omniture

Berusaha untuk Lebih lagi: GAC MOTOR Umum Pelancaran Jenama dan GS8 di Rusia

- Kenderaan Pertama GAC MOTOR SUV GS8 kini mula dijual di Rusia, Ahli Muzik Basta Dinamakan sebagai Duta Produk
GAC MOTOR
2019-12-12 09:03 214

Moscow, RUSIA, 12 Disember 2019 /PRNewswire/ -- GAC MOTOR telahpun mengumumkan harga SUV mewah GS8 kepada hadirin dan rakan media semasa Upacara Pelancaran Jenama Rusia dan GS8 GAC MOTOR, yang diadakan pada 9 Disember di Muzium Moscow. SUV GS8 ialah kenderaan pertama daripada GAC MOTOR yang dilancarkan di Rusia dan akan berharga bermula daripada 1,898,000 ruble, berserta jaminan lima-tahun/150,000km dan servis bantuan tepi jalan setahun percuma. Untuk 200 pemilik pertama GS8 di Rusia, GAC MOTOR akan memberi tiga tahun penyelenggaraan percuma, tiga tahun servis bantuan tepi jalan percuma dan tayar musim sejuk percuma. Semasa berlangsungnya Upacara ini, yang bertema "Berusaha untuk lebih lagi", GAC MOTOR turut menamakan komposer dan ahli muzik Rusia Basta sebagai Duta Produk SUV GS8.

Lebih tiga ratus tetamu menyaksikan Pelancaran Jenama Rusia GAC MOTOR dan GS8
Lebih tiga ratus tetamu menyaksikan Pelancaran Jenama Rusia GAC MOTOR dan GS8

Upacara ini disaksikan oleh wakil-wakil daripada kerajaan Cina dan Rusia. Tetamu-tetamu daripada kalangan pengedar tempatan dan rakan media turut diundang untuk meraikan peristiwa penting ini. Ramai hadirin berkata mereka percaya bahawa produk-produk GAC MOTOR akan melangkaui jangkaan pengguna dalam pasaran Rusia.

"GS8 ialah ciptaan ideal untuk pengguna Rusia yang memilih produk yang cemerlang. Bermula dengan produk kemegahan ini, kami akan terus memperkayakan matriks produk kami dan mewujudkan kehidupan mobiliti yang menyeronokkan bersama pengguna Rusia," kata Yu Jun, Pengerusi GAC MOTOR International Sales Company.

Sudah meraih status sangat popular dalam pasaran-pasaran lain, GS8 memenuhi kehendak pasaran Rusia yang semakin berkembang untuk SUV tujuh tempat duduk mewah, di samping membolehkan pengguna "berusaha untuk lebih lagi" dengan memberikan pengalaman baharu melalui mobiliti yang unggul.

Nama yang menjadi sebutan ramai di Rusia, Basta dipilih sebagai Duta GS8. Sepanjang kerjaya beliau, Basta berusaha untuk memecahkan sempadan peranan yang berbeza dan memburu pelbagai pengalaman hidup, yang tekal dengan pesanan yang disampaikan oleh GAC MOTOR - "Berusaha untuk lebih lagi".

Duta GS8 Basta membuat persembahan di acara tersebut
Duta GS8 Basta membuat persembahan di acara tersebut

Basta berkata bahawa beliau kagum dengan GS8. "Pengalaman memandu GS8 adalah lebih baik daripada yang dijangkakan. Saya terkejut dengan kuasa yang dijana olehnya bermula dengan permulaan pegun dan pemecutan."

Dicipta untuk memberikan kualiti, keselesaan dan kuasa kepada seluruh keluarga, GS8 direka dengan falsafah yang membandingkan bahagian luarnya yang hebat dengan bahagian dalamnya yang lembut. Membandingkan badannya yang tangkas dan bahagian luar yang tahan lasak, kabinnya memberikan keselesaan dan kelembutan, menyediakan tempat duduk baris-ketiga yang boleh dilaraskan dan bumbung matahari berpanorama, bahagian dalamnya yang luas dapat memberikan keluarga dengan perjalanan penjelajahan yang santai.

Di bawah hud kenderaan ini, rangkaian kuasa GS8 dilengkapi dengan enjin 320T generasi kedua GAC MOTOR, AMT 6-kelajuan Aisin generasi ketiga dan pacuan empat-roda pintar generasi kedua serta sistem suap balik semua-rupa bumi. Memberi tumpuan pada pengendalian, prestasi luar-jalan dan ciri keselamatan yang terbaik dalam kelas, GS8 dapat bertukar dengan mudah antara enam mod pemanduan – Pasir, Lumpur, Salji, Pintar, Sukan dan Ekonomi – dan benar-benar sesuai untuk keadaan memandu yang teruk dan pelbagai di jalan raya Rusia.

Li Jingyuan, Menteri Kaunselor Kedutaan Cina di Rusia, Xu Jinli, Ketua Perwakilan CCPIT dan eksekutif-eksekutif GAC menghadiri upacara berkenaan
Li Jingyuan, Menteri Kaunselor Kedutaan Cina di Rusia, Xu Jinli, Ketua Perwakilan CCPIT dan eksekutif-eksekutif GAC menghadiri upacara berkenaan

Pelancaran GS8 di Rusia menandakan peringkat pengembangan antarabangsa yang baharu untuk GAC MOTOR, berikutan pengumuman oleh pembuat auto ini tentang strategi penembusan dan rancangan pembangunan pasaran Rusianya awal tahun ini. Pembuat auto ini telahpun mengambil langkah penting untuk berkembang ke Rusia, termasuk mengambil bahagian dalam Salon Automobil Antarabangsa Moscow, Mesyuarat Tahunan Persatuan Pengedar Auto Rusia, Pameran Auto Antarabangsa St. Petersburg 2019, membentuk jaringan pengedarnya serta menubuhkan subsidiari luar negaranya di Rusia untuk menjalankan operasi setempat dan pengurusan jualan serta perkhidmatan di Rusia.

Menuju masa depan, GAC MOTOR akan melancarkan lebih banyak model terkenal termasuk MPV dan SUV di Rusia, meneroka peluang baharu untuk meluaskan jaringan pengedarnya bagi mempercepatkan penembusan pasaran dan mengembangkan pasukan Rusianya demi menyokong penyetempatan produk serta penyelidikan pasaran.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

Laman Sesawang: http://www.gac-motor.com/
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
YouTube: http://www.youtube.com/c/GACMotorOfficial

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191210/2666208-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191210/2666208-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191210/2666208-1-c?lang=0

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Transportation New products/services