omniture

Hangatkan rasa cinta insan tersayang anda dengan senarai main istimewa Hari Valentine 2020 JOOX dan tawaran diskaun kad hadiah terhad

JOOX
2020-02-17 11:24 192

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Detik yang dinanti-nanti tiap-tiap tahun tiba lagi – Hari Valentine, waktu di mana suasana percintaan dapat dirasakan, di mana-mana anda berada! Sempena hari istimewa ini, pasukan editorial profesional daripada platform penstriman muzik JOOX, yang terdiri daripada peminat-peminat tegar muzik yang benar-benar memahami citarasa muzik warga tempatan, telah menyediakan dengan teliti lebih daripada 30 senarai main istimewa Hari Valentine dengan beratus-ratus lagu buat pengguna dari wilayah-wilayah berbeza untuk diulang dengar sepanjang hari. Sama ada seseorang sedang dilamun cinta, menjalin persahabatan yang istimewa, mempunyai kekasih rahsia atau remuk hatinya, pengguna pastikan menemukan lagu yang sempurna bagi meluahkan perasaan mereka.

Berada di salah sebuah negara paling berbilang bahasa di dunia, pasukan JOOX Malaysia telah menyediakan senarai main dalam bahasa-bahasa berbeza bagi memenuhi citarasa peminat muzik yang berbeza.
Berada di salah sebuah negara paling berbilang bahasa di dunia, pasukan JOOX Malaysia telah menyediakan senarai main dalam bahasa-bahasa berbeza bagi memenuhi citarasa peminat muzik yang berbeza.

Berada di salah sebuah negara paling berbilang bahasa di dunia, pasukan JOOX Malaysia telah menyediakan senarai main dalam bahasa-bahasa berbeza bagi memenuhi citarasa peminat muzik yang berbeza:

Sama ada anda sedang dilamun cinta atau masih lagi tidak mempunyai pasangan, senarai main yang tepat sentiasa ada buat anda di JOOX:

Masih tercari-cari idea hadiah saat-saat terakhir untuk kekasih anda? Kad hadiah mungkin apa yang anda perlukan! JOOX Malaysia kini menawarkan tawaran tempoh terhad sempena Hari Valentine, yang mana pengguna boleh menikmati diskaun 20% apabila membeli dua kad hadiah VIP. Pengguna juga boleh memasukkan pesanan peribadi dan menghantarnya secara elektronik.

Menerusi lebih 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai main diperibadikan selain pilihan istimewa pada Hari Valentine. Pengguna boleh menemui muzik baharu yang hebat termasuk K-Pop dengan lagu dan stesen radio yang disyorkan yang dapat memenuhi citarasa dan mood anda.

Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan memuat turun aplikasi JOOX pada peranti mudah alih dan komputer meja melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau dengan mengakses laman sesawang JOOX. Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200214/2720875-1?lang=0

Source: JOOX
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Music New products/services