan ia membolehkan kita untuk belajar, tinggal, bekerja dan bermain dalam bangunan dan bandar kami dengan cara yang baharu, lebih baik dan lebih lestari."
Suit penyelesaian digital yang ditawarkan oleh Johnson Controls termasuk perkhidmatan peralatan terhubung, pengoptimuman kilang pusat, pengurusan perusahaan, kekubah digital, siri jaminan, keselamatan siber-fizikal tertumpu dan perkhidmatan pengurangan isyarat palsu.
Latar Belakang Johnson Controls:
Di Johnson Controls, kami mengubah persekitaran tempat orang ramai tinggal, bekerja, belajar dan bermain. Bermula dengan pengoptimuman prestasi bangunan kepada peningkatan keselamatan dan juga peningkatan keselesaan, kami memacu hasil yang paling penting. Kami menunaikan janji kami dalam industri-industri seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pusat data dan pembuatan. Dengan pasukan global melibatkan 105,000 pakar di lebih 150 negara dan lebih 130 tahun inovasi, kami merupakan kuasa di sebalik misi pelanggan kami. Portfolio utama kami dengan teknologi dan penyelesaian bangunan melibatkan beberapa nama yang paling dipercayai dalam industri seperti Tyco®, YORK®, Metasys®, Ruskin®, Titus®, Frick®, PENN®, Sabroe®, Simplex®, Ansul® dan Grinnell®. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami @johnsoncontrols di Twitter.
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO?lang=0