omniture

Kajian Herbalife Nutrition Dedahkan Pengguna Asia Pasifik Makan Lebih Banyak, Kurang Bersenam dan Secara Purata Naik Berat Sebanyak 3 Kilogram Menjelang Krismas dan Tahun Baru

Herbalife Nutrition Asia Pacific
2019-12-24 11:53 544

HONG KONG, 24 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat pemakanan global yang terulung, Herbalife Nutrition, telah mengeluarkan dapatan baru daripada Asia Pacific Holiday Eating Survey 2019 (Tinjauan Pemakanan Musim Perayaan Asia Pasifik 2019), yang dijalankan bersama 5,500 responden di seluruh Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Dapatan tinjauan tersebut mendedahkan bahawa Krismas dan Tahun Baru merupakan antara percutian utama yang menimbulkan cabaran terbesar untuk pengguna untuk terus bersenam dan makan dengan sihat.

"Krismas dan Tahun Baru adalah untuk keluarga berkumpul untuk menjamu makanan yang enak, namun ramai yang melupakan matlamat pemakanan sihat dan kecergasan mereka semasa musim perayaan," kata Stephen Conchie, naib presiden kanan dan pengarah urusan, Herbalife Nutrition Asia Pasifik. "Kami telah menemui beberapa cabaran besar yang dihadapi oleh pengguna semasa musim perayaan, dengan harapan untuk membantu mereka mengenal pasti tabiat mereka sendiri agar mereka dapat mengekalkan matlamat mereka."

Akibat daripada memakan dengan berlebihan dan kurang bersenam semasa musim perayaan, pengguna Asia Pasifik mendapati bahawa secara purata, mereka menambah berat sebanyak 3 kilogram selepas cuti Krismas dan Tahun Baru. Untuk menurunkan berat badan, lebih separuh (54 peratus) daripada pengguna Asia Pasifik akan makan lebih sihat manakala 46 peratus akan berusaha untuk bersenam lebih kerap sebaik sahaja musim perayaan berakhir.

Walaubagaimanapun, hampir satu daripada empat (24 peratus) pengguna Asia Pasifik tidak berjaya untuk menurunkan berat badan yang telah naik selepas musim perayaan, lalu menunjukkan bahawa pengekalan tabiat gaya hidup yang sihat sepanjang musim perayaan merupakan cara yang lebih baik untuk menjamin kesihatan secara menyeluruh dalam tempoh jangka panjang.

Bagi membantu pengurusan berat badan semasa Krismas dan Tahun Baru, Herbalife Nutrition mengesyorkan:

  1. Makan sebelum perayaan: apabila anda lapar, anda akan lebih cenderung untuk melahap sebaik sahaja anda tiba di majlis. Untuk mengelakkan situasi tersebut, makanlah makanan kaya protein seperti badam bakar tanpa garam, bar protein atau yogurt sebelum menuju ke majlis makan malam itu.
  2. Fokus pada protein tanpa lemak berserta sayur-sayuran: daripada memilih hidangan makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi dan berasaskan beras, pilih hidangan utama yang mempunyai protein tanpa lemak atau salad dan sayur-sayuran.
  3. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara perlahan-lahan: tumpu pada kualiti dan bukan kuantiti makanan. Ambil dalam kuantiti yang sedikit dan makan secara perlahan-lahan. Ini bukan sahaja dapat memuaskan keinginan anda terhadap makanan kegemaran anda pada musim perayaan, ia juga akan memberitahu otak anda bahawa anda telahpun kenyang sebelum anda mula menikmati lebih banyak makanan lagi.
  4. Hadkan pengambilan alkohol dan minuman manis anda: pengambilan amaun alkohol atau minuman manis yang berlebihan adalah salah satu punca terbesar pertambahan berat badan. Bagi mengelakkan keadaan ini, hadkan pengambilan minuman berkenaan dan sebaliknya pilih air kosong ataupun minuman tanpa gula.

Ringkasan Dapatan Tinjauan  

Infografik: Tinjauan Pemakanan Musim Cuti APAC Herbalife Nutrition
Infografik: Tinjauan Pemakanan Musim Cuti APAC Herbalife Nutrition

Apabila membandingkan tabiat makan dan senaman semasa musim perayaan pengguna di seluruh Asia Pasifik pada cuti Krismas:

  • Filipina mempunyai peratusan pengguna terbesar (94 peratus) yang makan lebih banyak makanan berbanding biasa semasa musim perayaan, diikuti oleh Hong Kong (92 peratus) dan Jepun (89 peratus) -- semua disenaraikan lebih tinggi berbanding purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 86 peratus.
  • Pengguna di Filipina juga makan makanan yang kurang sihat berbanding biasa (77 peratus) dan menangguhkan pemakanan sihat (67 peratus), berbanding pasaran-pasaran lain di rantau tersebut.

Apabila melibatkan sambutan Tahun Baru:

  • Filipina turut mengungguli senarai tersebut dengan peratusan pengguna terbesar (94 peratus) yang memakan lebih banyak makanan berbanding biasa, diikuti oleh Thailand (93 peratus), Indonesia (88 peratus) dan Jepun (88 peratus).
  • Pengguna di Filipina turut menunjukkan peratusan yang tertinggi bagi negara yang menikmati makanan yang kurang sihat berbanding biasa semasa Tahun Baru (78 peratus) dan menangguhkan pemakanan secara sihat (66 peratus) sehingga selepas Tahun Baru.

Meskipun pengguna makan lebih banyak semasa musim Krismas dan Tahun Baru, hampir separuh (49 peratus) daripada pengguna Asia Pasifik berkata mereka merasa bersalah kerana mereka makan secara kurang sihat semasa musim perayaan.

Pengguna Asia Pasifik berkongsi bahawa alkohol, ayam belanda sumbat, kek dan pastri merupakan makanan yang paling sukar untuk ditinggalkan semasa Krismas, manakala pencuci mulut, kek beras dan alkohol merupakan makanan yang paling sukar ditinggalkan semasa Tahun Baru.

Senaman Kurang Diutamakan oleh Pengguna Asia Pasifik Semasa Musim Perayaan

Apabila melibatkan senaman, lebih tiga daripada lima berkata mereka kurang bersenam apabila Krismas dan Tahun Baru menjelang, manakala lebih separuh (56 peratus) menangguhkan rejim senaman mereka hinggalah selepas musim perayaan.

Di seluruh rantau berkenaan, Indonesia dan Vietnam mempunyai pengguna yang kurang bersenam tatkala Krismas (73 peratus) dan Tahun Baru (73 peratus) hampir menjelang. Di samping itu, pengguna di Filipina (60 peratus) menangguhkan rejim senaman mereka sehingga selepas Krismas, manakala pengguna di Vietnam (68 peratus) menangguhkan rejim senaman mereka sehingga selepas Tahun Baru.


Lihat jadual dalam saiz penuh: Rajah 1, Rajah 2, Rajah 3

Tentang Herbalife Nutrition Ltd.

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat global yang telah mengubah kehidupan orang ramai dengan produk pemakanan yang hebat serta menawarkan peluang perniagaan kepada ahli-ahli bebasnya sejak tahun 1980. Herbalife Nutrition menawarkan produk-produk berkualiti tinggi yang dibelakangi oleh sains yang dijual di lebih 90 negara oleh ahli-ahli usahawan mereka yang menawarkan, latihan secara bersemuka dengan ahli persendirian Herbalife Nutrition, serta pendekatan komuniti prihatin yang memberi inspirasi kepada pengguna untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. Melalui kempen global syarikat tersebut untuk membasmi kelaparan, Herbalife Nutrition juga komited untuk menyediakan pemakanan dan pendidikan kepada masyarakat seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi IAmHerbalifeNutrition.com.

Syarikat tersebut turut menggalakkan pelabur-pelabur untuk mengunjungi laman sesawang perhubungan pelaburnya di ir.herbalife.com untuk mendapatkan maklumat kewangan dan maklumat lain yang sering dikemas kini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2672373-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191224/2672373-1-n?lang=0  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191224/2672373-1-o?lang=0  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191224/2672373-1-p?lang=0  

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Sports Survey, Polls & Research