omniture

Zoomlion Ambil Langkah-langkah Perangi Wabak Novel Coronavirus (Covid-2019)

Zoomlion
2020-02-24 11:10 796

CHANGSHA, China, 24 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Ekoran wabak novel coronavirus Covid-19, Zoomlion Heavy Industry Science and Technology Co, (01157.HK) - pembuat peralatan kejuruteraan dan pertanian Cina yang terkemuka - serta merta menubuhkan Pasukan Pencegahan dan Kawalan yang dipimpin oleh Presiden En. Zhan Chunxin bagi menyelaraskan sumbangan dan menyokong pembinaan hospital-hospital kecemasan sekali gus menjamin keselamatan tempat kerja bagi pekerja yang kembali bertugas.

Zoomlion Takes Steps to Combat the Novel Coronavirus (Covid-2019) Outbreak
Zoomlion Takes Steps to Combat the Novel Coronavirus (Covid-2019) Outbreak

Membina hospital kecemasan dan menderma bekalan perubatan

Sebagai respons kepada wabak novel coronavirus, Zoomlion menubuhkan sebuah pasukan sokongan khas yang terdiri daripada berpuluh-puluh jurutera dan operator serta lebih 240 set jentera dan peralatan termasuk alat pengangkut tanah, kren mudah alih, jentera konkrit dan platform kerja udara dengan pantas. Mulai 23 Januari, Zoomlion mengambil bahagian dalam pembinaan hospital-hospital di seluruh China termasuk Wuhan, Hunan, Shenzhen, Henan, Guangxi serta Tianjin dan telah menderma bekalan perubatan bagi meningkatkan usaha barisan hadapan.

Sehingga 18 Februari, Zoomlion telah membeli lebih daripada 3 juta set alat pelindung perubatan. Lebih daripada 2.6 juta bekalan perubatan telahpun disumbangkan.

Menjamin kesihatan dan keselamatan untuk pekerja yang kembali bertugas

Pemulihan daripada wabak coronavirus digalakkan dengan kembalinya pekerja-pekerja ke tempat kerja secara beransur-ansur mulai 5 Februari. Setakat ini, lebih daripada 70% pekerja telah kembali dan kapasiti pengeluaran keseluruhan telah dipulihkan kepada 60%-80%.

Sebelum kembalinya pekerja ke tempat kerja, Zoomlion menubuhkan pasukan pencegahan dan kawalan jangkitan serta rancangan kembali-bekerja bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pekerja yang kembali bertugas. Bagi memerangi jangkitan berkenaan, pasukan khas menyahjangkit tapak pejabat, bengkel dan kemudahan pengeluaran, selain jalan raya, bilik asrama dan kantin di taman perindustrian dua kali sehari. Dalam masa yang sama, suhu pekerja hendaklah diperiksa secara rutin bagi mengelakkan jangkitan meluas. Bahan-bahan pelindung seperti topeng muka akan diedarkan kepada setiap pekerja dan dipakai sepanjang masa. Bagi mereka yang tidak dapat kembali semula ke tempat kerja tepat pada masanya, langkah-langkah penempatan semula yang betul telahpun diaturkan bagi membantu mereka bekerja dari rumah.

Langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang ketat memberi jaminan kukuh untuk operasi dan pengeluaran yang teratur.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 460 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://en.zoomlion.com/.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200221/2727027-1?lang=0

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Construction/Building Health Care/Hospital Infectious Disease Control Machinery Mining/Metals Corporate Social Responsibility