omniture

Vakrangee Lancar Program Kesetiaan Bertumpu Luar Bandar Pertama India untuk Pelanggannya

Vakrangee Limited
2019-12-06 11:44 169

MUMBAI, India, 6 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Vakrangee Limited melancarkan program kesetiaan Vakrangee Kendra bertumpu luar bandar pertama India bagi menghargai kesetiaan pelanggannya dengan menyediakan mereka dengan faedah tambahan dan pengalaman yang lebih mendatangkan kepuasan dalam seluruh rangkaian Nextgen Vakrangee Kendras miliknya.

Program ganjaran ini bertujuan untuk menjadi salah satu program kesetiaan bertumpu luar bandar yang terbesar di India dengan fokus jelas terhadap kumpulan pelanggan luar bandar yang kurang mendapat perkhidmatan dan terabai. Kini, Vakrangee mempunyai 21,000 (8,500 proses operasi & lebih 12,500 sedang menjalani proses on-boarding) Nextgen Vakrangee Kendras yang berada di 29 Negeri & UT, lebih 500 daerah dan lebih 5,800 poskod. Lebih daripada 70% outlet berada di bandar-bandar tahap 5 dan tahap 6. Vakrangee menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 25,000 outlet menjelang Tahun Fiskal 2019-20.

Mengulas tentang hal ini, En. Anil Khanna, Pengarah Urusan berkata, "Di Vakrangee, tumpuan kami adalah sentiasa terhadap kemudahan pelanggan kami dan kami meletakkan mereka di kedudukan paling penting dalam platform kami, menawarkan mereka dengan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk dipilih, kini dengan program kesetiaan kami akan dapat memanfaatkan Kecerdasan Buatan dan membina pengetahuan kami tentang tingkah laku perbelanjaan mereka, seraya dapat menghasilkan tawaran baharu, urus niaga dan lebih banyak transaksi.

Dengan meningkatkan tumpuan kami terhadap kesetiaan pelanggan, kami dapat memastikan agar pelanggan kami berasa dihargai, diberi ganjaran dan menerima komunikasi yang lebih menarik."

Mengulas tentang hal ini, En. Dinesh Nandwana, Pengerusi Eksekutif berkata, "Di Vakrangee, kami sentiasa percaya bahawa perniagaan dapat membawa kesan positif kepada masyarakat yang menerima khidmat kami. Kami memberi tumpuan untuk mewujudkan rangkaian outlet jualan runcit kilometer terakhir yang mampan di setiap poskod negara ini dengan menawarkan pelbagai produk dan juga perkhidmatan.

Ikhtiar kami adalah untuk merapatkan jurang antara luar bandar serta bandar dan program Kesetiaan ini merupakan satu lagi inisiatif dalam arah yang sama. Kami percaya bahawa usaha ini akan muncul sebagai Salah satu program kesetiaan bertumpu luar bandar yang terbesar di India dengan sasaran untuk melibatkan sekurang-kurangnya 10 juta pelanggan dalam tempoh 12 bulan akan datang."

Latar Belakang Vakrangee Limited    

(Kod BSE: 511431) (Kod NSE: VAKRANGEE)

Diperbadankan pada tahun 1990, Vakrangee ialah sebuah syarikat dipacu teknologi unik yang memberi tumpuan untuk membina rangkaian terbesar di India bagi outlet jualan kilometer terakhir untuk menyediakan perkhidmatan perbankan & Perkhidmatan Kewangan waktu nyata, ATM, insurans, e-tadbir urus, e-dagang dan logistik kepada pasaran luar bandar yang tidak mendapat perkhidmatan. Kedai-kedai Kemudahan Digital Terbantu dikenali sebagai "Vakrangee Kendra" yang berperanan sebagai "Kedai sehenti" untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan dan juga produk.

Hubungan Media:
Ammeet Sabarwal
Ketua Pegawai Komunikasi Korporat & Strategi
ammeets@vakrangee.in  

Vakrangee Limited – www.vakrangee.in

 

Source: Vakrangee Limited
Related Stocks:
Bombay:511431 India:VAKRANGEE
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology Public Interest