omniture

Berkeley Lights Lancar Kit Penjujukan Reseptor Sel T untuk Tingkatkan Kecekapan Penemuan Reseptor Sel

Berkeley Lights
2020-03-06 21:36 1047

Kit Penjujukan Reseptor Sel T (Kit TCRseq) membolehkan pengguna platform Berkeley Lights mengenal pasti, memulihkan dan menjujuk sel T yang dikehendaki dengan cekap

EMERYVILLE, California, 6 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Berkeley Lights, peneraju bagi pemilihan sel, melancarkan Kit Penjujukan Reseptor Sel T (Kit TCRseq) baharu mereka. Kit TCRseq ini membolehkan pengguna instrumen Beacon dan Lightning Berkeley Lights memulihkan reseptor sel T (TCR) yang disahkan secara fungsian daripada sampel sel yang mempunyai sekurang-kurangnya 10,000 sel input. Kit TCRseq membolehkan pengguna platform Berkeley Lights mencirikan fungsi set T menggunakan Suit Pembangunan Terapi Sel Berkeley Lights terlebih dahulu dan kemudiannya hanya menjujuk sel-sel T yang penting. Oleh yang demikian, perkara ini dapat menggantikan kaedah-kaedah sedia ada yang memerlukan pengekspresian semula ratusan TCR secara fungsian dengan harapan agar dapat mengenal pasti jujukan yang jarang dilihat yang memberikan kekhususan ideal.

"Kami berasa teruja untuk mengumumkan pelancaran Kit TCRseq, satu alat canggih yang membolehkan pemulihan TCR khusus jujukan rantaian alfa/beta dibuat daripada sel tunggal dan meningkatkan pemulihan TCR kepada lebih 70%," kata John Proctor, Ph.D., Naib Presiden Kanan Pemasaran di Berkeley Lights. "Kami membina Suit Pembangunan Terapi Sel dengan alatan untuk membantu pelanggan kami mencirikan sel-sel T melalui instrumen Beacon dan Lightning dengan lebih baik."

Selepas menjalankan cerakinan fungsian sel T pada instrumen Beacon and Lightning, pengguna memilih sel T manusia tunggal yang dikehendaki dan mengeksport sel tersebut daripada cip OptoSelect syarikat kepada well plate. Menggunakan reagen yang disediakan dalam Kit TCRseq, RNA daripada sel T tunggal dipulihkan dan bahagian V(D)J daripada rantaian alfa dan beta TCR diperkuatkan. cDNA yang terhasil sedia digunakan oleh pengguna bagi mengindeks dan menjujuk dengan menggunakan platform penjujukan. Kit TCRseq menyediakan reagen dan protokol bagi memproses sehingga 192 sel T manusia tunggal.

Kit TCRseq sedia untuk dibeli sekarang. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat di sini: https://www.berkeleylights.com/applications/t-cell-functional-analytics

Latar Belakang Berkeley Lights
Di Berkeley Lights, kami berpendapat sel adalah hebat! Sel berupaya menghasilkan penawar untuk penyakit, gentian untuk pakaian, tenaga dalam bentuk biobahan api dan protein makanan untuk nutrisi. Maka, persoalannya ialah, sekiranya alam semula jadi berupaya menghasilkan produk yang kita perlukan dengan cara yang boleh diskalakan, mengapa kita tidak melakukan lebih daripada hal ini? Jawapannya adalah dengan penyelesaian yang terdapat pada hari ini, sukar untuk melaksanakannya. Masa yang lama diperlukan untuk mencari sel yang betul untuk tugasan tertentu, mengakibatkan perbelanjaan wang yang banyak dan sekiranya anda telah memilih titisan sel suboptimum, memberi hasil proses yang amat rendah. Berkeley Lights mempunyai penyelesaian lengkap untuk mencari sel terbaik dengan menyaring dan memulihkan secara berfungsi sel individu untuk penemuan antibodi, pembangunan titisan sel, analisis sel T dan biologi sintetik. Teknologi proprietari kami serta platform Beacon® dan Lightning™ mempercepatkan kadar anda boleh menemui dan membangunkan produk berasaskan sel dalam tempoh yang singkat dan pada kos yang sedikit daripada kaedah-kaedah penyelidikan konvensional dan legasi. Menggunakan alatan dan penyelesaian kami, saintis-saintis boleh mencari sel terbaik, kali pertama mereka melihatnya. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.berkeleylights.com.

Instrumen Beacon dan Lightning Berkeley Lights serta Kit TCRseq adalah: Untuk Kegunaan Penyelidikan Sahaja. Bukan untuk digunakan dalam prosedur diagnostik.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1078159/Berkeley_Lights_Logo.jpg

Source: Berkeley Lights
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services