omniture

Panggilan Penyertaan: PR Newswire Vietnam Lancar Anugerah PR & Komunikasi Kebangsaan

Penyerahan penyertaan akan diterima mulai 3 Februari
PR Newswire
2020-02-03 18:08 470

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 3 Februari 2020 /PRNewswire/ -- PR Newswire, penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar, dengan bangganya mempersembahkan Anugerah PR & Komunikasi Kebangsaan sulung di Vietnam.

Panggilan Penyertaan: PR Newswire Vietnam Lancar Anugerah PR & Komunikasi Kebangsaan
Panggilan Penyertaan: PR Newswire Vietnam Lancar Anugerah PR & Komunikasi Kebangsaan

Anugerah ini meraikan program komunikasi yang luar biasa pada tahun ini dan juga mengiktiraf perintis dalam industri perhubungan awam yang pantas berkembang di negara ini. Pemenang-pemenang akan diumumkan dalam sebuah upacara di Bandar Raya Ho Chi Minh pada 13 April.

Dianjurkan oleh PR Newswire Vietnam, Anugerah PR & Komunikasi Kebangsaan dibuka kepada semua organisasi dan juga agensi. Mencakupi sepuluh kategori, anugerah ini meliputi spektrum disiplin yang luas dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi. Kategori-kategori anugerah tersebut ialah:

  • Anugerah Komunikasi Multimedia
  • Anugerah Kandungan & Penceritaan
  • Anugerah Komunikasi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
  • Anugerah Kempen PR Global
  • Anugerah Komunikasi Inovasi
  • Anugerah Peluasan Jenama
  • Anugerah Impak Global -- Jenama Vietnam
  • Anugerah Kempen Perhubungan Media
  • Anugerah Komunikasi Dalaman
  • Anugerah Pengurusan Krisis & Isu

Anugerah PR & Komunikasi Kebangsaan bersedia untuk menjadi platform yang utama bagi mengiktiraf golongan profesional PR di Vietnam, meliputi inisiatif-inisiatif oleh rangkaian luas syarikat tempatan dan antarabangsa. Anugerah ini bermatlamat untuk mengesahkan dan mempromosikan amalan terbaik dalam industri perhubungan awam yang dinamik di Vietnam.

Sebagai salah satu ekonomi baru muncul yang utama di Asia Tenggara, Vietnam telah menyaksikan perkembangan ekonomi kukuh yang didorong oleh transformasinya menjadi hab pembuatan global dan pelaburan langsung asing yang teguh. Perkembangan ini telah menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan untuk membina kehadiran jenama mereka di negara ini dan berkembang ke luar negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Secara global, lebih banyak syarikat antarabangsa turut menyasarkan pasaran Vietnam. Trend perniagaan ini telah membawa kepada permintaan yang berkembang maju terhadap perkhidmatan komunikasi yang lebih pelbagai dan sofistikated di negara ini.

Mai Anh Le, Pengurus Negara PR Newswire Vietnam, berkata: "Sepanjang dua tahun yang lalu, kami telah menyaksikan lebih banyak syarikat di Vietnam yang mengalihkan tumpuan mereka daripada media berbayar kepada media reputasi wajar. Menjamin liputan oleh outlet media pihak ketiga telah menambah kredibiliti kepada kempen dan juga kandungan mereka. Menerusi Anugerah PR & Komunikasi Kebangsaan, kami berharap agar dapat memaparkan kempen-kempen yang telah memberi kesan kepada audiens dan memupuk komuniti perhubungan awam yang bersemangat di Vietnam."

Panggilan pencalonan seluruh negara

Panggilan pencalonan akan bermula dari 3 Februari ini. Pemohon boleh menyerahkan borang dalam talian untuk kategori masing-masing di sini. Penyerahan akan ditutup pada 25 Mac. Penyertaan akan disenarai pendek sebelum senarai pencalonan didedahkan pada 13 April.

Pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan diadili oleh panel bebas yang terdiri daripada pemimpin industri yang disegani dan pakar komunikasi kanan. Butiran lanjut tentang panel ini akan didedahkan pada bulan-bulan akan datang. Setiap penyertaan akan dinilai menurut kriteria utama termasuk keaslian dan impak perniagaan daripada kempen-kempen ini.

Finalis dan pemenang akan diraikan dalam sebuah upacara dan majlis makan malam gala di Sofitel Saigon Plaza, Bandar Raya Ho Chi Minh pada 13 April. Keputusan akan turut diumumkan di platform-platform dalam talian dan media sosial PR Newswire kepada jaringan global rakan media dan juga wartawan.

Telah mempelopori industri pengedaran berita komersial lebih 60 tahun yang lalu, PR Newswire mempunyai rangkaian pengedaran media yang terbesar di dunia, yang mencakupi lebih 300,000 outlet media di lebih 170 buah negara dan lebih 40 bahasa.

Pada Jun 2018, PR Newswire meluaskan jejaknya di Asia-Pasifik menerusi pembukaan sebuah pejabat di Bandar Raya Ho Chi Minh. Sejak penubuhannya, PR Newswire Vietnam telah menghimpunkan rangkaian pengedaran tempatan yang mantap melibatkan lebih daripada 800 rakan media tempatan dan antarabangsa serta lebih 5,700 wartawan. PR Newswire turut bekerjasama dengan perusahaan serta konglomerat Vietnam, daripada industri-industri seperti pelancongan, teknologi dan kewangan, untuk berkongsi berita korporat mereka bersama dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kategori-kategori anugerah dan proses penyertaan, kunjungi vn.prnasia.com/award/2020/en

Latar Belakang PR Newswire 

PR Newswire, sebuah Syarikat Cision, ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

PR Newswire Vietnam
vn@prnasia.com 
+84-28-6276-8957

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200130/2707143-1?lang=0
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160617/8521603993LOGO-d?lang=0

Source: PR Newswire
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Awards Future Events