omniture

Swisslog sediakan pengautomatan dipacu data dan penyepaduan berkuasa perisian bagi teknologi gudang canggih untuk IKEA Supply Malaysia, Inter IKEA Group

Swisslog Malaysia Sdn Bhd
2020-02-17 10:57 361

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Pakar pengautomatan logistik yang terkemuka Swisslog, anggota KUKA Group, baru-baru ini menerima pesanan yang penting daripada IKEA Supply (Malaysia) Sdn Bhd. Terletak di Pulai Indah, Selangor, Pusat Pengagihan yang dikendalikan oleh Inter IKEA akan menjadi pusat pengagihan serantau yang terbesar di rantau Asia Pasifik. Selain daripada kedekatannya dengan semua kedai di rantau Asia Tenggara, lokasi ini terkenal dengan infrastrukturnya yang maju. Dengan kerjasama Swisslog, pusat yang berkeluasan 95,000 meter persegi itu akan dilengkapi dengan anggaran kapasiti simpanan sebanyak 192,800 meter padu dengan kren penyusun palet Vectura dan perisian sistem pengurusan gudang (WMS) SynQ Swisslog.

Sistem Pengurusan Gudang SynQ Swisslog
Sistem Pengurusan Gudang SynQ Swisslog

 

Inter IKEA telah memilih Swisslog Malaysia atas pengalaman tempatannya dalam melaksanakan penyelesaian gudang palet untuk projek-projek utama, kepakaran perisian industri yang tiada tandingan dan reputasi global yang mantap. Kren Vectura Swisslog telah mendapat manfaat daripada 50 tahun penambahbaikan yang berterusan dan menetapkan piawaian untuk reka bentuk yang inovatif dalam kren penyusun palet untuk gudang dengan ruang yang tinggi. Hasil daripada reka bentuk yang inovatif dan modularnya, pelanggan boleh menyimpan palet dengan lebih cekap dan berkesan kos. Menerusi penambahan perisian pengurusan gudang dan pelaksanaan gudang SynQ, Swisslog akan membawakan penyelesaian pengautomatan pengendalian bahan yang bersepadu sepenuhnya dan hujung-ke-hujung untuk Inter IKEA.

SynQ Swisslog menyediakan platform untuk pusat pengagihan IKEA Malaysia, menyelaraskan interaksi robotik individu, teknologi gudang dan kakitangan bagi menyediakan proses pemenuhan pesanan yang amat berkesan. Dengan mengintegrasikan kecerdasan ke dalam operasi dan menyegerakkan prestasi peralatan gudang automatik mahupun manual, perniagaan boleh mengharapkan penambahbaikan yang lebih besar dalam kecekapan aliran kerja dan produktiviti.

Menurut Dr. Christian Baur, Ketua Pegawai Eksekutif Swisslog Logistics Automation, "Saya berasa bangga kerana Inter IKEA dan IKEA Supply Malaysia mempercayai Swisslog dengan projek yang penting ini. Kami memberi tumpuan yang tinggi untuk menyokong pelanggan kami bagi mencapai matlamat perniagaan mereka. Dengan keupayaan kami untuk merangkumkan seluruh rantaian nilai pengautomatan dengan robotik dan penyelesaian automatik dipacu data yang mencipta nilai yang luar biasa buat perniagaan, kami yakin bahawa kami akan terus memenuhi permintaan jangka panjang IKEA dan kami berharap agar dapat meneruskan hubungan ini."

"Satu lagi sebab mengapa kami memilih Swisslog sebagai rakan kongsi pengautomatan kami ialah kemajuan mereka dalam penyelesaian pengautomatan dipacu data. Seni bina modular perisian SynQ pintar mereka akan membantu mengubah data kami menjadi kecerdasan yang boleh diambil tindakan bagi menyokong kami untuk menganalisis dan mengoptimumkan prestasi gudang kami. Apabila projek ini selesai, IKEA Supply Malaysia akan menjadi hab digital bagi intralogistik yang canggih dan automatik di rantau ini," kata En. Antonio Machado, Pengurus Projek di IKEA Supply Malaysia.

Selain daripada menyediakan teknologi canggih yang unggul, Swisslog menghargai hubungan pelanggannya dan komited untuk menyediakan rangkaian penuh khidmat dan sokongan pelanggan termasuk sokongan perkhidmatan 24/7, pasukan tempatan yang bersiap sedia, selain kursus latihan untuk pengguna. Disokong oleh Pusat Kecekapan SynQ global, jabatan pembangunan produk pusat Swisslog, Malaysia dapat memanfaatkan organisasi perisian serantaunya sendiri bagi memastikan pelaksanaan yang berjaya.

Latar Belakang Swisslog -- Kami membentuk masa depan intralogistik dengan penyelesaian yang fleksibel, dibantu robot dan dipacu data yang memberi nilai tambah yang luar biasa buat pelanggan kami. Kami meningkatkan prestasi pusat-pusat penyimpanan dan pengagihan dengan sistem automatik dan perisian. Rangkaian perkhidmatan bersepadu kami termasuk perundingan, reka bentuk sistem dan pelaksanaan selain sokongan pelanggan sepanjang hayat di lebih 50 buah negara. Swisslog menjadi kepunyaan KUKA Group, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian pengautomatan pintar yang mempunyai lebih daripada 14,000 orang pekerja.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200214/2720834-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200214/2720834-1LOGO?lang=0

Source: Swisslog Malaysia Sdn Bhd
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation Licensing/marketing agreements