omniture

Nexen Tire Anjur 2020 PURPLE SUMMIT Manchester untuk Rakan Niaga Utama di Seluruh Dunia

Nexen Tire
2020-02-14 16:12 217
  • Nexen Tire raikan prestasi perniagaan mantapnya dan berkongsi visi bersama rakan-rakan kongsi terdekat di 2020 PURPLE SUMMIT, diadakan di Manchester, UK

SEOUL, Korea Selatan, 14 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Pengeluar tayar global Nexen Tire hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya menganjurkan '2020 PURPLE SUMMIT Manchester', siri yang keempat daripada kempen hospitaliti terulung syarikat, dengan lebih 70 orang tetamu hadir.

2020 PURPLE SUMMIT Manchester Nexen Tire dihadiri oleh lebih 70 jemputan.
2020 PURPLE SUMMIT Manchester Nexen Tire dihadiri oleh lebih 70 jemputan.

Diadakan mulai 8 hingga 11 Februari di Manchester, UK, bandar asal rakan kongsi Nexen Tire Manchester City Football Club (Manchester City), 2020 PURPLE SUMMIT Manchester berperanan sebagai platform interaktif untuk syarikat ini bagi mendorong dan mengukuhkan hubungan bersama rakan-rakan niaga global utamanya.

"Kami berbangga kerana dapat menganjurkan 2020 PURPLE SUMMIT Manchester untuk rakan-rakan kongsi terdekat kami," kata James (Hyun Jong) Lee, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Rantau Asia Pasifik Nexen Tire. "PURPLE SUMMIT dilancarkan pada tahun 2016 dengan matlamat untuk mengukuhkan dan merangsang perkongsian strategik utama kami di seluruh dunia. Kami akan kekal komited untuk mengukuhkan hubungan perniagaan bersama rakan-rakan kongsi kami dan meneruskan dedikasi kami terhadap visi korporat ketika bergerak maju pada tahun 2020 dan pada dekad akan datang."

PURPLE SUMMIT tahun ini penting kerana ia merupakan acara hospitaliti korporat pertama sejak upacara pelantikan James (Hyun Jong) Lee yang baru dilantik. Memanfaatkan pembangunan ini, syarikat menerajui acara berkenaan sebagai arena untuk Nexen Tire dan rakan-rakan kongsi globalnya bagi mengesahkan hubungan perniagaan dan menjalin perkongsian strategik yang baharu.

Di 2020 PURPLE SUMMIT Manchester, Nexen Tire berkongsi rancangan pengembangan perniagaannya, menggariskan inisiatif kempen pemasaran tahun ini dan mempamerkan inovasi produk terkininya. Syarikat berkenaan turut menegaskan semula VISI 2025 yang telah disampaikan di upacara perasmian kilang Eropahnya di Republik Czech tahun lalu, dengan tujuan untuk merealisasikan matlamat bagi menjadi pengeluar '10 Terbaik Global' menjelang tahun 2025. City Football Group turut mengambil bahagian dalam acara tersebut, yang mana ia meraikan perkongsian strategik yang mantap antara Nexen Tire dan Manchester City.

Pelbagai program yang memanfaatkan perkongsian Manchester City turut dijalankan bagi mengukuhkan hubungan bersama rakan-rakan niaga syarikat. Susulan persidangan utama sidang kemuncak berkenaan, pengurus Manchester City Pep Guardiola tampil di hadapan rakan-rakan kongsi Nexen Tire dan memberikan satu sambutan mesra. Kemudian, tetamu ditawarkan dengan lawatan ke bangunan City Football Academy First Team, di mana pemain-pemain meluangkan masa untuk berlatih dan bersiap sedia untuk pertandingan.

Nexen Tire membimbing tetamunya selanjutnya melalui pengalaman rakan kongsi Manchester City dengan mengiringi mereka dalam satu lawatan ke Stadium Etihad. Acara lawatan stadium tersebut memuncak dengan sesi bola sepak, ditemani oleh Legenda Kelab dan bekas pemain pasukan kebangsaan England Shaun Wright-Phillips, yang menawarkan peserta-peserta dengan pengalaman langsung yang autentik terhadap latihan bersungguh-sungguh pemain-pemain Manchester City.

Nexen Tire dan Manchester City telah menjalin perkongsian sejak tahun 2015 dan mengukuhkan lagi hubungan berkenaan pada tahun 2017 apabila Nexen Tire menjadi Rakan Kongsi Lengan Baju Rasmi kelab berkenaan. Sejak itu, kedua-dua pihak mendapat sinergi daripada perkongsian tersebut – kelab berkenaan memperoleh kemenangan berturut-turut menerusi gelaran-gelaran Liga Perdana untuk dua musim manakala Nexen Tire berjaya menyempurnakan 4 jaringan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran global utamanya.

Latar Belakang Nexen Tire 

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, ialah pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, kini berinteraksi dengan kira-kira 150 buah negara di seluruh dunia dan memiliki empat kilang pembuatan - dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Sebuah lagi kilang di Žatec, Republik Czech juga telah mula beroperasi pada tahun 2019. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV dan trak ringan menerusi teknologi canggih dan kecemerlangan dalam reka bentuk. Syarikat juga memberi tumpuan untuk mengeluarkan tayar UHP, yang berasaskan teknologi canggih. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat 'grand slam' menerusi 4 anugerah reka bentuk utama dunia buat julung kalinya dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.nexentire.com/international/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200212/2718378-1?lang=0

Source: Nexen Tire
Keywords: Auto Sports Transportation Trade show news