omniture

PXG 0311 GEN3 Irons Baharu Bawakan Prestasi Berkuasa & Rasa Luar Biasa

Parsons Xtreme Golf
2020-01-10 03:57 168

Syarikat Peralatan Golf Global, PXG Tampilkan Julung Kali Teknologi Reaktor Impak Mengubah Permainan

SCOTTSDALE, Arizona, 10 Januari 2020 /PRNewswire/ -- PXG, syarikat peralatan golf berprestasi tinggi yang terkenal, memperkenalkan inovasi terkininya - PXG 0311 GEN3 Irons, menampilkan Teknologi Reaktor Impak yang baharu.

 

"Ketika kami melancarkan 0311 Irons unggulan kami, kayu golf yang menjadikan PXG terkenal, ia  kayu golf yang cukup luar biasa," renung pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif PXG Bob Parsons. "Tatkala kami meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami, pendekatan kami tidak berubah. GEN3 Irons baharu merupakan kayu golf iron kami yang terbaik seumpamanya. Ia merupakan sesuatu yang diharapkan oleh pelanggan kami dan ia membuatkan kami bangga untuk menyampaikannya."

PXG 0311 GEN3 Irons diperbuat daripada keluli karbon lembut 8620 yang berkualiti tertinggi, dipilih kerana kekuatan dan ketahanannya. Bahan ini ditempa untuk memperketatkan struktur iranya dan membentuk kepala kayu golf menggunakan lima set alatan yang berasingan. Permukaan belakang kemudiannya menjalani pemesinan CNC bagi menghasilkan reka bentuk badan yang luar biasa tepat dan berprestasi tinggi. GEN3 Irons juga membawakan Teknologi Pemberat Perimeter istimewa PXG dan alur yang dimesin.

Teknologi Reaktor Impak Baharu mengandungi sistem DualCOR yang menyatukan teras luar polimer dengan kekuatan tinggi untuk kestabilan struktur dengan teras dalaman polimer lembut yang dapat memberi tenaga maksimum kepada bola apabila mendapat impak. Apabila digandingkan dengan muka ultra tipis PXG, Teknologi Reaktor Impak dapat membantu meningkatkan masa beban bagi menambah jarak dan menghasilkan rasa yang luar biasa.

"Dengan jarak yang ditambah, anda masih berada dalam kawalan," kongsi pemenang PGA TOUR Zach Johnson. "Apa yang telah saya lihat daripada GEN3 Irons, ialah sesuatu yang belum pernah saya lihat pada mana-mana kayu golf iron lain. Saya dapat memberi jarak lebih jauh dengan putaran yang sama dan trajektori optimum yang sama. Ia sempurna!"

GEN3 Irons turut memperkenalkan proses Penggilapan Robotik yang utama dalam industri yang menghapuskan hampir kesemua ketidakkonsistenan dalam geometri tapak dan muka. Kayu golf tersebut kemudiannya disempurnakan menggunakan proses Penyaduran Nikel Satin/Krom baharu yang dapat membantu meningkatkan pemakaian dan ketahanan dalam tempoh jangka panjang.

Dibawakan dengan tiga koleksi – Tour (T), Players (P) dan Xtreme Performance (XP) – PXG 0311 GEN3 Irons direka bentuk bagi memenuhi keperluan pemain pada setiap peringkat. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.PXG.com.

LATAR BELAKNG PARSONS XTREME GOLF
PXG ditubuhkan oleh usahawan dan dermawan Amerika Bob Parsons untuk mengeluarkan beberapa kayu golf yang paling bagus di dunia. PXG menawarkan rangkaian penuh kayu golf untuk tangan kanan dan tangan kiri, termasuk driver, fairway wood, hybrid, iron, wedge dan putter.

Leela Brennan
Parsons Xtreme Golf
press@pxg.com 
+1 (480) 387-5591

New PXG 0311 GEN3 Irons Deliver Explosive Ball Speeds and an Incredible Feel
New PXG 0311 GEN3 Irons Deliver Explosive Ball Speeds and an Incredible Feel

Video - https://mma.prnewswire.com/media/1063986/Parsons_0311_GEN3_Irons.mp4
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1063984/PXG_0311_GEN3_Irons.jpg  

Source: Parsons Xtreme Golf
Related Links:
Keywords: Sports Sports Equipment & Accessories New products/services