omniture

Pereka dan Pengeluar ASTOUND Group Bangunkan dan Bina Reka Bentuk Inovatif untuk Kios Pembendungan COVID-19 Respons Pantas dalam 72 Jam

ASTOUND Group
2020-03-27 21:37 686

TAWAR PELAN REKA BENTUK MEREKA SECARA PERCUMA KEPADA PENGELUAR-PENGELUAR LAIN 

LAS VEGAS, 27 Mac 2020 /PRNewswire/ -- ASTOUND Group, pereka dan pengeluar barang pameran, acara dan pengalaman telah menukarkan kemudahan pengeluarannya di Las Vegas, Portland, Milwaukee dan Toronto untuk menghasilkan dan mengatur unit-unit daftar-masuk pembendungan COVID-19 gred perubatan untuk hospital dan klinik. Sistem kami akan turut menyediakan halangan pelindung kepada laluan tepi jalan runcit dan persekitaran pengambilan dalam kedai. Unit ini direka sebagai sebahagian daripada rangkaian penyelesaian yang dapat diatur dengan pantas untuk membantu melindungi pekerja kesihatan, runcit dan pengedaran bahagian hadapan yang sebaliknya mungkin terdedah kepada bahaya. Dalam masa yang sama, ASTOUND mengumumkan bahawa rancangan sedang dijalankan untuk menyediakan reka bentuk Pusat Penilaian Pantas COVID-19 mereka secara terbuka kepada mana-mana pengeluar yang berkebolehan untuk berganding bahu bagi memerangi pandemik ini serta merta.

ASTOUND Group rapid medical assessment and containment kiosk for the healthcare industry.
ASTOUND Group rapid medical assessment and containment kiosk for the healthcare industry.

"Peralihan untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian dipacu komuniti bagi melindungi pekerja barisan hadapan daripada terdedah kepada COVID-19 bermula sebaik sahaja kami memahami sejauh mana langkah ini diperlukan untuk memastikan orang ramai selamat. Kami mempunyai kebolehan untuk mereka bentuk dan mengeluarkan sesuatu dengan pantas maka apabila kami mengalihkan perhatian untuk menyelesaikan masalah ini sememangnya adalah sesuatu yang munasabah buat kami," kata Andrew Pittam, Naib Presiden, Khidmat Pelanggan, ASTOUND

Dalam masa kurang daripada 72 jam kios prototaip ini direka bentuk, dihasilkan dan dipasang di Pusat Penilaian Pantas COVID-19 untuk Kesihatan Perpaduan di Toronto, Kanada. "Andrew, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda dan seluruh ASTOUND atas keajaiban yang anda lakukan minggu ini. Ramai orang yang melangkah masuk ke pusat tersebut pada hari ini berasa kagum kerana kita telah dapat menjayakannya. Sampaikan juga ucapan terima kasih saya kepada Marisa, Rick dan seluruh pasukan. Kejayaan ini akan dapat menyelamatkan nyawa." - Unity Health

Sejak itu, ASTOUND telah meluaskan keupayaan pengeluarannya bagi menyediakan lebih banyak stesen penyaringan dengan signifikan untuk pelbagai hospital di seluruh Amerika Utara dan berada dalam peringkat perancangan untuk pelbagai pusat penilaian dalaman dan luaran. Menerusi komitmen terhadap usaha komuniti Global bagi memerangi pandemik COVID-19, ASTOUND turut menawarkan penyelesaian reka bentuk mereka untuk dimuat turun secara percuma buat mereka yang dapat menghasilkannya.

"Masa merupakan aset paling penting yang dapat kami berikan sekarang. Kami sedang merancang untu reka bentuk Pusat Penilaian Pantas COVID-19 kami disediakan secara terbuka di https://www.astoundgroup.com/containment agar sesiapa sahaja yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkannya dapat berbuat demikian dengan segera bagi membantu perjuangan menentang wabak ini. Semasa berlakunya krisis global kali ini, bagaimana kita bertindak dan apa yang kita sumbangkan merupakan satu-satunya perkara yang berada di bawah kawalan kita. Nilai-nilai teras kami di ASTOUND ialah 'Bercita-cita Tinggi' 'Membina Kasih Sayang' dan 'Menyumbang Kembali', kami tidak pernah dapat membayangkan tahap pelaksanaan praktikal seperti ini, namun begitu ia amat memberi inspirasi apabila dapat melihat seluruh syarikat menyokong usaha ini."Dale Morgan, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif

Latar Belakang ASTOUND Group
ASTOUND ialah sebuah agensi penyelesaian bertaraf global yang mengkhusus dalam reka bentuk dan pelaksanaan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan oleh syarikat-syarikat bersama pelanggan mereka. Perkhidmatan ASTOUND termasuk pembikinan seni bina, strategi dan pembangunan jenama, reka bentuk jualan runcit dan pelancaran kedai, penglibatan digital, reruai pameran perdagangan, acara dan persekitaran.

Pejabat-pejabat kami meliputi Amerika Utara dengan lokasi-lokasi di Toronto, Los Angeles, Las Vegas, Milwaukee, Detroit dan Portland. Kemudahan pembikinan yang digabungkan kini berkeluasan melebih 600,000 kaki persegi dengan lokasi-lokasi di pantai Timur dan Barat

PERMINTAAN PUSAT PENILAIAN PANTAS
Kanada: Andrew Pittam, +1 (416) 316-1706
andrew@astoundgroup.com  

Amerika Syarikat Jen Chia, +1 (416) 889-1971
jen@astoundgroup.com  

Liputan Berita Tambahan
https://toronto.ctvnews.ca/oakville-manufacturer-produces-much-needed-hospital-equipment-amid-covid-19-pandemic-1.4863005

Untuk maklumat lanjut: Kyle Bertrand: +1 (647) 983 5732, kbertrand@astoundgroup.com, https://www.astoundgroup.com/, https://www.astoundgroup.com/containment

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1137824/ASTOUND_Group_photo.jpg

Source: ASTOUND Group
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Public Safety