BEIJING, 21 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Menerusi pengenalan wafer terdop Ga baru-baru ini dalam seluruh syarikat, JA Solar menjadi firma pertama di dunia untuk mengeluarkan sel dan modul Mono PERC MBB berkecekapan tinggi menggunakan wafer terdop-Ga secara besar-besaran.
JA Solar, pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa semua tertib pengeluaran Sel Mono PERC MBB dan modul berkaitan boleh ditukarkan untuk menghasilkan modul dan sel yang mengguna pakai wafer silikon terdop-Ga. Bersepadu dengan teknologi PERC-SE dan wafer yang bersaiz besar, teknologi pengedopan Ga tekal meningkatkan prestasi sel dan juga modul.
Pada tahun 2019, Shin-Etsu Chemical memberikan hak-hak IP "wafer silikon terdop-Ga untuk menghasilkan sel solar" kepada JA Solar, yang membuka jalan untuk JA Solar bagi menggunakan wafer terdop Ga di seluruh dunia. Aplikasi wafer silikon terdop-Ga pada sel solar dapat mengurangkan dengan berkesan isu degradasi teraruh cahaya (LID) awal, yang mengehadkan prestasi modul solar dengan wafer Si tradisional.
Teknologi wafer silikon terdop-Ga memberikan prestasi yang lebih baik dari segi penjanaan kuasa, khususnya kestabilan yang lebih baik, bagi menjamin pelanggan dengan faedah jangka panjang.
En. Jin Baofang, Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar berkata, "JA Solar komited untuk menghargai dan mengiktiraf kepentingan harta intelek. Di samping memberi tumpuan kepada penyelidikan dan inovasi, kami mengaplikasikan teknologi pihak ketiga yang canggih untuk mengoptimumkan lagi prestasi produk kami. Aplikasi wafer terdop-Ga dalam pembuatan sel dan modul mono PERC MBB membolehkan kami untuk menyediakan pelanggan global kami dengan produk solar yang lebih baik serta membantu merealisasikan pariti grid."