omniture

Amplify Brokerage: Kini Beroperasi untuk Orang Awam

Amplify Exchange
2019-12-13 22:03 129

Satu-satunya Brokeraj Kripto Yang Mana Pedagang Seluruh Dunia Tidak Membayar Yuran Dagangan 

DUBLIN, 12 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Amplify Brokerage dilancarkan kepada orang awam pada 3 Disember 2019 sejurus selepas ujian persendirian awal yang dijalankan kepada hampir 100 ribu pra-pendaftarnya. Amplify Brokerage membawa bersamanya pelbagai sumber dan kelebihan yang belum pernah dilihat sebelum ini pada platform brokeraj kripto yang lain. Ciri utama Amplify Brokerage ialah Yuran Dagangan Sifar. Buat julung kali, peminat-peminat kripto di seluruh dunia boleh mendapat manfaat perdagangan tanpa yuran yang diberikan pada portfolio. Bagi mengesahkan dakwaan Amplify, satu perbandingan setara bagi perdagangan sama yang dilaksanakan oleh setiap Amplify dan Coinbase telahpun dijalankan. Keputusan membuktikan bahawa model tanpa yuran dagangan daripada Amplify memberi 1.4% lebih banyak syiling dalam poket pedagang berbanding Coinbase, pengusaha pasaran yang mantap. Ini bermakna Amplify Brokerage dapat memberikan perkara paling asas dalam matlamat mana-mana pedagang - - meningkatkan portfolionya. Misi tercapai.

"Hebat rasanya dapat berkongsi satu pengubah rentak industri yang sebenar bersama setiap peminat kripto di seluruh dunia… merasakan bahawa kami benar-benar mencapai apa yang ingin kami lakukan… mengetahui bahawa kami tidak akan berhenti berusaha. Matlamat kami adalah untuk menawarkan pengalaman pengguna yang tiada tandingan pada nilai yang tidak dapat ditandingi - - dan kami berjaya melakukannya," kata Justin Tabb, Ketua Pegawai Eksekutif, Amplify. Di samping Yuran Dagangan Sifar untuk semua gandingan dagangan, Amplify mempunyai penyepaduan dengan pelbagai penyedia kecairan, memastikan pengguna mendapat amalan terbaik untuk perdagangan mereka. Platform ini dilengkapi dengan ciri-ciri dan analitik terbaik dalam kelas yang diperlukan untuk membuat keputusan yang pintar dan menyempurnakan transaksi tanpa perlu meninggalkan platform. Digambarkan oleh pengguna sebagai "kedai sehenti," Amplify Brokerage dapat menjimatkan masa, wang dan mengelakkan kekecewaan pedagang.

Ciri-ciri Utama Dalam Industri Yang Lain Termasuk:

  • Pengurusan Portfolio Termaju – Intel yang mendayakan keputusan bermaklumat ialah tawaran yang dialu-alukan dalam bidang yang mana persaingan adalah sangat kurang.
  • Mekanisme Keuntungan dan Kerugian Proprietari – Luar biasa tepat, sistem ini memperkasa penjejakan prestasi yang berterusan.
  • Penyepaduan Luar Biasa Pantas – Ini dapat mengoptimumkan masa pengguna dengan membawa pedagang terus kepada antara muka pengguna intuitif yang digelar oleh seorang pengguna sebagai "yang terbaik yang pernah saya saksikan."

Dikhususkan untuk peningkatan berterusan, penambahan akan sentiasa dilancarkan, termasuk tanjakan masuk-dan-keluar fiat, perdagangan automatik, malah lebih banyak syiling untuk pengguna berdagang tanpa komisen.

Amplify Exchange dikhususkan untuk membolehkan akses sejagat kepada peluang-peluang yang terdapat dalam mata wang kripto - - untuk setiap individu, mengikut keutamaan mereka sendiri. Amplify mereka bentuk setiap aspek bagi setiap produk dengan sebanyak mungkin kelebihan pengguna. Amplify Brokerage ialah keluaran pertama dalam suit dengan tiga produk revolusioner berasingan yang direka bentuk untuk akhirnya saling berhubung dalam ekosistem kripto yang termaju.

Sekiranya anda ingin mengalami erti dagangan tanpa yuran terhadap portfolio anda, anda boleh mendaftar hari ini di https://amplifyexchange.com/register

Hubungi: Mark Crawford, mark@amplifyexchange.com

Source: Amplify Exchange
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services Blockchain Financial Technology