omniture

JOMOO Mulakan "Revolusi Tandas" di India

JOMOO
2019-12-19 04:56 355

CHENNAI, India, 19 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Pada 15 Disember 2019, Majlis Sumbangan Tandas JOMOO telahpun diadakan di Sekolah Menengah Tinggi Perbandaran di Chennai, bagi memulakan Program Kebajikan Sosial JOMOO "Revolusi Tandas" di India.

JOMOO's Toilet Donation Ceremony held in Chennai, India
JOMOO's Toilet Donation Ceremony held in Chennai, India

 

En. Lin Xiaowei, Naib Presiden JOMOO Group; Cik K. Santhi, Guru Besar sekolah; ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa-Guru; lebih 400 orang pelajar dan guru; serta media tempatan menghadiri acara ini.

En. Alexander, Ahli Dewan Undangan Tamilnadu dan En. Anna Durai, Pegawai Pendidikan Daerah Ambayedu Chennai, mengirim ucapan selamat mereka serta menghargai usaha-usaha oleh program kebajikan sosial JOMOO di India.

Ini merupakan kali pertama JOMOO membawa program "Revolusi Tandas" ke India, yang bertujuan untuk membantu sekolah-sekolah India menyediakan sistem yang baik untuk sanitasi lengkap dan memastikan persekitaran yang lebih sihat untuk pelajar serta guru.

"Kanak-kanak dan belia merupakan masa depan dunia. Kesihatan yang baik serta persekitaran yang baik adalah penting untuk memberi hasil sekolah yang baik. Antaranya, pembangunan kemudahan sanitasi ialah salah satu aspek penting," tambah En. Lin. Beliau menggalakkan pelajar-pelajar untuk belajar dengan tekun, memandangkan mereka merupakan masa depan India.

Guru besar tersebut berkongsi ucapan terima kasih beliau dengan pihak pengurusan JOMOO Group kerana memilih sekolah mereka sebagai sekolah pertama untuk program berkenaan.

Dengan misi "Untuk menjadikan ruang kehidupan yang lebih sihat dan lebih selesa", JOMOO sentiasa mengutamakan tanggungjawab sosial dan aktif terlibat dalam kerja-kerja kebajikan sosial serta komited untuk menjadi jenama dengan nilai kasih sayang dan kemesraan.

JOMOO telah menjalankan tindakan kebajikan sosial dengan menyumbang pili air selama sembilan tahun berturut-turut untuk meningkatkan sanitasi air buat berjuta-juta pelajar dan guru.

Pada Februari 2018, JOMOO telah memulakan program "Revolusi Tandas" untuk membina tandas dan menyumbang peralatan kebersihan kepada hospital, sekolah, kawasan pemandangan dan kawasan miskin untuk membantu mewujudkan persekitaran yang lebih bersih. Program ini kini meliputi 24 wilayah dan lebih daripada 90 buah bandar dan daerah-daerah di China.

JOMOO akan terus menjalankan tanggungjawab sosial, bagi menyumbang kepada kehidupan yang lebih sihat untuk orang ramai di seluruh dunia.

Latar Belakang JOMOO

JOMOO ialah jenama global yang terkemuka bagi dapur dan bilik mandi yang menyepadukan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan, jualan dan perkhidmatan serta telah menembusi lebih daripada 120 buah negara untuk menawarkan pengguna dengan penyelesaian dapur & bilik mandi bersepadu serta mencipta gaya hidup yang pintar & sihat kepada orang ramai di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191217/2673722-1?lang=0

Source: JOMOO
Keywords: Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Socially Responsible Investing