omniture

Indeks Daya Saing Digital East Ventures 2020: Serlahkan Peluang Ekonomi Digital Indonesia dan Rapatkan Jurang Digital Kepulauan ini

East Ventures
2020-02-06 00:37 395

JAKARTA, Indonesia, 6 Februari 2020 /PRNewswire/ -- East Ventures, perintis bagi bidang modal usaha niaga tahap awal Indonesia, mengeluarkan Indeks Daya Saing Digital - East Ventures (EV-DCI) 2020, satu laporan komprehensif pembangunan ekonomi digital di 34 wilayah dan 24 bandar raya besar di seluruh Indonesia.

East Ventures Digital Competitiveness Index 2020
East Ventures Digital Competitiveness Index 2020

Laporan ini memberi gambaran mengenai jurang digital di Indonesia, salah satu ekonomi digital yang paling pantas berkembang di dunia. Ketaksamaan antara ekosistem digital yang pesat membangun di kawasan bandar raya Indonesia dan kawasan-kawasan di luarnya menunjukkan bahawa perjalanan digital Indonesia baru sahaja bermula.

Indeks Daya Saing Digital East Ventures (EV-DCI), satu ukuran yang memfaktorkan 9 aspek yang berkaitan dengan pembangunan digital, menunjukkan bahawa sebahagian besar Indonesia bersedia untuk menerima perkhidmatan digital lantaran pemilikan telefon pintar dan akses internet yang tinggi. Namun demikian, skor EV-DCI untuk sumber manusia dan keusahawanan masih lagi rendah. Ini bermakna, hanya sebilangan kecil warga Indonesia yang menggunakan teknologi untuk memulakan perniagaan atau meningkatkan produktiviti.

Jurang digital juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat berasaskan internet yang pantas berkembang dan beroperasi dalam pasaran Indonesia (enam daripadanya ialah syarikat unikorn), menyumbang hanya sebahagian kecil daripada ekonomi Indonesia. Dengan meluaskan serta melanjutkan perkhidmatan mereka di seluruh negara kepulauan tersebut, syarikat-syarikat berkenaan mempunyai peluang yang besar untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan pesat.

Beberapa sorotan penting daripada laporan ini:

Memberi Tumpuan pada Jawa

Wilayah-wilayah di pulau Jawa mencatatkan skor EV-DCI tertinggi berbanding dengan semua wilayah lain. Ini jelas menunjukkan terdapatnya jurang antara Jawa dan wilayah-wilayah Indonesia yang lain. Di samping itu, skor EV-DCI untuk bandar-bandar menekankan ketidakseimbangan pembangunan dilihat menerusi jurang yang besar antara bandar yang menduduki tempat pertama, Jakarta dan bandar yang menduduki tempat kedua, Bandung.

Perubahan Kewangan

Industri kewangan ialah salah satu industri yang paling terkesan oleh pendigitalan di Indonesia. Di kawasan-kawasan dengan skor EV-DCI yang tinggi, bank-bank menutup pejabat cawangan mereka pada kadar yang lebih pantas. Skor EV-DCI juga berhubung kait dengan pengeluaran kredit oleh pemberi pinjaman teknologi kewangan dan bilangan ejen kewangan perbankan tanpa cawangan.

Kekurangan Kumpulan Bakat

Pertumbuhan ekonomi digital dapat mewujudkan pasaran bakat yang lebih berdaya saing yang menghasilkan sekumpulan tenaga kerja mahir. Meskipun kawasan-kawasan dengan daya saing digital yang tinggi cenderung untuk menyerap lebih ramai golongan profesional serta pekerja mahir ini.

Beberapa pekerjaan seperti kerja pentadbiran, pengendali mesin dan tenaga buruh dijangka paling terkesan oleh pendigitalan. Jelas sekali, bilangan pekerja ini dalam industri ICT, kewangan dan pengangkutan telah menghadapi kadar penurunan yang paling mendadak.

Bali Baharu

Daya saing digital di kawasan-kawasan yang bersedia untuk menjadi 'Bali Baharu' seperti Labuan Bajo, Danau Toba, Raja Ampat, Candi Borobudur, Gunung Bromo dan Morotai perlu diperbaiki bagi menyediakan akses kepada maklumat, keselesaan dan daya tarikan buat pelancong asing.

Willson Cuaca, Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan East Ventures menjelaskan, "Ekonomi digital menjanjikan keterangkuman dan peluang ekonomi yang sama rata buat semua rakyat Indonesia. Walau bagaimanapun, Indonesia seringkali hanya dinilai dari segi pembangunan bandar raya besar yang tertentu seperti Jakarta, sedangkan masih terdapat banyak bandar raya yang belum ditunaikan janji ekonomi digital. Dengan membolehkan semua orang mengambil bahagian dalam ekonomi digital, Indonesia dapat menukar bonus demografi kepada dividen demografi; mengubah potensi menjadi realiti."

Laporan penuh boleh dimuat turun di east.vc/DCI

Latar Belakang East Ventures

East Ventures ialah pelabur tahap awal yang pertama di Indonesia dan berada dalam kalangan modal usaha niaga berprestasi tinggi yang paling tekal di seluruh dunia dengan IRR yang sentiasa tinggi. Ditubuhkan sejak tahun 2009, firma ini telah menyokong lebih daripada 170 buah syarikat didayakan secara digital di Asia Tenggara, dengan 130 buah syarikat ditubuhkan dan beroperasi di Indonesia.

East Ventures pernah bekerjasama di samping usahawan-usahawan untuk membina ekosistem digital Indonesia sepenuhnya sejak hari pertama. Mengesan peluang-peluang lebih awal, firma ini merupakan modal usaha niaga pertama yang menyokong dua syarikat unikorn tempatan di Indonesia: Tokopedia dan Traveloka. Sejak itu, firma ini melabur dalam tema-tema industri yang lain, termasuk menyokong infrastruktur untuk e-dagang seperti Waresix (logistik), Xendit (pembayaran), Kudo (luar talian ke dalam talian), Shopback (penggerak e-dagang), perdagangan vertikal seperti Sociolla (kecantikan runcit baharu), media seperti IDN Media (audiens milenia dan gen-z), Tech in Asia (audiens teknologi) dan Katadata (audiens perniagaan dan ekonomi), sokongan PKS seperti Mekari (perakaunan, cukai, senarai gaji), Moka (POS), CoHive (kerja bersama), jualan runcit baharu seperti Warung Pintar (FMCG) dan Fore Coffee (rangkaian kopi atas-permintaan) dan transformasi digital seperti Advotics (analitik rantaian bekalan) serta Nodeflux (visi komputer dan AI).

Sepanjang dekad yang lalu, firma ini telah mengembangkan aset Asia Tenggaranya untuk mencecah US$1.2 bilion di bawah pengurusan untuk dana tahap awal mahupun dana pertumbuhan. Firma ini telah merealisasikan lebih daripada 20 jualan saham (exit), termasuk pemerolehan Kudo oleh Grab, pemerolehan Loket oleh Gojek, pemerolehan Bridestory oleh Tokopedia dan pelbagai jualan saham kepada kumpulan perniagaan tempatan dan serantau. Ia turut menarik sejumlah US$4 bilion dalam pendanaan susulan yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi digital Indonesia pada hari ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200204/2710733-1?lang=0

Source: East Ventures
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Survey, Polls & Research Venture Capital Financial Technology