omniture

Pertumbuhan dengan keuntungan dua angka di Natura &Co pada Suku Keempat

Natura &Co
2020-03-09 10:42 775

Pertumbuhan dalam ketiga-tiga jenama, pada tahun yang ditunjukkan dengan pemerolehan Avon Products, Inc.

SÃO PAULO, 9 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Natura &Co mencatatkan satu lagi prestasi yang mantap pada suku keempat tahun 2019 dengan pertumbuhan pendapatan dalam ketiga-tiga jenamanya iaitu Natura, The Body Shop serta Aesop, dan peningkatan 12.2% dalam EBITDA terlaras.

Prestasi suku keempat memuncakkan satu lagi tahun yang mencetuskan transformasi untuk Natura &Co tatkala ia mengumumkan pemerolehan Avon Products, Inc. pada Mei 2019, mencipta kumpulan kecantikan khusus keempat terbesar di dunia dan peneraju dalam bidang Langsung-kepada-Pengguna, dengan portfolio jenama-jenama ikonik. Urus niaga berkenaan diselesaikan secara rasmi pada 3 Januari 2020.

Pendapatan bersih disatukan Natura &Co mencecah R$4.7 bilion pada suku keempat, meningkat 7.3% menurut asas yang dilaporkan dan meningkat 6.1% pada mata wang tetap. EBITDA terlaras mencecah R$816.7 juta, meningkat sebanyak 12.2% yang mantap. Pendapatan Operasi Dalaman (UOI), tidak termasuk item sekali-sahaja, meningkat pada suku keempat dengan 18.2% yang amat mantap. Pendapatan bersih, mencecah 14.3 juta Reais, menerima kesan oleh kos pemerolehan berkaitan Avon dan cukai yang berkaitan dengan penubuhan syarikat Natura &Co Holding.

Dalam setahun penuh, pendapatan bersih disatukan meningkat 7.8% menurut asas yang dilaporkan dan 7.0% pada mata wang tetap kepada 14.4 bilion Reais. EBITDA terlaras meningkat 7.5% kepada 2.0 bilion Reais dan UOI meningkat 5.7%.

Suku tahun itu juga menyaksikan Natura &Co melakar kemajuan baharu dalam kemampanan: Natura menjadi syarikat kecantikan pertama di Brazil yang memperoleh Paten Hijau daripada INPI, Institut Harta Intelek Kebangsaan, atas penggunaan aset residu daripada biodiversiti Brazil sebagai input pengeluaran, manakala The Body Shop memenangi anugerah Inovasi Plastik Ethical Corporation untuk program Perdagangan Saksama Komuniti.

Roberto Marques, Pengerusi Eksekutif Natura &Co, mengisytiharkan: "Tahun 2019 merupakan satu lagi tahun dengan pertumbuhan yang menguntungkan dan transformasi untuk Natura &Co, tatkala kami terus melakar kemajuan yang penting dalam membina kumpulan berbilang jenama, berbilang saluran dan didorong tujuan. Keputusan kami terus mendemonstrasikan keupayaan kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada jumlah pelanggan yang semakin meningkat merentas titik harga dan saluran pengedaran.

Natura mencatatkan pertumbuhan selanjutnya di samping mengembangkan model Jualan Hubungannya serta strategi berbilang saluran; The Body Shop terus melaksanakan dengan jayanya rancangan transformasi berterusannya dan margin yang diperluas; manakala perniagaan Aesop meningkat dengan mantap pada suku keempat, menghasilkan satu lagi tahun dengan pertumbuhan dua angka yang mantap.

Tahun 2019 semestinya ditunjukkan menerusi pengumuman pemerolehan Avon oleh kami, yang berjaya kami selesaikan lebih awal daripada yang dijadualkan sejurus selepas Tahun Baharu. Kami terus menyaksikan peluang pertumbuhan utama dan potensi untuk membuka sinergi yang penting. Dengan Avon, kami menubuhkan sebuah kumpulan yang lebih komited untuk memberi kesan sosial, ekonomi dan alam sekitar yang positif, dengan laungan suara yang lebih kuat untuk menyokong usaha kebajian yang penting buat kami. Kami bersama-sama memulakan perjalanan kami bukan untuk membina syarikat kecantikan yang terbaik di dunia, tetapi syarikat kecantikan yang terbaik BUAT dunia."  

Pendapatan bersih terlaras jenama Natura di Brazil meningkat 3.0% pada suku keempat, satu prestasi yang paling kukuh tatkala ia berhadapan dengan asas setanding yang amat mencabar. Produktiviti setiap perunding meningkat untuk suku ke-13 berturut-turut. Platform digital Natura kini mempunyai lebih 900,000 pengguna di Brazil manakala jualan dalam talian meningkat dua angka. Latam turut menyaksikan pertumbuhan pendapatan bersih sebanyak 10.6% dalam Reais Brazil dan 28.9% yang lebih mantap dalam mata wang tetap. Argentina mencatatkan prestasi yang mantap meskipun menghadapi persekitaran pasaran yang mencabar, manakala Mexico dan Colombia turut mencatatkan pertumbuhan. EBITDA dan margin meningkat pada suku keempat di Brazil dan Latam. Dalam setahun penuh, jualan meningkat 4.0% di Brazil dan 13.5% di Latam (+23.9% dalam mata wang tetap).

The Body Shop terus mencatat kemajuan dalam rancangan transformasinya. Pendapatan bersih meningkat 6.7% dalam Reais pada suku keempat. Jualan meningkat 5.4% di UK, menekankan daya tarikan jenama tersebut dalam pasaran terbesarnya. EBITDA terlaras meningkat 7.8% dengan margin meningkat 20 mata asas. Jualan setahun penuh meningkat 6.3% manakala EBITDA Terlaras meningkat 15.5%, dengan margin meningkat 90 mata asas.

Aesop menunjukkan prestasi yang luar biasa. Pendapatan meningkat 25.78% dalam Reais dan 13.4% pada mata wang tetap. Pertumbuhan jualan runcit dalam-tempoh-yang-sama mencecah 7% dalam suku tahun berkenaan dan Aesop membuka tujuh kedai utama baharu dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 247. EBITDA meningkat 44.8% dalam suku tahun tersebut, dengan margin meningkat sebanyak 360 mata asas. Sepanjang tahun tersebut, jualan meningkat 22.5% dalam Reais dan 12.3% pada mata wang tetap, manakala EBITDA meningkat 40.0% dengan peluasan margin sebanyak 210 mata asas.

Nisbah hutang-bersih-kepada-EBITDA Natura &Co mencecah 2.41 kali ganda pada penghujung tahun, menurun daripada 2.71x pada suku keempat tahun 2018, dibantu oleh penjanaan aliran tunai yang kukuh. Kumpulan ini berada di landasan untuk mencapai sasarannya bagi mengurangkan leveraj syarikat ke tahap pemerolehan pra-The Body Shop iaitu 1.4 kali ganda menjelang tahun 2021.

Latar Belakang Natura &Co
Natura &Co ialah kumpulan kosmetik bertaraf global, didorong tujuan, berbilang saluran dan berbilang jenama yang terdiri daripada Avon, Natura, The Body Shop dan Aesop. Natura &Co mencatatkan pendapatan bersih sebanyak R$ 13.4 bilion pada tahun 2018. Keempat-empat buah syarikat yang membentuk kumpulan tersebut komited untuk menjana impak ekonomi, sosial dan alam sekitar yang positif. Selama 130 tahun, Avon telah berjuang untuk wanita: menyediakan produk-produk kecantikan yang inovatif dan berkualiti yang dijual terutamanya kepada wanita, melalui wanita. Ditubuhkan pada tahun 1969, Natura ialah syarikat multinasional Brazil dalam segmen kosmetik dan penjagaan peribadi, peneraju dalam jualan langsung. Ditubuhkan pada tahun 1976 di Brighton, England, oleh Anita Roddick, The Body Shop ialah jenama kecantikan bertaraf global yang berusaha untuk mencetuskan perbezaan yang positif di dunia. Jenama kecantikan Australia Aesop ditubuhkan pada tahun 1987 dengan misi untuk mencipta rangkaian produk-produk yang terbaik untuk kulit, rambut dan juga tubuh.

PERINGATAN TENTANG KENYATAAN PANDANG KE HADAPAN

Kenyataan-kenyataan dalam komunikasi ini (atau dalam dokumen yang dikemukakan oleh rujukan) yang bukan fakta atau maklumat bersejarah mungkin merupakan kenyataan pandang ke hadapan mengikut pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Antara perkara lain, kenyataan pandang ke hadapan ini mungkin termasuk kenyataan berhubung urus niaga yang dicadangkan melibatkan Natura dan Avon; kepercayaan berkaitan penciptaan nilai hasil daripada urus niaga yang dicadangkan melibatkan Natura dan Avon; jadual yang dijangkakan untuk menyelesaikan urus niaga tersebut; faedah dan sinergi urus niaga; peluang masa depan untuk gabungan syarikat; dan mana-mana kenyataan lain berhubung kepercayaan, jangkaan, rancangan, hasrat, keadaan kewangan atau prestasi masa depan Avon dan Natura. Dalam sesetengah keadaan, perkataan seperti "anggaran", "unjuran", "ramalan" , "merancang", "percaya", "mungkin", "berharap", "menjangkakan", "berhasrat", "dirancang", "berpotensi", "boleh", "jangkaan", "dapat", "bakal", "akan" dan ungkapan yang serupa, atau negatif daripada ungkapan tersebut, dapat mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan dan kepercayaan Natura dan Avon berhubung peristiwa masa depan dan melibatkan risiko serta ketidaktentuan yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada jangkaan semasa. Faktor-faktor ini sukar diramalkan dengan tepat dan mungkin di luar kawalan Natura dan Avon. Kenyataan pandang ke hadapan dalam komunikasi ini atau di tempat lain hanya tepat setakat tarikh ia dibuat. Ketidaktentuan dan risiko baharu muncul dari masa ke masa dan mustahil untuk Natura atau Avon meramalkan peristiwa ini atau bagaimana ia boleh menjejaskan Natura atau Avon. Oleh itu, anda tidak seharusnya bergantung pada mana-mana kenyataan pandang ke hadapan ini sebagai peramal peristiwa masa depan. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, Natura atau Avon tidak mempunyai kewajipan untuk, dan tidak berhasrat untuk, mengemas kini atau menyemak semula kenyataan pandang ke hadapan dalam komunikasi ini atau di tempat lain selepas tarikh komunikasi ini diterbitkan. Lantaran risiko dan ketidaktentuan ini, pelabur perlu ingat bahawa keputusan, peristiwa atau perkembangan yang dibincangkan dalam mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang dibuat dalam komunikasi ini mungkin tidak berlaku. Ketidaktentuan dan faktor risiko yang boleh menjejaskan prestasi masa depan Natura dan/atau Avon dan menyebabkan keputusan berbeza daripada kenyataan pandang ke hadapan dalam komunikasi ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, (a) kebolehan pihak-pihak untuk menyempurnakan urus niaga tersebut atau memenuhi syarat-syarat penyempurnaan urus niaga tersebut, termasuk penerimaan kelulusan pemegang saham dan penerimaan kelulusan kawal selia yang diperlukan untuk urus niaga tersebut menurut terma yang dijangkakan atau mengikut jadual yang dijangkakan; (b) kebolehan pihak-pihak untuk memenuhi jangkaan berhubung masa, penyelesaian dan perakaunan serta rawatan cukai untuk urus niaga berkenaan; (c) kemungkinan bahawa mana-mana faedah yang dijangkakan daripada urus niaga yang dicadangkan tidak akan direalisasikan atau tidak akan direalisasikan dalam tempoh masa yang dijangkakan; (d) risiko bahawa penyepaduan operasi Avon dengan operasi Natura akan ditangguhkan dengan ketara atau akan menjadi lebih mahal atau lebih sukar daripada yang dijangkakan; (e) kegagalan urus niaga yang dicadangkan untuk membuat penutupan atas apa-apa alasan lain; (f) kesan daripada pengumuman urus niaga tersebut terhadap hubungan pelanggan dan perunding serta keputusan operasi (termasuk, tanpa had, kesukaran untuk mengekalkan hubungan dengan kakitangan atau pelanggan); (g) pencairan yang disebabkan oleh penerbitan saham tambahan Natura daripada stok biasanya berhubung dengan urus niaga berkenaan; (h) kemungkinan bahawa urus niaga tersebut mungkin lebih mahal untuk diselesaikan daripada yang dijangkakan, termasuk hasil daripada faktor atau peristiwa yang tidak dijangkakan; (i) pengubahan masa pengurusan berhubung isu-isu berkaitan urus niaga; (j) kemungkinan bahawa perakaunan dan rawatan cukai yang dihasratkan untuk urus niaga yang dicadangkan tidak dicapai; (k) risiko-risiko yang dinyatakan dalam Bahagian 4 pada Borang Rujukan Natura bagi tahun 2018, versi 15, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Brazil pada 24 April 2019; dan (l) risiko-risiko yang dinyatakan dalam Item 1A daripada Laporan Tahunan yang difailkan baru-baru ini oleh Avon pada Borang 10-K dan laporan-laporan seterusnya pada Borang 10-Q dan 8-K. 

(Untuk tujuan perbandingan, keputusan dalam siaran akhbar ini tidak termasuk piawaian perakaunan baharu IFRS 16 untuk perjanjian pajakan. Keputusan yang dilaporkan, termasuk kesan-kesan IFRS 16, didedahkan dalam penyata kewangan syarikat. Keputusan diselaraskan tidak termasuk kesan-kesan yang tidak dianggap berulang tidak dapat dibandingkan antara tempoh-tempoh di bawah analisis.)

Source: Natura &Co
Related Stocks:
OTC:NUACF SaoPaulo:NATU3
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics OTC/SmallCap IRW Retail Earnings