omniture

ValueLabs Dinilai pada Tahap 5 CMMI V2.0-Dev

ValueLabs
2020-01-20 11:29 153

HYDERABAD, India, 20 Januari 2020 /PRNewswire/ -- ValueLabs LLP, sebuah syarikat teknologi bertaraf global, telah dinilai pada Tahap 5 dalam pandangan Model Pembangunan CMMI V2.0. 

CMMIDEV_5
CMMIDEV_5

Penyepaduan Model Kematangan Keupayaan (CMMI) ialah program latihan dan penilaian peningkatan tahap proses. Penilaian ini dijalankan menggunakan pendekatan penilaian 'Tanda Aras' yang ditetapkan oleh institut CMMI, meliputi projek-projek tangkas era baharu di ValueLabs.

Kejayaan penilaian ini boleh dikaitkan dengan kecemerlangan dalam penyampaian, tahap kualiti yang tinggi, produktiviti, ramalan dan anggaran; lalu membawa kepada khidmat pelanggan yang terbaik dalam kelas. Beroperasi dalam persekitaran Tahap 5 yang dioptimumkan, ValueLabs menawarkan proses-proses kalis-gagal yang memastikan bahawa jangkaan pelanggan dipenuhi, jika tidak mengatasinya.

Arjun Rao, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, ValueLabs berkata, "Penilaian CMMI V2.0 menonjolkan lagi keupayaan kami dalam pembangunan produk dan cara kami membawakan penyelesaian digital yang terbaik dalam kelas kepada pelanggan kami."

ValueLabs kini merupakan salah satu antara sangat sedikit organisasi di dunia yang telah dinilai pada tahap ini. Penambahbaikan berterusan dalam projek, akaun pelanggan dan organisasi yang lebih luas telah membuka jalan untuk penilaian yang membuahkan hasil ini.

Latar Belakang ValueLabs 

ValueLabs ialah sebuah syarikat teknologi global yang memberi tumpuan pada Pembangunan Produk, Teknologi Data dan Perkhidmatan Digital. Dikuasakan oleh The Digital Flywheel™, ValueLabs menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung dalam bidang Pengalaman Pelanggan, Data & Analitik, Pembangunan Produk dan Pengautomatan. Sejak 22 tahun yang lalu, syarikat telah berkembang kepada 30 lokasi, 5,500 rakan sekutu dan 150 pelanggan di seluruh dunia serta telah mencatatkan Skor Promoter Bersih (NPS) pelanggan yang utama dalam industri sebanyak lebih 75.

Hubungan Media: 
Bhavana Reddy
bhavana.madadi@valuelabs.com

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1078433/CMMIDEV_5.jpg 
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1022046/ValueLabs_LLP_Logo.jpg

 

 

 

Source: ValueLabs
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Awards Feature News Releases Data Analytics