omniture

Penamat kepada Siji Palsu! IAF CertSearch - Sumber Kebenaran Tunggal.

The International Accreditation Forum
2020-02-05 08:47 81

SYDNEY, 5 Februari 2020 /PRNewswire/ -- International Accreditation Forum (IAF) secara rasminya melancarkan pangkalan data global bertaraf dunia untuk pensijilan sistem pengurusan yang diperakui, menyediakan perniagaan dan kerajaan dengan kebolehan untuk mengesahkan secara digital pensijilan sebuah organisasi bagi menentukan sekiranya sijil tersebut sah dan sekiranya Badan Pensijilan yang mengeluarkan sijil tersebut diiktiraf untuk mengeluarkan sijil mengikut piawaian berkenaan.

IAF CertSearch, pangkalan data global terbesar untuk pensijilan yang diperakui, kini melibatkan sekitar 400,000 pensijilan yang sah merentas lebih daripada 150 ekonomi yang mencakupi pelbagai sektor.

Dengan lebih 4000 badan pensijilan dan 68 badan akreditasi penandatangan MLA IAF di seluruh dunia, pengesahsahihan pensijilan daripada seluruh rantaian bekalan boleh menjadi sukar. Pengagregatan data pensijilan pada satu pangkalan data global, IAFCertSearch, menjadikan proses pengesahsahihan ringkas dan cekap.

Pengarah untuk Pengguna dan Industri IAF, Kursi UAC IAF, Sheronda Jeffries berkata, "Melalui IAF CertSearch perniagaan dan kerajaan dapat menjamin bahawa semua pembekal dalam rantaian bekalan mereka mempunyai pensijilan sah yang diperakui dan boleh dimaklumkan serta merta sekiranya pensjilan tersebut digantung, ditarik balik atau tamat tempoh."

Pengerusi IAF En Xiao Jianhua berkata, "IAF CertSearch ialah satu pengubah permainan untuk pensijilan yang diperakui, meningkatkan kesedaran, integriti dan nilai pensijilan yang diperakui. Organisasi-organisasi tidak akan lagi dapat mendakwa bahawa mereka mempunyai pensijilan yang diperakui padahal mereka tidak mendapat pensijilan berkenaan."

En Jianhua menambah, "Pelancaran pangkalan data ini merupakan suatu pencapaian yang besar! Berdagang dengan organisasi-organisasi yang diperakui merupakan cara perniagaan dan kerajaan dapat menunjukkan bahawa mereka mempunyai rantaian bekalan global yang berkualiti tinggi, mematuhi peraturan dan telus."

Pangkalan data ini turut membantu organisasi-organisasi menunjukkan bahawa organisasi-organisasi dalam rantaian bekalan mereka mematuhi piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Latar Belakang IAF 

IAF  ialah sebuah persatuan yang terdiri daripada organisasi-organisasi sealiran yang dikhususkan untuk mengurangkan risiko buat perniagaan dan pelanggannya dengan memberi jaminan kepada mereka bahawa sijil-sijil yang diperakui boleh dipercayai di seluruh dunia.

"Sekali diperakui, diterima di mana-mana jua."

Maklumat perhubungan
info@iafcertsearch.org

Fakta media:

Lihat petikan kata-kata tambahan & statistik di sini:
https://f1.iafcertsearch.org/assets/g/1.1/More+Information+and+Quotes+-+IAF+CertSearch+Press+Release.pdf
 

Petikan kata-kata daripada : 

Grant Ramely - Penganjur Bersama Peralatan Perubatan WG, DTA - Dental Trade Alliance
James Bruin IATF - International Automotive Task Force
Brian Geer IAQG - International Aerospace Quality Group
Marie-Claude Quentin - Global Food Safety Initiative

https://youtu.be/oDEaHPawzVA   

Piawaian popular

  • Pengurusan Kualiti ISO 9001
  • Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan OHSAS 18001
  • Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001
  • Pengurusan Tenaga ISO 50001
  • Pengurusan Keselamatan Makanan ISO 22000
  • Pengurusan Sekuriti Maklumat ISO/IEC 27001
  • Peralatan Perubatan ISO 13485

Industri-industri Utama: bekalan makanan, pertanian, perubatan, farmaseutikal, automotif, aeroangkasa, pembuatan

Source: The International Accreditation Forum
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources New products/services