omniture

S.Pellegrino Umum Ahli Juri untuk Peringkat Akhir Global Pertandingan Cef Muda 2020

S.Pellegrino
2020-02-10 08:00 117

MILAN, 10 Februari 2020 /PRNewswire/ -- S.Pellegrino telah mengumumkan tujuh orang ahli juri yang akan mengadili Peringkat Akhir pertandingan Cef Muda 2020, yang berlangsung di Milan pada 8-9 Mei 2020.

Satu platform bakat sentiasa terhubung yang memupuk masa depan gastronomi, Cef Muda S.Pellegrino menyaksikan 134 orang cef muda di seluruh dunia mengambil bahagian dalam pertandingan memasak secara langsung di hadapan panel juri antarabangsa dari negara-negara yang mengambil bahagian dengan dua belas wilayah berbeza. Dua belas finalis akan memasak di hadapan "Seven Sages", panel juri disanjungi yang terdiri daripada tujuh bakat utama dalam gastronomi global, yang percaya bahawa budaya dan etika pada sepiring pinggan akan membawa perubahan kepada seorang cef pada masa depan, akan mengadili masakan mereka bagi mencari pemenang peringkat akhir.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8688951-young-chef-2020-competition-jurors/.

"Seven Sages" terdiri daripada:

  1. Mauro Colagreco, cef Itali-Argentina yang telah diisytiharkan sebagai No. 1 di The World's 50 Best Restaurants Awards 2019 menerusi restoran tiga bintang Michelin beliau Mirazur di Menton, Perancis. Beliau berusaha memberi kualiti maksimum melalui penggunaan bahan-bahan tempatan, dengan menyatakan: "Sebagai cef, kami diwajibkan untuk memberi tumpuan pada kelestarian dan masa depan bumi kita."
  2. Andreas Caminada, seorang cef dan usahawan Switzerland yang memegang tiga bintang Michelin di restoran beliau Schloss Schauenstein. Falsafah beliau adalah berpegang teguh pada asal usul beliau, hanya menggunakan bahan-bahan bermusim dari Kawasan sekitar istana atau pengeluar tempatan yang dipetik sendiri. Beliau menerima Anugerah World's 50 Best Sustainable Restaurant untuk pendekatan alam sekitar dan sosial beliau di Schloss Schauenstein pada tahun 2019.
  3. Clare Smyth, cef wanita British pertama yang memegang dan mengekalkan tiga bintang Michelin, dinamakan sebagai Cef Wanita Terbaik Dunia 2018 oleh World's 50 Best Restaurants. Bahan-bahan yang digunakan oleh beliau untuk masakan British beliau dipilih selepas menjalankan kajian yang lama dalam kalangan petani tempatan dan artisan bebas serta mempunyai aspek etika dan lestari yang mantap.
  4. Pim Techamuanvivit, seorang cef eksekutif Nahm di Bangkok (satu bintang Michelin sejak 2017), dan cef/pemilik Kin Khao (satu bintang Michelin sejak 2015) dan Nari yang baru dibuka di San Francisco. Komited terhadap kelestarian dan pencegahan sisa makanan, beliau menyokong masa depan makanan Thai dengan bekerjasama erat bersama pengkarya artisan, nelayan dan petani tempatan bagi mendapatkan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk dapur beliau.
  5. Enrico Bartolini kini ialah seorang cef Itali yang menerima paling banyak bintang. Pada tahun 2019, restoran beliau, Enrico Bartolini -Mudec, menerima tiga bintang Michelin, menandakan kembalinya restoran tiga bintang di Milan, selepas lebih 25 tahun. Falsafah beliau adalah untuk menjadi klasik kontemporari, mengadunkan tradisi dengan inovasi dan penerokaan tanpa henti, bagi mencipta perisa baharu yang sarat dengan kenangan.
  6. Manoella Buffara, seorang cef Brazil yang belajar di Itali. Restoran beliau Manu dinamakan sebagai 'One to Watch' oleh Latin America's 50 Best pada tahun 2018 dan bagi menggalakkan kelestarian beliau mencipta model yang mana perlindungan alam semula jadi menjadi tugas setiap orang, menggunakan taman bandar untuk menyatukan masyarakat bersama-sama dengan berkongsi tanaman.
  7. Gavin Kaysen, pemilik Spoon and Stable Restaurant di Minneapolis, ialah seorang cef A.S. yang berbakat dan usahawan yang berwawasan. Percaya bahawa pementoran masih sangat relevan dalam kerjaya gastronomi, Kaysen amat komited untuk membantu ahli kulinari muda generasi akan datang menyempurnakan kemahiran mereka di dapur. Beliau merupakan salah seorang mentor pengasas bagi Ment'or BKB Foundation (dahulunya Bocuse d'Or USA Foundation) yang bukan berasaskan keuntungan dan beliau mengambil bahagian dalam acara Cef Muda S.Pellegrino 2018, membimbing calon yang menang untuk pasukan AS.

Ahli juri akan mengadili finalis berdasarkan tiga ciri utama iaitu kemahiran teknikal, daya kreativiti dan kepercayaan peribadi selain potensi calon untuk mencetuskan perubahan positif dalam masyarakat melalui makanan. Cef yang memaparkan ciri-ciri ini dengan jayanya akan dinobatkan sebagai Cef Muda S.Pellegrino 2020.

Perjalanan kulinari tahun ini akan turut menganjurkan Forum sehari yang diaturkan oleh Fine Dining Lovers, suara utama dalam talian bagi gastronomi oleh S.Pellegrino dan Acqua Panna untuk peminat makanan seluruh dunia – yang akan dikhususkan untuk manusia dan kelestarian makanan dalam Gastronomi. Cef-cef muda dan terkemuka akan bergilir-gilir berkongsi pandangan dan pengalaman mereka di atas pentas tentang budaya dapur dan amalan lestari: salah seorang daripadanya, cef yang terkenal di dunia Massimo Bottura akan mengadakan syarahan khas.

FineDiningLovers akan berkongsi pandangan mengenai Cef Muda S. Pellegrino 2020: ikuti kisahnya di www.finedininglovers.com dan platform media sosial @finedininglovers.

Klik di sini untuk menerokai lebih lanjut tentang pencarian bakat yang menarik: https://www.sanpellegrinoyoungchef.com/en

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/899183/SPellegrino_Young_Chef_2020_Logo.jpg

 

Source: S.Pellegrino
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Restaurants Retail Broadcast feed announcements MultiVu Video Personnel announcements Trade show news