omniture

TIENS Group Ditonjol pada Skrin NASDAQ di Times Square New York

TIENS
2019-12-06 08:41 430

TIANJIN, China, 6 Disember 2019 /PRNewswire/ -- TIENS Group, salah sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang terkemuka di dunia, muncul pada skrin NASDAQ di Times Square New York pada 18 November 2019 untuk menonjolkan tarikan perusahaan Cina kepada dunia.

TIENS Group Ditonjol pada Skrin NASDAQ di Times Square New York
TIENS Group Ditonjol pada Skrin NASDAQ di Times Square New York

Terletak di salah sebuah kawasan yang paling popular di Manhattan, Times Square dikenali sebagai "persimpangan dunia". Skrin NASDAQ, yang menarik perhatian ramai, dikenali sebagai "skrin No.1 di dunia". Banyak jenama terkenal, seperti P&G dan Abbott, telah menggunakan skrin NASDAQ untuk menunjukkan kekuatan serta imej mereka. Kali ini, TIENS Group melakukan yang sama untuk menunjukkan misi dan imej jenamanya ke mata dunia.

Ditubuhkan pada tahun 1995, TIENS Group bakal menyambut ulang tahun ke-25 pada tahun 2020. Di bawah kepimpinan Pengerusi Li Jinyuan, TIENS Group telah mewujudkan sebuah platform perniagaan global yang unik berdasarkan industri perubatan dan penjagaan kesihatan. Dengan perniagaannya mencakupi lebih 190 buah negara, TIENS Group membawakan kehidupan yang berkualiti tinggi kepada hampir 40 juta keluarga di seluruh dunia dengan menyediakan produk-produk pemakanan yang sangat baik, pengurusan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkemuka di dunia, teknologi sains hayat yang canggih serta produk-produk berkualiti tinggi dan ia telah mendapat pujian yang meluas daripada pengguna seluruh dunia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, TIENS Group mula menaik taraf perniagaan jualan runcit luar negaranya susulan pelaburan dalam pembangunan perniagaan global dan keinginan untuk memberi nafas baharu kepada jenama. Jenama ini juga mengekalkan kelebihan perniagaan asalnya. "TIENS Experience Stores" baharu telah dibuka di seluruh dunia, termasuk di Rusia, Kazakhstan dan Jepun. Kedai-kedai ini dapat mewujudkan pengalaman membeli belah yang termaju dengan paparan interaktif serta teknologi futuristik, bagi memenuhi keperluan pengguna pelbagai peringkat usia.

Menuju masa depan, TIENS Group akan terus melaksanakan strategi "Pembangunan Kesihatan-Hebat Global", meningkatkan kehadiran globalnya dan mempromosikan misi korporatnya iaitu "Berkhidmat kepada masyarakat dengan membantu orang ramai menjalani kehidupan yang sihat dan berjaya."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191204/2660567-1?lang=0

Source: TIENS
Keywords: Advertising Health Care/Hospital