omniture

Tahan Lasak Hingga ke Terasnya - Telefon Pintar Cat® S32 Baharu

Cat phones
2020-01-08 11:41 178

CES, LAS VEGAS dan READING, England, 8 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Cat® phones memperkenalkan Cat S32, sebuah telefon pintar yang mantap dan tahan lasak yang padat dengan ciri-ciri yang sesuai dengan persekitaran luar atau persekitaran yang teruk. Tambahan baharu kepada pelbagai kelebihan telefon Cat yang terdahulu dan sedekad penyelidikan dan pembangunan dalam rekaan telefon yang tahan lasak, membawakan kelasakan yang tiada tandingan pada harga mampu milik.

Untuk melihat siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8672451-new-cat-s32-smartphone/

Cat S32 merupakan peranti terkini dalam teras portfolio telefon Cat, sesuai bagi sesiapa yang memerlukan sebuah telefon demi kelangsungan hidup dalam persekitaran yang ekstrem, atas sebab kerja atau aktiviti santai. Cat S32 baharu ini menawarkan ciri-ciri penting yang amat dihargai oleh para pelanggan dalam segmen ini, terutamanya jangka hayat bateri yang panjang, bukti kelasakan yang meneraju pasaran, juga paparan yang terang dan besar.

Para pelanggan telefon Cat memerlukan sebuah telefon yang boleh diharap, dan itulah sebab Cat S32 direka - untuk terus dapat berkhidmat untuk anda. Ia mempunyai bateri 4,200mAh yang besar, tersarung dalam badan yang lasak yang disahkan dengan IP68 yang kalis habuk dan air, diuji pada kedalaman sehingga 1.5 meter air selama 35 minit. Ia juga telah menjalani ujian jatuhan berulang kali dari ketinggian 1.8m ke atas permukaan keluli, termasuklah beberapa jatuhan ke atas setiap celah dan ceruk, juga ujian MIL SPEC 810G yang memastikan telefon tersebut dapat menangani sebarang elemen dalam sebarang persekitaran. Sama seperti semua telefon pintar Cat yang lain, ia diletakkan dalam ujian getaran dan golekan, keadaan wap bergaram, juga ia dibina untuk berfungsi dalam suhu rendah dan tinggi yang ekstrem dan juga terus kekal berfungsi dalam ujian kejutan terma. Bawa telefon ini ke mana-mana sahaja, kekal terhubung, dan selesaikan lebih banyak tugasan. 

"Cat S32, di samping Cat S52 yang nipis tetapi lasak yang luar biasa, merupakan sebuah peranti yang tahan lasak dan sebuah tambahan yang menakjubkan bagi senarai telefon pintar Cat kami yang diberikan nafas baharu, ia memberikan pelanggan kami pilihan produk sebenar bergantung pada ciri-ciri telefon yang paling mereka titik beratkan. Dalam produk generasi ini, kami telah meningkatkan dan memperbaikkan setiap ciri sambil memastikan yang teras telefon Cat iaitu pengesahan tahan lasak, yang kalis air, kalis habuk, dan dibina untuk tahan jatuhan menjadi fokus kami," ujar Peter Cunningham, Naib Presiden Portfolio Produk di Bullitt Group.

Lasak hingga ke terasnya, paparan 5.5" HD+ 18x9 Cat S32 yang terang dilindungi daripada calar dengan adanya Gelas DragonTrail Pro dan skrin boleh dibaca ketika matahari terang terpancar, dengan sebuah skrin sentuh yang boleh dikawal walaupun ketika tangan masih basah atau sewaktu memakai sarung tangan.

Spesifikasi Penting 

  • Bateri berkuasa 4,200mAh
  • Kalis air / habuk (IP68), Ujian jatuh dilakukan dari ketinggian 1.8M ke atas keluli, SPEC MIL 810G, gelas DragonTrail Pro
  • Telefon Pintar Kalis Air – kedalaman mencecah ke 1.5 meter selama 35 minit
  • Paparan 5.5" HD+ 18x9 dioptimumkan untuk kegunaan luar dengan sebuah skrin sentuh yang boleh digunakan dengan tangan yang basah atau sewaktu memakai sarung tangan
  • Android 10 (dengan kemaskini kepada 11)
  • 3GB RAM, 32GB ROM, Storan Boleh Kembang (microSD™)
  • Cipset Mediatek Helio A20 MT 6761D, pemproses quad-teras 1.8GHz
  • Kamera belakang 13MP, kamera depan 5MP
  • LTE Cat 6, VoLTE, VoWiFi
  • Bertekstur, reka bentuk cengkaman tambahan
  • Kekunci Pintas Terprogram berguna untuk Tekan untuk Bercakap (PTT), SOS (Aplikasi Kerja Sendiri), atau bagi menyenangkan pelancaran kamera atau lampu suluh
  • Bluetooth 5.0, NFC
  • Penyambung audio 3.5mm
  • Aplikasi dan katalog kandungan yang terpilih
  • SIM Duaan –SIM Nano + microSD™
  • Waranti 2 tahun

Telefon pintar Cat® S32 mempunyai Harga Runcit yang Disyorkan Pengeluar sebanyak €299 dan boleh didapati di www.catphones.com dan berbilang peruncit dan operator. 

Tentang peranti dan aksesori Cat: 

Jenama Cat hanya mementingkan keabsahan, tahan lama, kebolehpercayaan dan kualiti. DNA Cat boleh dijumpai dalam setiap telefon bimbit dan aksesori Cat yang ditawarkan oleh Bullitt Mobile Ltd. dan menyediakan pengalaman tanpa batas dengan mobiliti yang mantap.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri telefon dan aksesori Cat, lawati www.catphones.com.

Latar Belakang Bullitt Group 

Bullitt Group membantu jenama global meluaskan portfolio produk mereka kepada kategori-kategori baru, terutamanya dalam pasaran peranti sambungan. Kami mereka, mengilang, memasarkan dan menjual produk di bawah lesen untuk rakan kongsi jenama kami.

Sejak penubuhannya pada 2009, Bullitt Group telah mereka, mengeluarkan dan mengedarkan berjuta-juta telefon bimbit, produk audio, lain-lain peranti sambungan dan peralatan yang berkaitan kepada lebih daripada 70 negara serata dunia.

Bullitt pemegang lesen global bagi Cat (Caterpillar Inc.) dan Land Rover untuk telefon bimbit dan peralatan yang berkaitan.

Pejabat Besar Bullitt Group terletak di Reading, England dengan lokasi pejabat tambahan di Taipei (Taiwan), Shenzhen (China) dan Singapura.

www.bullitt-group.com 

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1061107/Cat_S32.jpg  

Video: https://mma.prnewswire.com/media/1061111/Cat_S32_smartphone.mp4

 
The new Cat S32, front and rear
The new Cat S32, front and rear
Source: Cat phones
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Retail Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Broadcast feed announcements New products/services Trade show news