omniture

Sinopec Mulakan Proses Pengeluaran Barisan Fabrik Tanpa Tenun Tiupan Lebur Pertamanya

Sinopec
2020-03-10 07:51 484

BEIJING, 10 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Empat puluh lapan jam lebih awal daripada yang dijadualkan, Sinopec Corp, syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di China, memulakan operasi barisan pemasangan fabrik tanpa tenun tiupan lebur pertamanya di kilang Yanshan, Beijing pada 6 Mac. Kilang Yanshan ialah sebuah gudang lama berkeluasan 3600 meter persegi yang telah ditukarkan dan menemui fungsi baharu sebagai tapak pengeluaran global susulan cabaran yang ditimbulkan oleh wabak coronavirus.

Sinopec bakal bina kilang fabrik tanpa tenun tiupan lebur dalam 12 hari
Sinopec bakal bina kilang fabrik tanpa tenun tiupan lebur dalam 12 hari

 

Kemudahan Yanshan dengan kapasiti 14,400 tan ialah salah satu daripada dua tapak pemasangan fabrik tanpa tenun tiupan lebur Sinopec dan bersama-sama diuruskan oleh China National Machinery Industry Corporation. Tapak pemasangan ini mempunyai dua barisan pengeluaran tanpa tenun dan tiga barisan pengeluaran spunbond serta dapat menghasilkan sehingga 4 tan fabrik tiupan lebur untuk 1.2 juta topeng pakai buang N95 atau 6 tan untuk 6 juta topeng pakai buang setiap hari.

Kemudahan baharu ini turut memanfaatkan rantaian bekalan huluan bersepadu Sinopec dengan memperoleh bahan-bahan tempatan dari Yanshan dan sokongan daripada barisan pengeluaran resin sintetik di lapangan.

"Biasanya ia mengambil masa kira-kira setengah tahun untuk menyiapkan pembinaan kilang fabrik tiupan lebur 10,000 tan - Kami telah melakukannya dalam 12 hari, 48 jam lebih awal daripada yang dijadualkan. Dalam tempoh yang mencabar seperti ini, keupayaan menjimatkan masa selama 48 jam menandakan kami dapat mengeluarkan tambahan 12 juta topeng pakai buang," kata Lv Dapeng, Jurucakap Sinopec Corp.

Pembekal bahan perubatan yang terbesar di China, Sinopec ialah pembekal penting polipropilena, komponen utama dalam pengeluaran topeng pakai buang untuk kegunaan perubatan. Barisan pemasangan baharu baharu ini akan memastikan pelengkapan bekalan perubatan yang stabil, seperti topeng muka dan pakaian, dapat diedarkan ke seluruh negara dan dunia.

"Kami bertuah kerana dapat menyokong mereka yang melindungi kami daripada virus tersebut. Sinopec akan menggunakan semua sumber kami bagi memastikan agar bekalan untuk barisan hadapan terjamin," kata Lv.

Lapan barisan pengeluaran fabrik tanpa tenun tiupan lebur yang lain di Yizheng, Jiangsu kini sedang dibangunkan dan dijangka memulakan operasi pada pertengahan April ini.

Latar Belakang Sinopec Corp.
Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya termasuk penerokaan, pengeluaran, pengangkutan dan penjualan petroleum dan gas asli, produk petrokimia dan kimia arang batu, fiber sintetik, baja dan produk kimia lain, selain komoditi dan juga teknologi lain.

Selain itu, Sinopec terlibat dalam penyelidikan, pembangunan serta aplikasi teknologi tenaga.

Dengan misi korporat untuk "mendorong kehidupan yang indah" Sinopec meneruskan strategi berorientasi nilai, pembangunan didorong inovasi, pengagihan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau dan rendah karbon untuk membina sebuah syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2743747-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551581-1LOGO?lang=0

Source: Sinopec
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Textiles New products/services Public Interest