omniture

Premia Partners dipilih sebagai pemenang ETF Berprestasi Terbaik HKEx - Anugerah Pulangan Keseluruhan untuk Premia CSI Caixin China New Economy ETF dengan pulangan 45.2% bagi 2019

Premia Partners
2020-02-17 13:15 1086

HONG KONG, 17 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Premia Partners, penerbit ETF yang terkemuka di Hong Kong, berbesar hati apabila diiktiraf oleh HKEx sebagai Pemenang ETF Berprestasi Terbaik 2019 – Anugerah Pulangan Keseluruhan untuk Premia CSI Caixin China New Economy ETF, yang mencatatkan pulangan sebanyak 45.2% semasa tahun 2019.

Premia Partners dipilih sebagai pemenang ETF Berprestasi Terbaik HKEx – Anugerah Pulangan Keseluruhan untuk Premia CSI Caixin China New Economy ETF dengan pulangan 45.2% bagi 2019
Premia Partners dipilih sebagai pemenang ETF Berprestasi Terbaik HKEx – Anugerah Pulangan Keseluruhan untuk Premia CSI Caixin China New Economy ETF dengan pulangan 45.2% bagi 2019

 

  • Premia CSI Caixin China New Economy ETF (Simbol Saham: 3173 HK / 9173 HK) menjejak CSI Caixin Rayliant New Economic Engine Index, yang memperoleh kira-kira 300 syarikat sektor ekonomi baharu terkemuka yang disenaraikan di Tanah Besar. ETF yang direplikasikan secara fizikal ialah salah satu ETF China berkos terendah dengan jumlah-nisbah-perbelanjaan (TER) mencecah 0.50% p.a.
  • Berbeza dengan pendekatan permodalan pasaran konvensional, syarikat-syarikat dipilih berdasarkan faktor-faktor asas seperti saiz aset tidak tetap, kesihatan kewangan dan ciri-ciri pertumbuhan. Portfolio yang pelbagai ini menyediakan pelabur-pelabur dengan pendekatan beta pintar yang berbeza untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan struktur dan transformasi ekonomi China, dengan syarikat-syarikat bukan sahaja berada di internet, tetapi juga sektor-sektor penjagaan kesihatan, bioteknologi, farmaseutikal, tenaga baharu, pengautomatan perindustrian, 5G, pengkomputeran awan dan penggunaan selain pemacu ekonomi baharu didayakan teknologi yang lain.

"Kami amat bersyukur atas pengiktrafan dan sokongan berterusan oleh HKEx, selain daripada pelanggan dan rakan niaga kami dalam perjalanan ini," kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan Premia Partners. "Kami sangat berminat terhadap pasaran ETF Asia dan berharap agar dapat membina instrumen yang lebih cekap untuk pelabur mengakses peluang pertumbuhan di Asia."

Anugerah ETF HKEX dikhususkan untuk mengiktiraf pencapaian pengamal terbaik dalam industri ETF Hong Kong. Setakat 14 Februari 2020, Premia Partners yang menyambut ulang tahun ketiganya mempunyai 6 ETF yang disenaraikan pada HKEx yang meliputi China, ASEAN baru muncul, Teknologi Inovatif Asia, Vietnam dan pendedahan Perbendaharaan AS.

Untuk pertanyaan 
+852 2950 5777 
enquiries@premia-partners.com

Latar Belakang Premia Partners

Premia Partners ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 2016, oleh sekumpulan peminat ETF yang percaya dalam mendayakan pelabur dengan instrumen pelaburan yang cekap dan menyaksikan skop yang luas bagi tujuan inovasi dalam industri ETF Asia. Di Asia, dan untuk Asia -- kerana di sinilah asal kami. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.premia-partners.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200214/2720855-1-a?lang=0

Source: Premia Partners
Keywords: Banking/Financial Service Awards