omniture

ZTE bantu China Telecom gunakan percubaan komersial pertama industri sistem kluster OTN 400G

ZTE Corporation
2020-03-21 04:28 4160

SHENZHEN, China, 21 Mac 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini telah menggunakaan percubaan komersial pertama dalam industri bagi sistem kluster OTN 400G bersama China Telecom Cawangan Shenzhen.

Sistem ini menyokong maksimum 400G 64-panjang gelombang dan kapasitinya adalah 3.2 kali ganda daripada sistem 100G. Ia dapat memenuhi keperluan untuk penjadualan tanpa sekatan gelang bersilang bagi talian persendirian perusahaan, mengurangkan kesukaran O&M rangkaian dan membantu menerusi kelajuan yang tinggi dan operasi stabil rangkaian pengangkutan 5G dengan berkesan.

ZTE dan China Telecom Cawangan Shenzhen menggunakan penyelesaian kluster OTN 400G pertama dalam industri pada berbilang nod super-teras dalam rangkaian, yang mana setiap tapak menyokong 128 slot perkhidmatan dan kapasiti silang-sambung 64T.

Sementara itu, penyelesaian ini memenuhi keperluan penjadualan tanpa sekatan sejumlah besar perkhidmatan granulariti-kecil yang dibawakan oleh peralatan yang dihentikan secara berperingkat-peringkat, mendayakan dengan berkesan pengangkutan 5G berkelajuan tinggi, jalur lebar gigabit dan perkhidmatan talian persendirian perusahaan, lalu mengurangkan dengan ketara kesukaran O&M serta menjimatkan kos O&M rangkaian untuk pelanggan.

Tambahan pula, peranti OTN unggulan ZTE ZXONE 9700 digunakan untuk penyelesaian ini, yang mana jalur CE digunakan. Peranti tersebut menyokong kapasiti rangkaian maksimum 25.6T, iaitu 3.2 kali ganda daripada kapasiti sistem 100G, lantas dapat memenuhi kehendak peluasan rangkaian yang selanjutnya dan menjimatkan pelaburan terdahulu pelanggan.

Selain daripada itu, projek ini turut diaturkan dengan seni bina lapisan-optik ROADM 32-darjah, dalam usaha untuk meningkatkan lagi kecekapan pengangkutan. Seni bina ini membolehkan kerataan MAN dan sambungan berbilang arah Jejaring-penuh serta menyokong penghantaran satu-loncatan, lantas mengurangkan kependaman pengangkutan perkhidmatan OTN, meningkatkan pengalaman pengguna dan mengurangkan tekanan lebar jalur pada nod teras MAN.

Siri ZXONE 9700 ZTE telah mengekalkan kedudukan "Peneraju" dalam bidang "Paket Teras – Pengangkutan Optik" dan "Paket Metro – Pengangkutan Optik", menurut penilaian terkini oleh GlobalData.

Dengan memanfaatkan pengalaman teknikal yang mendalam dan kedudukan pasaran yang kukuh dalam bidang perangkaian optik, ZTE telah menggunakan lebih daripada 400 rangkaian 100G/B100G di seluruh dunia dengan panjang gentian berjumlah melebihi 400,000 km. 

Menurut laporan terkini daripada Dell'Oro Group yang dikeluarkan pada Mac 2020, bahagian pasaran peranti rangkaian optik ZTE meningkat sebanyak 2.4% pada tahun 2019, menjadi salah satu daripada dua vendor dengan peningkatan terbesar. Tambahan pula, Omdia menunjukkan bahawa ZTE menduduki kedudukan No.2 dalam pasaran pensuisan OTN global pada tahun 2019.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi E2E bersepadu bagi menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 buah negara.

Setakat ini, ZTE memperoleh 46 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan serta mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media: 

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment