omniture

Provokasi Mindshare Saksikannya Tersenarai Rangkaian Agensi #1 dalam WARC Media 100 Dengan Tiga Teratas Kempen Paling Banyak Terima Anugerah Tahun Tersebut

Mindshare
2020-03-11 17:04 5321

NEW YORK, MIAMI, LONDON, SINGAPURA dan SHANGHAI, 11 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Mindshare, rangkaian agensi yang merupakan sebahagian daripada WPP, telah disenaraikan sebagai Rangkaian Agensi #1 dalam WARC Media 100, dengan tiga kempen yang paling banyak menerima anugerah pada tahun 2019. (Lihat WARC Media 100 di sini)

Anugerah ini menyusuli tahun yang cemerlang buat Mindshare pada tahun 2019 termasuk: Dinamakan sebagai Rangkaian Media Cannes Lions Tahunan; memenangi 51 anugerah Effie dalam 14 pasaran; dinamakan sebagai pemenang keseluruhan Anugerah Kreativiti Data I-COM; memenangi anugerah Agensi Mudah Alih Global Tahunan MMA (tahun ketiga berturut-turut); memenangi anugerah Rangkaian Agensi Tahunan di Festival of Media Global, Festival of Media APAC (tahun keempat berturut-turut), Anugerah AOTY Tangrams dan Campaign Asia (tahun kelima berturut-turut); menjadi Agensi Paling Banyak Menerima Anugerah dalam Anugerah Rancangan Media Tahunan Adweek; memenangi Anugerah Keberkesanan di The Festival of Media LatAm serta memenangi lebih 800 anugerah di seluruh dunia sepanjang tahun 2019 (lihat ringkasan anugerah 2019 di sini)

Mindshare turut membolot semua anugerah dalam senarai kedudukan kempen WARC Media 100 individu, dengan tiga teratas bagi kempen yang paling banyak menerima anugerah tahun 2019 – kesemuanya dengan AI dan kreativiti data sebagai keutamaan – dan 16 kempen dalam senarai 100 teratas.

Kempen yang menduduki tempat #1 ialah Monty: The World's First AI Predictive Commentator untuk Foxtel di Australia. Kempen ini menyaksikan Mindshare Sydney mencipta AI yang berupaya meramalkan detik wiket akan jatuh dalam permainan kriket dan menggunakan keupayaan ini sebagai pencetus untuk menunjukkan pengiklanan bersasaran bagi mendorong kumpulan penonton dan langganan untuk penawaran kriket daripada Foxtel. Monty meramalkan dengan betul lebih daripada 1,800 wiket dan menyaksikan pertumbuhan dua angka dalam jualan mingguan.

Senarai kedudukan WARC Media 100, pengganti Gunn Report, merupakan penanda aras untuk kecemerlangan media, membolehkan pemasar untuk membandingkan prestasi agensi dengan prestasi rakan setara mereka. Selain daripada menjadi Rangkaian Agensi Media #1, Mindshare juga mempunyai pejabat agensi yang disenaraikan di tempat kedua (Shanghai), ketiga (Sydney) dan keempat (Mumbai) serta lapan daripada 50 pejabat teratas di dunia.

Bagi menyempurnakan dominasi senarai kedudukan, pelanggan-pelanggan Mindshare iaitu KFC dan Unilever menduduki tempat #1 untuk Jenama dan Pengiklan manakala WPP dinamakan sebagai Syarikat Induk #1.

Nick Emery, Ketua Pegawai Eksekutif Global Mindshare, berkata: "Kami sudah lama mengetahui bahawa kami merupakan agensi yang terbaik di dunia, kini kami dapat membuktikannya dari segi statistik. Hebat bukan? Ibu saya berasa kagum! Satu-satunya sebab kami bangun dari tidur pada waktu pagi adalah untuk menghasilkan kerja yang hebat dan berasa seronok melakukannya. Saya sangat berbangga dengan seluruh rangkaian kami. Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang mengambil risiko dan sekiranya ada pihak-pihak lain yang ingin melanggar beberapa peraturan dan berkongsi nilai kami melibatkan kepantasan, kerja berpasukan dan provokasi, anda tahu ke mana harus dituju!"

Lihat anugerah-anugerah 2019 Mindshare di sini.

Latar Belakang Mindshare: 

Dengarkan kisah-kisah kami (dan sertai kami) di www.mindshareworld.com; ID WeChat:  Mindshare_China; Instagram dan Twitter: @mindshare; Facebook: facebook.com/mindshare dan Linkedin: LinkedIn.com/company/mindshare

Source: Mindshare
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Design Automation Multimedia/Online/Internet Outsourcing Businesses Publishing/Information Service Awards Data Analytics