Berkolaborasi dengan EasyStack, penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan sumber terbuka yang terkemuka di dunia untuk melaksanakan ciri-ciri baharu: EKS (EasyStack Kubernetes Service), pasaran aplikasi kepada pengguna untuk aplikasi/lesen BYO, pemeteran/pengebilan dan pemulihan bencana (DR)
JAKARTA, Indonesia, 16 Januari 2020 /PRNewswire/ -- CBNCloud, peneraju pasaran bagi penyedia perkhidmatan awan di Indonesia, dengan bangganya mengumumkan pelancaran perkhidmatan awan awam baharu, CBNCloud STACK. CBNCloud STACK ialah platform awan sumber terbuka yang pertama dan dikemas kini yang berkolaborasi dengan EasyStack, penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan sumber terbuka Cina dan Aplika Karya Solusi Bisnis, sokongan teknikal tempatan dan pelaksana EasyStack di Indonesia.
Sebagai platform awan generasi seterusnya, CBNCloud STACK direka bentuk untuk menyasarkan syarikat-syarikat Indonesia yang mempunyai banyak kelebihan utama, iaitu:
Tony Hariman, Pengarah Presiden CBNCloud berkata, "Pasaran pengkomputeran awan di Indonesia berada pada momentum pertumbuhan yang mantap. Berdasarkan data yang dikumpul sebelum ini untuk statistik Springboard Research, pasaran ini berkembang pada CAGR 48% sepanjang lima tahun yang lalu, jauh lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan tahunan untuk pengkomputeran awan di seluruh dunia. Sebagai perintis perkhidmatan OpenStack di Indonesia, CBNCloud menawarkan teknologi terbuka yang tersendiri dengan penyelesaian berpotensi yang dapat mengurus penggunaan dan penyelenggaraan IT yang berterusan dan rumit, selain memodenkan platform awan yang dibina dan menaik taraf kitaran."
Kolaborasi CBNCloud dengan EasyStack telah melalui penyelidikan dan pertimbangan terhadap cabaran akan datang dalam pasaran Indonesia. "Dengan pengalaman dan ciri-ciri produk/perkhidmatan yang disediakan oleh EasyStack, kami memutuskan untuk bekerjasama bagi menyediakan CBNCloud Stack, teknologi terkini untuk pengkomputeran awan dengan platform awan perusahaan yang selamat, boleh diskala dan bersumber terbuka yang dapat memberi keandalan dan kecekapan yang dipertingkat serta serasi dengan banyak penyelesaian vendor sedia ada," tambah Tony Hariman.
Lebih penting, CBNCloud Stack ialah produk pengkomputeran awan OpenStack perusahaan yang pertama dalam industri yang berupaya untuk mengembangkan seni binanya melalui keupayaan penaiktarafan yang berterusan dan lancar, memastikan pengguna tidak perlu melalui proses penaiktarafan yang membebankan. Ciri pengendalian dan penyelenggaraan sistem bersepadunya membolehkan produk-produk pengkomputeran awan perusahaan menawarkan tahap pengalaman pengguna yang serupa dalam produk-produk perisian berasaskan pengguna. Menerusi perkhidmatan yang baru dilancarkan ini, CBNCloud telah melaksanakan beberapa ciri baharu daripada EasyStack: EKS (EasyStack Kubernetes Service), pasaran aplikasi kepada pengguna untuk aplikasi/lesen BYO, pemeteran/pengebilan dan pemulihan bencana (DR).
Adrian Koh, Pengarah Pembangunan Perniagaan Global EasyStack mengulangi,"Kolaborasi Easystack bersama CBNCloud membuka lembaran baharu dalam pelancaran produk kami dalam pasaran Indonesia. Dengan matlamat untuk menyediakan pengalaman pengguna pelanggan perusahaan yang lebih baik, CBNCloud dan EasyStack bersetuju untuk memulakan perkongsian selama berbilang tahun bagi menyediakan produk dan perkhidmatan pengkomputeran awan yang terbaik daripada jenisnya untuk pelanggan perusahaan dalam pasaran Indonesia. Syarikat-syarikat di Indonesia dapat memanfaatkan teknologi awan generasi seterusnya yang membantu syarikat-syarikat untuk beralih daripada pelayan, storan dan perangkaian fizikal kepada maya, yang menjurus kepada kefleksibelan yang lebih baik. Pengurusan dalam syarikat-syarikat Indonesia dapat mengambil manfaat daripada penjimatan kos menerusi penggunaan sumber yang lebih baik dan ramalan pelaburan IT yang lebih tepat."
Sementara itu, David Bumi, Pengarah Aplika Karya Solusi Bisnis menambah, "bersama-sama EasyStack, Aplika Karya Solusi Bisnis komited untuk menawarkan perkhidmatan dalam pasaran Indonesia menerusi pasukan sokongan teknikal tempatan yang bagus termasuk dalam penyelesaian OpenStack."
Menerusi kolaborasi daripada ketiga-tiga syarikat ini, CBNCloud Stack baharu ialah penyelesaian yang andal dan fleksibel untuk pasaran Indonesian serta sesuai untuk sebarang saiz perniagaan, perusahaan bersaiz kecil, sederhana dan besar yang berpangkalan di bandar-bandar seluruh Indonesia.