omniture

Suning bakal labur EUR 5 bilion dalam strategi jualan runcit 2020

Suning Holdings Group
2019-12-20 09:05 387
  • Syarikat gergasi Cina bakal wujudkan 10,000 kedai baharu dan 8,000 pekerjaan tahun hadapan
  • Strategi digambarkan sebagai 'Terbuka dari 1 hingga N dan Penyepaduan dari N hingga 1'

NANJING, China, 20 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi komersial Cina Suning Holdings Group telah mendedahkan strateginya untuk tahun 2020, dengan pengasas dan Pengerusi firma Zhang Jindong mengumumkan bahawa pada tahun ulang tahun ke-30nya perniagaan ini akan mewujudkan lebih daripada 10,000 kedai baharu dan 8,000 pekerjaan baharu, sambil melabur sekurang-kurangnya 40 bilion RMB (kira-kira EUR 5 bilion) dalam teknologi dan infrastrutur logistik baharu.

Zhang Jindong, pengasas dan pengerusi Suning Holdings Group
Zhang Jindong, pengasas dan pengerusi Suning Holdings Group

Syarikat ini, salah satu daripada tiga yang terbaik antara 500 perusahaan bukan milik negara utama di China dengan pendapatan tahunan mencecah RMB 602.5 bilion (kira-kira EUR 77 bilion), akan terus melabur dalam infrastruktur jualan runcit pintarnya bagi membawakan pengalaman pelanggan yang dipertingkat untuk generasi pengguna Cina baharu.

'Penaiktarafan penggunaan' di China dipacu oleh peningkatan perbelanjaan pengguna dengan kemunculan kumpulan pengguna yang baharu, lebih beraspirasi dan mewah, berserta kuasa beli yang meningkat di bandar-bandar 'tahap-lebih-rendah' China – bandar-bandar kurang membangun lebih kecil yang membentuk separuh daripada populasi negara. Ini dapat mencipta peluang yang malah lebih besar untuk jenama-jenama antarabangsa yang ingin mengakses pasaran China.

Zhang Jindong, Pengerusi Suning Holdings Group, merujuk kepada kelas pertengahan sofistikated yang semakin meningkat di China berkata: "Perusahaan Cina bergantung pada pasaran pengguna berskala 40 trilion. Jumlah pasaran China merupakan yang dicemburui dan dikehendaki oleh mana-mana syarikat luar negara. Selagi mana syarikat ingin menjalankan perniagaan, peluang sentiasa terbuka. Sesiapa yang dapat memenuhi dan memadankan kehendak pengguna dengan lebih berkesan pada semua peringkat akan berjaya pada masa depan."

Memandangkan ekonomi Cina telah beralih daripada pembangunan berkelajuan tinggi kepada pembangunan berkualiti tinggi. Suning akan berkembang bermula daripada peluasan mengikut skala dan kuantiti kepada peningkatan kualiti dan kecekapan. Berucap dalam mesyuarat khas di ibu pejabat firma yang besar di Nanjing, Zhang menggariskan strategi yang digelar sebagai 'Terbuka dari 1 hingga N dan Penyepaduan dari N hingga 1'.

Terbuka dari 1 hingga N merujuk kepada bagaimana Suning membuka perniagaan jualan runcit terasnya melalui kategori-kategori berbilang saluran, senario penuh untuk memperkasa industri dan masyarakat umumnya. Penyepaduan dari N hingga 1 merujuk kepada penyepaduan senario dan rantaian bekalan Suning, menumpukan jualan runcit dalam talian dan fizikal untuk memfokuskan kepada pengalaman pengguna serta menyediakan perkhidmatan yang pelbagai dengan kualiti yang tekal untuk setiap pengguna.

Sejak penubuhannya pada tahun 1990, Suning telah membentuk satu ekosistem jualan runcit pintar dengan jualan runcit sebagai terasnya dan industri-industri seperti kewangan dan hartanah berada di sekitarnya. Dengan terus melabur dalam infrastruktur jualan runcit termasuk komoditi, gudang logistik bersepadu - termasuk yang dikendalikan oleh robot dan dron - serta teknologi, perniagaan tersebut menyasarkan untuk menyediakan pengalaman pengguna yang dipertingkat.

Mengumumkan strategi untuk tahun hadapan, Zhang turut mendedahkan bahawa Suning kini telah membuka lebih daripada 4,400 Retail Cloud Stores - nama yang diberikan kepada model francaisnya yang menyerlahkan kuasa rantaian nilai firma tersebut untuk usahawan di lebih banyak lokasi luar bandar di luar bandar-bandar lebih besar China. Awal tahun 2019, Suning memperoleh 37 Wanda Department Stores dan 80% kepentingan ekuiti dalam operasi Cina Carrefour pada nilai €620 juta, bagi memperkukuh portfolio jualan runcit fizikalnya.

Latar Belakang Suning Holdings Group 

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2019, Suning Holdings Group tersenarai sebagai tiga jenama terbaik antara 500 perusahaan bukan milik negara terkemuka di China dengan pendapatan tahunan mencecah RMB 602.5 bilion (kira-kira EURO 77.24 bilion) dan terus mengungguli senarai bagi kategori peruncitan Internet. Berpegang kepada misi perusahaan iaitu "Menerajui Ekosistem merentas Industri-industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya sebagai jualan runcit melalui ekosistem korporat yang terdiri daripada pelbagai industri vertikal, termasuk hartanah komersial, perkhidmatan kewangan dan sukan. Suning.com, subsidiari utama yang mempelopori peruncitan dalam talian dan luar talian, telah tersenarai dalam Fortune Global 500 selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2017 hingga 2019.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191218/2675225-1?lang=0

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Expansion