SINGAPURA, 22 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Ujian kekuatan terhadap sampel-sampel yang diambil daripada bahagian-bahagian yang mengandungi 4,000-5,000 titik kimpalan pada sebuah kenderaan merupakan bahagian yang amat diperlukan dalam proses pembuatan automobil, ianya sangat mahal serta memakan masa dan memerlukan banyak tenaga buruh. Ketahui lebih lanjut bagaimana pembangunan terkini sistem oleh Toshiba membolehkan ujian dijalankan secara automatik oleh robot-robot dengan cara tanpa musnah dan bersedia untuk mencetuskan revolusi besar-besaran bagi pembuatan dalam industri automotif.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba2_202001.shtml
Langkah Ke Arah Pemeriksaan Pintar, Automatik dan Ujian Tanpa Musnah
Tatkala kereta menjadi semakin ringan dan semakin kuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kepingan keluli berkekuatan tinggi yang dikenali sebagai 'bahan tegangan tinggi' semakin banyak digunakan. Kandungan bahan tegangan tinggi ini menjadikan ianya sukar untuk pahat dimasukkan dan dikembalikan kepada bentuk normal apabila diubah bentuknya. Titik-titik kimpalan sering musnah semasa proses pemeriksaan.
Memanfaatkan teknologi untuk kegunaan perubatan dan loji penjanaan kuasa, Toshiba membangunkan alat ujian ultrasonik yang dikenali sebagai Matrixeye™, peralatan pemeriksaan 3D SAFT (Teknik Penumpuan Apertur Sintetik) yang pertama di dunia dengan fungsi tatasusunan berperingkat. Matrixeye™ membolehkan kimpalan diperiksa tanpa musnah dan pemeriksaan dijalankan secara automatik oleh robot-robot.
Cabaran dalam teknologi pemeriksaan tanpa musnah adalah mencipta struktur bagi mengautomasikan pemeriksaan kimpalan titik melalui kawalan robot. Enjin anggaran condong ialah teknologi baharu yang menyelaraskan secara automatik sudut ukuran prob pemeriksaan. Berdasarkan data pantulan ultrabunyi yang diukur oleh Matrixeye™, ia menganggarkan kecondongan bahagian yang dikimpal dan kemudiannya sebuah robot membetulkan secara automatik sudut prob pemeriksaan tersebut. Melalui cara ini, masa pemeriksaan dapat dikurangkan dari 30-40 saat untuk manusia kepada kira-kira 7 saat.
Tatkala konsep Mobiliti-sebagai-satu-Perkhidmatan (MaaS) berkembang pada masa depan, bilangan kenderaan awam berkemungkinan besar akan turut meningkat. Bagi menyokong era akan datang ini, kilang-kilang dijangka akan memasang struktur-struktur bagi membolehkannya untuk menyediakan kenderaan yang berkualiti tinggi dengan cara yang pantas. Toshiba menjalankan ujian pengesahan dengan matlamat untuk melancarkan teknologi pemeriksaan kimpalan titik ini dalam tempoh setahun dan agar teknologi ini turut diterima pakai dalam bidang-bidang pembuatan yang lain.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191227/2679699-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191227/2679699-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191227/2679699-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191227/2679699-1-d?lang=0