omniture

Memperkenalkan Ruby Reserve Johnnie Walker Master: Wiski yang Amat Terhad Raikan Ulang Tahun ke-40 Pakar Pengadun Jim Beveridge

Johnnie Walker
2020-03-10 06:59 659

LONDON, 9 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Johnnie Walker berbesar hati mengumumkan pelancaran wiski Scotch baharu bagi memberi penghormatan kepada hasil ciptaan luar biasa dan dedikasi terhadap wiski selama empat puluh tahun oleh Pakar Pengadun Johnnie Walker Jim Beveridge.

Johnnie Walker Master’s Ruby Reserve, the new celebratory prestige release from Johnnie Walker.
Johnnie Walker Master’s Ruby Reserve, the new celebratory prestige release from Johnnie Walker.

Ruby Reserve Johnnie Walker Master diperbuat daripada beberapa Scotch yang terbaik dalam simpanan Johnnie Walker, dengan Jim memilih secara peribadi lapan wiski luar biasa yang sukar ditemukan yang membangkitkan kenangan pembuatan wiski terawal beliau bagi mencipta Scotch unik yang menyediakan peluang untuk melihat kerjaya unggul beliau.

Pengarah Jenama Global Johnnie Walker, John Williams berkata: "Jim ialah seorang yang berbakat besar dalam industri kami dan kami ingin memastikan bahawa kami meraikan pencapaian ini dengan wiski yang benar-benar istimewa. Saya berbesar hati meminta Jim untuk mencipta Scotch yang memberi penghormatan kepada wiski-wiski yang telah meninggalkan tanda kekal dalam kerjaya beliau."

Semua wiski yang digunakan untuk mencipta Ruby Reserve Johnnie Walker Master sekurang-kurangnya berusia empat puluh tahun dan hanya 398 botol dikeluarkan - keluaran yang amat terhad untuk cecair yang sangat sukar didapati.

Jim, yang mana baru-baru ini dianugerahkan OBE atas perkhidmatan beliau terhadap Scotch, telah mendedikasikan empat dekad yang lalu untuk mencipta wiski-wiski luar biasa yang telah dinikmati di lebih 180 buah negara di seluruh dunia.

Untuk edisi terhad yang diraikan ini, Jim, yang bekerjasama erat dengan pasukan pembuat wiski beliau, telah memilih wiski daripada kilang-kilang yang telah lama ditutup iaitu Cambus, Carsebridge, Pittyvaich dan Port Ellen, kesemuanya diimbangi secara sempurna dengan ekspresi yang benar-benar dimatangkan daripada Talisker, Royal Lochnagar, Glendullan dan Cragganmore.

Jim berkata: "Setiap wiski yang telah melalui proses penciptaan ekspresi baharu ini mendapat tempat yang istimewa di hati saya. Saya bekerja di setiap kilang penyulingan ini pada beberapa tempoh sepanjang kerjaya saya, dan rasa dan bau wiski-wiski ini membawa saya kembali ke detik-detik yang paling menggembirakan sepanjang kerjaya saya di Johnnie Walker.

"Wiski-wiski daripada kilang yang telah lama ditutup daripada Cambus, Carsebridge dan Pittyvaich membawakan lapisan rasa buah-buahan yang beraneka. Kami telah menggabungkan rasa ini dengan rasa coklat gelap, buah plam dan ceri yang terkandung dalam ekspresi yang dimatangkan dengan hebat daripada Royal Lochnagar, Glendullan dan Cragganmore dan nota garam laut beraroma lembut daripada Talisker dan Port Ellen – menghasilkan wiski yang indah dan kaya dengan rasa."

Wiski yang luar biasa ini dibawakan dalam botol arak bercembul kristal Baccarat merah keemasan buatan tangan yang indah. Warna yang berlambangan ini - satu penghormatan kepada ulang tahun keempat puluh Jim dan tanda kejayaan hasil paling luar biasa daripada Baccarat - merupakan lambang ketukangan unik yang diwariskan dari generasi ke generasi sejak pertengahan abad ke-19. Kristal jernih dilakurkan secara berperingkat-peringkat dengan serbuk emas 24-karat pada suhu 540°C yang tepat bagi mencapai kemasan berwarna merah keemasan yang ikonik.

Selain melambangkan ulang tahun keempat puluh Jim, pada tahun 2020 Johnnie Walker akan meraikan 200 tahun penerobosan sempadan dengan beberapa keluaran baharu serta pembukaan Johnnie Walker Princes Street - pengalaman pengunjung yang utama di tengah-tengah Edinburgh, Scotland.

Ruby Reserve Johnnie Walker Master mempunyai ABV 43% dan RRSP GBP15,000 (termasuk duti dan cukai), mula dijual sekarang.

Nikmatilah Johnnie Walker dengan bertanggungjawab.

Kunjungi DRINKiQ.com untuk mendapatkan faktanya. 

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1120616/Johnnie_Walker_Masters_Ruby_Reserve.jpg  

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Retail New products/services