omniture

Prolight + Sound Guangzhou 2020 Tonjolkan Pendigitalisan dan Daya Penggerak Wanita Sedang Meningkat Naik dalam Industri

Prolight + Sound Guangzhou
2020-01-17 08:59 420

GUANGZHOU, China, 17 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Mulai 19-22 Februari, lebih 1,560 pempamer akan berhimpun di Kompleks Pameran Import & Eksport China sempena edisi ke-18 Prolight + Sound Guangzhou (PLSG). Penjejakan berterusan trend industri dalam era perubahan digital telah menjadikan PLSG sebagai satu acara yang harus dihadiri untuk industri hiburan dan AV profesional. Pameran tahun ini akan membawakan sorotan istimewa dengan memberi tumpuan pada daya penggerak wanita dalam landskap industri semasa.

Sektor-sektor utama dalam pameran tersebut akan diperluaskan ke seluruh 16 dewan bertema: unsur-unsur KTV dan K pub teater akan menempati dua buah dewan manakala Dewan Nama Jenama Audio khas akan diperluaskan kepada lima buah dewan, dengan penyertaan yang lebih besar daripada syarikat-syarikat yang terkemuka bagi komunikasi dan persidangan di Dewan 3.2 serta sistem dan penyelesaian media di Dewan 4.2 dan 5.2. Empat Dewan Lampu di Kawasan B akan membawakan rangkaian penuh lampu profesional, jentera pentas dan teater, di samping sistem kawalan dan antara muka.

Jenama-jenama yang mengambil bahagian termasuk:

Audio-technica, AV Media, Bosch, Bose, Createk Intellitech, D&b Audiotechnik, Danacoid, DMT, Eagle Truss, Fine Art, Huahuitong, Kvant, Laserworld, Nightsun, PCI, Sennheiser, Shure, Soundking, Taiden, Tricolor, Yes Tech dan banyak lagi.

Dengan 'Teknologi bertembung budaya' sebagai sorotan utama, PLSG memberi respons kepada dasar-dasar kerajaan yang menyasarkan untuk meningkatkan sinergi antara sektor-sektor teknologi dan kebudayaan. Digital Media Lab baharu akan menggariskan kolaborasi ini menerusi pelbagai pengalaman berbilang deria yang interaktif, bagi membolehkan pengunjung untuk terlibat dan terpesona dengan penyelesaian teknologi yang imersif.

Program pinggiran 2020, dengan Kursus Latihan Tahunan PLSG khusus, akan membawakan lapan topik:

  • Kursus Intensif untuk Golongan Profesional Audio
  • Tinjauan Teknologi Perangkaian AoIP
  • Latihan Pensijilan Dante dan Aplikasi Sistem
  • Teknologi Audio
  • Cahaya Melangkaui Lampu
  • Bengkel Keselamatan Acara: Rekaan dan Perancangan
  • Tahap Seterusnya untuk Prolight + Sound: Sistem dan Penyelesaian Media
  • Tahap Seterusnya untuk Prolight + Sound: Komunikasi Waktu Sebenar

Wanita menjadi lebih berpengaruh dalam industri ini. Women @ Prolight + Sound akan menganjurkan panel dan bengkel pertama bersama pengeluar, jurutera dan wakil persatuan wanita yang terkemuka di dunia. Ia akan memberi tumpuan untuk menyebarkan kesedaran dan menggalakkan, menginspirasikan serta menyokong wanita dalam industri hiburan dan AV. Perbincangan panel tentang 'Cabaran lwn Peluang untuk membina kerjaya', dianjurkan bersama-sama International Organisation of Scenographers, Theatre Architects and Technicians (OISTAT) dan dipantau oleh Cik Wan-Jung Wei, Pengarah Eksekutif, akan menjadi acara yang memberikan pandangan mendalam.

Source: Prolight + Sound Guangzhou
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Entertainment