omniture

Wuliangye China sampaikan ucap selamat sambut Tahun Baharu Lunar Cina di Times Square, NY

Wuliangye Yibin Co., Ltd.
2020-01-24 20:25 523

NEW YORK, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Pengeluar minuman keras yang terkemuka di China Wuliangye Yibin Co., Ltd. menyampaikan ucapan selamatnya kepada kaum Cina di seluruh dunia daripada "China Screen" di Times Square, New York, sebelum ketibaan Tahun Baharu Lunar Cina yang jatuh pada 25 Januari tahun ini.

Wuliangye muncul pada "China Screen" di Times Square, New York, sebelum ketibaan Tahun Baharu Lunar Cina yang jatuh pada 25 Januari 2020
Wuliangye muncul pada "China Screen" di Times Square, New York, sebelum ketibaan Tahun Baharu Lunar Cina yang jatuh pada 25 Januari 2020

Minuman keras baijiu Wuliangye klasiknya kelihatan hebat pada skrin, berlatarbelakangkan bunga api berwarna merah terang dan emas.

Times Square, dikenali sebagai "Persimpangan Dunia" mempunyai trafik harian seramai 500,000 orang.

Wang Yuan, seorang pelajar dari Beijing, melahirkan kegembiraan beliau selepas melihat ucapan selamat Tahun Baharu Wuliangye, mengatakan bahawa perasaannya seperti bertemu rakan lama di sebuah negara asing.

Liu Yao, seorang anak kelahiran Jinan, kota utama Wilayah Shandong timur China, berkata bahawa Wuliangye sentiasa menjadi sebahagian daripada kenangan beliau tentang rasa Tahun Baharu.

Penduduk New York Jim berkata bahawa Tahun Baharu Cina seolah-olah menyatukan semua rakyat Cina bersama-sama. Beliau juga mula berasa ingin tahu tentang minuman keras baijiu Cina dan berharap dapat merasainya tidak lama lagi.

Tahun 2020 ialah Tahun Tikus untuk kaum Cina. Sebagai elemen utama bagi lambang zodiak, tikus melambangkan permulaan kitaran yang baharu. Dengan menyampaikan ucapan selamat Tahun Baharu, Wuliangye turut berkongsi bersama dunia tentang budayanya yang harmoni dan daya penarik minuman keras baijiu Cina, menurut pembuat minuman keras ini.

Dalam ucapan selamat Tahun Baharunya, Wuliangye turut berkongsi identitinya sebagai rakan kongsi rasmi China Pavilion di Dubai World Expo 2020.

Menurut Wuliangye, sebagai rakan kongsi rasmi, ia akan memainkan peranan yang penting dalam acara tersebut di China Pavilion, bersama-sama jenama-jenama Cina yang lain, berkongsi bersama dunia tentang usaha-usaha China dalam mempromosikan pembangunan bersama bertaraf global, membina komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia dan mewujudkan kampung global yang indah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Wuliangye kerap muncul di acara-acara global yang penting dalam sektor-sektor politik, ekonomi dan kebudayaan, menjadi pengantara penting yang membolehkan rakan-rakan luar negara memahami budaya tradisional Cina, terutamanya budaya baijiu.

Syarikat ini berkata bahawa ia akan terus mendukung konsep keharmonian dan keindahan yang dikongsi bersama, memperjuangkan pembangunan komuniti minuman keras dengan masa depan yang dikongsi bersama serta menggalakkan pembangunan bersama dan pertukaran mesra bersama semua pihak di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200123/2700713-1?lang=0

Source: Wuliangye Yibin Co., Ltd.
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages