omniture

PR Newswire Kukuhkan Kehadirannya di Asia-Pasifik dengan Laman Sesawang Jepun baharu

PR Newswire
2020-01-29 10:36 454

TOKYO, 29 Januari 2020 /PRNewswire/ -- PR Newswire, penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar, melancarkan versi baharu laman sesawang Jepun. Laman sesawang baharu ini (jp.prnasia.com) membolehkan perniagaan Jepun untuk memanfaatkan suit perkhidmatan komunikasi PR Newswire dengan lebih baik, dan menghubungkan syarikat-syarikat bertaraf global dengan pasaran Jepun.

The home page of PR Newswire's Japanese website
The home page of PR Newswire's Japanese website

 

Laman sesawang ini dikhususkan untuk menyediakan komunikator dengan sumber-sumber berharga bagi menavigasi landskap media yang berubah-ubah dan melengkapi wartawan-wartawan dengan berita industri yang terkini. Laman mesra mudah alih ini memberi pengalaman intuitif kepada pengguna yang membuatkan pencarian maklumat dan perancangan kempen lebih mudah.

Pelancaran ini seiring dengan pengembangan perniagaan PR Newswire di Jepun. Senarai pelanggan tempatan dan global yang semakin bertambah terdiri daripada syarikat multinasional, agensi kerajaan hinggalah syarikat baharu dan pelanggan-pelanggan ini datangnya daripada industri-industri seperti pelancongan, hospitaliti dan teknologi.

Globalisasi yang semakin meningkat dalam syarikat-syarikat Jepun telah menyerlahkan kepentingan untuk mendekati audiens antarabangsa melalui jaringan media komprehensif PR Newswire.

Selain daripada permintaan yang berkembang maju dalam pasaran tempatan, syarikat ini telah menyaksikan minat yang semakin meningkat dalam kalangan pelanggan global, yang berkembang memasuki Jepun. Laman sesawang Jepun baharu ialah platform pintar untuk syarikat-syarikat antarabangsa bagi memupuk hubungan yang bermakna dengan rakan media Jepun dan memperoleh pandangan tentang landskap perniagaan Jepun.

"Melihatkan semakin banyak perniagaan Jepun mengambil pendekatan bersifat global terhadap komunikasi dan lebih banyak syarikat antarabangsa menembusi Jepun, terdapat peningkatan penekanan yang diberikan terhadap pengedaran berita yang proaktif, pengawasan dan penglibatan jenama," kata Royce Shih, Naib Presiden Asia-Pasifik, Jualan dan Pemasaran PR Newswire. "Dengan terus melabur dan memperluaskan jaringan serta platform kami, kami berharap agar dapat menunjukkan komitmen kami untuk berkembang bersama pelanggan kami dan kisah-kisah mereka."

PR Newswire komited untuk mengukuhkan jejaknya di Asia-Pasifik. Sepanjang tahun lalu, syarikat ini telah memperkenalkan tawaran terkini daripada Cision yang menyediakan pelanggan dengan penyelesaian komunikasi hujung-ke-hujung. Ini termasuk Falcon, alatan pengurusan media sosial, Cision Impact, yang mengukur impak liputan media reputasi wajar dan Cision Insights, yang memberi kecerdasan kepada landskap media dan reputasi jenama.

Menerusi 14 buah pejabat di APAC, PR Newswire telah memperluaskan jaringan pengedaran siaran akhbarnya di rantau ini. Ia meliputi lebih 35,000 outlet media, lebih 100,000 wartawan dan pihak berpengaruh serta dalam sembilan bahasa.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi jp.prnasia.com.

Latar Belakang PR Newswire

PR Newswire, sebuah Syarikat Cision ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200123/2700672-1?lang=0 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160617/8521603993LOGO-d?lang=0

Source: PR Newswire
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services