omniture

Palmaïa, The House of AïA, Enklaf Pantai Baharu Eksklusif Di Riveria Maya, Alu-alukan Tetamu Dengan Program Holistik Unik Dan Ritual Muzik Penghubung Mendalam

Palmaïa, The House of AïA
2020-01-09 20:14 142

Pusat peranginan pinggir pantai baru dibina membawakan tempat mencari ketenangan tersendiri melalui program imersif dan etos kelestarian

PLAYA DEL CARMEN, Mexico, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Palmaïa, The House of AïA, mengundang tetamu-tetamu untuk meraikan kekompleksan Riviera Maya sambil berhubung semula dengan alam semula jadi, kesucian kehidupan dan semangat insan yang sebenar. Di sebuah wilayah yang dipenuhi dengan pusat peranginan dan hotel, Palmaïa menonjol dengan lokasinya yang terletak antara pantai pasir putih yang bersih dan cenote dengan air yang dingin di puncak hutan belantara yang tidak diusik dan program difikirkan dengan teliti yang diwujudkan untuk tetamu-tetamu bagi menerokai dan keluar dari zon selesa biasa mereka.


Pengasas dan individu berwawasan di sebalik Palmaïa, Alexander Ferri, mereka bentuk pengalaman pusat peranginan tersebut sama seperti cara hidup beliau sendiri, dengan kepercayaan bahawa penerokaan dalaman dan rasa hormat kepada alam sekitar dan komuniti merupakan kunci bagi menyatukan orang ramai bagi mencetuskan perubahan yang bermakna. Pusat peranginan berkenaan merupakan tempat di mana pengunjung dapat mencapai perkembangan peribadi melalui ritual hartanah tersebut yang dipilih susun dan upacara yang terhubung secara mendalam.

Salah satu aspek yang paling berharga daripada pengalaman tersebut ialah program Architects of Life yang dipimpin oleh ShamanBalder dalam pusat peranginan tersebut. Bersama-sama para guru dan pembimbing pelawat yang dipilih sendiri, Balder akan membimbing tetamu-tetamu melalui ritual seperti upacara cacao, yoga, penyembuhan bunyi berbilang getaran, meditasi, upacara tumbuhan dan amalan purbakala yang mengilhamkan refleksi, penerokaan dan hubungan.  

Pusat peranginan berkenaan akan turut membawakan program Rituals of Sound yang memberi penghormatan kepada persekitaran muzik Tulum dan Mykonos, namun dengan suasana santai yang lebih eksklusif yang hanya disediakan kepada tetamu-tetamu. Palmaïa akan menjadi pentas untuk para pemuzik kreatif yang membuat percubaan yang akan membawa tetamu-tetamu mengalami irama mendalam yang dipilih susun dan muzik elektronik yang digabungkan secara mendalam dengan sisipan akustik. Ritual muzik ini akan berlangsung dalam pelbagai bentuk pada setiap hari bermula jam 4 petang hingga tengah malam bagi membolehkan tetamu dari semua peringkat umur menikmati sedikit keseronokan secara sedar.

"Terdapat komuniti yang semakin berkembang yang terdiri daripada pemikir tidak konvensional dan pencari spiritual yang berhimpun dalam komuniti kecil di seluruh dunia untuk mendakap kreativiti, muzik dan persekitaran. Kita bersama-sama mencipta kesedaran kolektif moden yang baharu," kata Ferri. "Palmaïa direka bentuk untuk menjadi salah satu tempat berhimpun ini dan kini merupakan satu-satunya enklaf pantai semula jadi yang berpandangan jauh seumpamanya. Sebuah tempat yang selamat di mana kita dapat mencetuskan perubahan positif dalam sempadan masyarakat moden."

Dipadankan secara sempurna dengan persekitaran Laut Caribbean dan hutan rimba, Palmaïa menawarkan para pengembara dengan suit pinggir pantai sepenuhnya, setiap satu mempunyai teres peribadi sendiri bagi menikmati pemandangan laut Caribbean dengan tujuh susun atur yang tersendiri. Ia termasuk suit untuk keluarga dengan katil dua tingkat untuk kanak-kanak serta suit pelan terbuka untuk orang dewasa, suit dengan akses berenang-keluar ke salah satu daripada empat kolam renang infiniti hotel; dan suit yang terlindung antara hutan di tepi lautan - kesemuanya direka bentuk secara lestari dan tanpa menggunakan produk haiwan. Pemandu Nomadik akan ditugaskan kepada setiap pengembara bagi menjaga keperluan tetamu sepanjang penginapan dan buat ibu bapa, Palmaïa mengendalikan satu-satunya program aktiviti kanak-kanak holistik yang menyeronokkan dalam perhotelan yang dikendalikan oleh Waldorf Educators yang diperakui.

Semasa berada di hartanah tersebut, tetamu-tetamu boleh menikmati hidangan daripada seleksi empat buah restoran berserta trak makanan berputar, setiap satunya menyajikan makanan yang diperoleh secara beretika daripada ladang-ladang dan kawasan penangkapan ikan yang dipercayai di sekitar Mexico. Cef Eksekutif Eugenio Villafaña, yang telah dilatih di pelbagai restoran berbintang Michelin, mengawasi program kulinari. Ini termasuk penghasilan menu berasaskan tumbuhan selari untuk setiap tempat menjamu selera, tawaran kulinari unik di Riviera Maya dan dalam seluruh industri hospitaliti. Memimpin program menjamu selera berasaskan tumbuhan ialah alumni Noma, Mauricio Alvarez.

Restoran dengan hidangan makan mewah istimewa LEK menyajikan gastronomi Mexico; Mar de Olivio ialah destinasi untuk masakan Mediterranean yang ditakrifkan semula; dan restoran gabungan Timur Ume menggabungkan masakan Thai dan Timur untuk pengalaman makan malam à la carte yang menonjolkan keharuman sensual, rasa eksotik dan warna-warna yang amat beraneka. Su Casa, bar dan restoran pantai bersepadu di bukit pasir menawarkan suasana pantai Caribbean yang santai, dengan keselesaan jari-kaki-dalam-pasir manakala El Caminante, menawarkan pengalaman trak makanan autentik dengan menu yang bertukar-tukar setiap hari.

Eolo Beach Club memainkan irama oleh artis-artis bunyi yang berkunjung, twopool bars menyajikan koktel buah-buahan segar dan hasil ciptaan tersuai mengikut mood tetamu manakala Atlas Club yang eksklusif mencipta perinjisan pada lewat malam dan menyediakan Health Café yang membolehkan tetamu bersantai dalam persekitaran loteng bandar lebih moden sambil menghirup kopi latte matcha dan mengudap roti bakar avokado.

Pusat peranginan tersebut juga mempunyai spa hutan, Atlantis, yang mana upacara purba seperti Temazcal yang menjadi sejarah dimasukkan ke dalam menu perkhidmatan. Di Atlantis, seseorang dibimbing oleh Book of the Nine Paths to Health, diwujudkan untuk merawat emosi sebagai punca asas berbanding kesakitan fizikal. Bilik rawatan mempunyai tingkap-tingkap dari lantai ke siling yang menghadap pemandangan dedaunan dan digabungkan antara cenote semula jadi yang digunakan untuk ritual dan meditasi. Pusat kecergasan juga tersembunyi di dalam hutan tersebut.

Dipandu oleh falsafah bahawa perkembangan peribadi ialah laluan untuk berhubung dengan Alam Semula Jadi, Palmaïa diilhamkan tanpa mengganggu landskap asal alam semula jadi. Pusat peranginan ini direka dengan mengutamakan kelestarian dan berusaha untuk menjadi salah satu hartanah neutral-karbon sebenar yang pertama di dunia pada tahun 2021 dengan menggantikan tenaga yang digunakan oleh Palmaïa dengan membina panel solar di pusat peranginan tersebut dan pelosok lain di Mexico. Selain itu, tetamu-tetamu tidak akan dapat menemui botol air plastik di hartanah ini dan semua kemudahan bilik mandi akan dapat diisi semula dan diperbuat daripada 100% bahan-bahan terbiodegradasikan serta minyak pati.

PalmaÏa ialah sebuah komuniti hadiah dan akan menyediakan segala-gala yang diperlukan oleh tetamu-tetamu dengan kos penginapan, agar tetamu-tetamu dapat menikmati akses tanpa batasan tanpa bersusah payah untuk menukar mata wang. Kadar pembukaan bemula pada harga $600 setiap orang bagi setiap malam. Untuk tempahan dan maklumat mengenai Palmaïa, The House of AïA, sila emelkan kepada contact@thehouseofaia.com atau kunjungi www.thehouseofaia.com dan @thehouseofaia 


 


 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1063207/Palmaia_AiA_Signature_Cenote.jpg 
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1063206/King_swim_outR.jpg 
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1063208/Beach_Hotel_View_2.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1063209/Palmaia_v1_1_AiA_Green_Logo.jpg

 

Source: Palmaïa, The House of AïA
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Travel New products/services