BEIJING, 30 Disember 2019 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation ("Sinopec" atau "Syarikat") (HKEX: 386; SSE: 600028; NYSE: SNP) telah mengumumkan satu pencapaian penting apabila sistem penggerudian mampu kendali berputar jenis Sinomacs ATS I yang dibangunkan sendiri menggerudi sehingga kedalaman 857 meter selepas bekerja tanpa henti selama 141 jam dari 13 hingga 19 Disember dalam telaga minyak di SLOF (Medan Minyak Shengli), Wilayah Shandong.
Kadar peningkatan Sinomacs ATS I mencecah nilai maksimum 6.6 darjah setiap 30 meter, prestasi keseluruhan diulas oleh pakar teknologi rig penggerudian ternama Liu Rushan sebagai "hasil bersejarah yang dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan sistem penggerudian berputar tradisional."
Sistem penggerudian berputar mampu kendali ialah pembantu penggerudi berpandangan jauh dan pantas yang membolehkan penggerudian yang lebih cepat dilakukan di takungan gas dan minyak bawah tanah pada kos yang lebih rendah. Ia merupakan teknologi pilihan oleh syarikat-syarikat petroleum untuk menyiapkan penggerudian telaga mendatar lantaran kebolehannya yang sentiasa mencapai sasaran mengikut laluan yang direka bentuk dengan tepat.
Lebih daripada 40 peratus telaga berarah di dunia melaksanakan sistem ini, namun demikian ia merupakan teknologi yang amat sukar untuk dibangunkan lantaran sejumlah besar medan terlibat dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Pasukan R&D Sinopec bermula dari peringkat awal dengan prinsip reka bentuk dan pengiraan yang terhasil daripada eksperimen, ujian dan rangsangan yang tidak terkira banyaknya terhadap komponen mekanikal, elektronik dan perisian. Sistem penggerudian berputar mampu kendali jenis-tolak statik yang pertama dicipta pada Disember 2012.
Setahun kemudian, sistem penggerudian berputar mampu kendali Sinopec mencatatkan kejayaan berterusan merentas empat modul yang melibatkan pemantauan darat, komunikasi dua hala, MWD serta kawalan pengendalian dalam lubang dalam ujian lapangan.
Sejak tahun 1999, Sinopec telah mengkaji dan membangunkan sistem penggerudian berputar mampu kendali secara sendirian. Selepas 20 tahun, akhirnya ia menjadi satu sistem teknologi dan peralatan lengkap dengan hak harta intelek proprietari.
"Walaupun ketika pasaran petroleum bergerak perlahan, Sinopec melabur banyak sumber bagi menjamin R&D sistem penggerudian berputar mampu kendali tersebut," kata Chen Xikun, naib pengerusi dan pengarah eksekutif Sinopec Oilfield Service Corporation.
"Sinopec akan terus membangunkan dan menggalakkan penggunaan sistem penggerudian berputar mampu kendali bagi menghasilkan teknologi tersebut secara besar-besaran pada masa depan agar perkhidmatan gas dan minyak Sinopec akan bergerak menuju laluan pembangunan yang canggih dan profesional."
Latar Belakang Sinopec Corp.
Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya termasuk penerokaan, pengeluaran, pengangkutan dan jualan petroleum dan gas asli, produk petrokimia dan kimia arang batu, fiber sintetik, baja dan produk kimia lain, selain komoditi dan juga teknologi lain. Di samping itu, Sinopec terlibat dalam penyelidikan, pembangunan serta aplikasi teknologi tenaga.
Dengan misi korporat untuk "mendorong kehidupan yang indah" Sinopec meneruskan strategi berorientasi nilai, pembangunan didorong inovasi, pengagihan sumber bersepadu, kerjasama terbuka serta pertumbuhan hijau dan rendah karbon untuk membina sebuah syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191227/2679691-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551581-1LOGO?lang=0