omniture

Bangunan Empire State Dengan Kerjasama Z100 iHeartMedia Mulakan Pertunjukan Muzik-Diiringi-Lampu Setiap Malam

Empire State Realty Trust, Inc.
2020-03-30 04:20 401

NEW YORK, 30 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) dan iHeartMedia (Nasdaq: IHRT) hari ini mengumumkan perkongsian mereka untuk mendekati mereka yang berlindung di rumah dengan gelombang radio Z100 New York dan lampu menara yang terkenal di dunia daripada Bangunan Empire State. Pada hari Jumaat, 27 Mac jam 9:00 malam, menara Bangunan Empire State akan menerangi latar langit Bandar Raya New York dan memancarkan Z100 iHeartMedia dengan pertunjukan cahaya yang disegerakkan mengikut lagu puja era moden Bandar Raya New York, Empire State of Mind nyanyian Alicia Keys. Lagu ini akan turut disediakan untuk distrim pada aplikasi iHeartRadio.

Untuk memastikan lampu di Bandar Raya New York terang, pertunjukan cahaya akan membuat ulangan pada hari Sabtu, 28 Mac dan kemudian sekali lagi pada hari Isnin, 30 Mac sehingga hari Khamis, 2 April. Pada hari Ahad, 29 Mac ini, Bangunan Empire State akan bersinar mengikut rentak dinamik mulai jam 9:00 malam hingga 10:00 malam sebagai sokongan kepada "FOX PRESENTS THE IHEART LIVING ROOM CONCERT FOR AMERICA."

Bagi memberi penghormatan kepada penggerak balas pertama yang menangani krisis kesihatan ini pada setiap hari, Elvis Duran Z100 akan memulakan setiap pertunjukan cahaya pada jam 8:55 malam menerusi wawancara tumpuan utama bagi menonjolkan individu-individu hebat yang berada di barisan hadapan untuk memerangi COVID-19 ini.

Bangunan Empire State ESRT dan Z100 IHRT akan menayangkan buat julung kalinya rancangan baharu pada setiap malam Jumaat ketika kami bekerjasama untuk memerangi COVID-19. Dengarkan dan nantikan pengumuman pertunjukan muzik-diiringi-lampu baharu yang akan dipersembahkan buat julung kalinya pada hari Jumaat, 3 April dan akan dimainkan setiap malam selama seminggu.

Jangan lupa untuk mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengekalkan penjarakkan sosial sewaktu anda menyaksikan pertunjukan ini dari tingkap anda, bumbung atau lorong pejalan kaki. Kuasa Z100 iHeartMedia dan ikon Bandar Raya New York, Bangunan Empire State, bersatu untuk membantu bandar raya kita, negara kita dan dunia kita untuk pulih dan mengekalkan perspektif. Di samping itu, pertunjukan ini, yang direka oleh artis pencahayaan yang ternama di dunia Marc Brickman, akan distrim di halaman Facebook Bangunan Empire State.

"Bangunan Empire State sentiasa berperanan sebagai simbol harapan antarabangsa, untuk cabaran yang ditangani dan juga Bandar Raya New York itu sendiri," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, ESRT. "Dengan iHeartRadio, rangkaian radio Amerika, ia memberi keselesaan dan inspirasi buat penduduk New York, Amerika dan dunia."

Orang awam diundang untuk menyertai perbualan dengan menghantar video diri mereka sendiri ke halaman media sosial mereka dengan tagar #EmpireStateBuilding dan #iHeartNewYork yang memberi tag kepada Bangunan Empire State dan iHeartRadio untuk berkongsi bagaimana kita masih dapat berhubung antara satu sama lain.

"Warga New York sentiasa mencari jalan untuk menyatukan dan memberi galakan kepada satu sama lain semasa waktu yang mencabar," kata Tom Poleman, Ketua Pegawai Pengaturcaraan iHeartMedia. "Harapan kami adalah untuk terus memberi sedikit keselesaan kepada pendengar kami melalu kuasa muzik yang bersifat menyembuhkan, ketika kami menunjukkan daya tahan dan kekuatan negara kita menerusi pertunjukan muzik-diiringi-lampu melalui ikon-ikon New York, Z100 dan juga Bangunan Empire State."

Untuk maklumat lanjut mengenai Bangunan Empire State dan iHeartMedia, sila kunjungi www.empirestatebuilding.com dan www.iHeartMedia.com.

Latar Belakang Bangunan Empire State Building
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila kunjungi www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, https://twitter.com/empirestatebldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc, atau www.pinterest.com/empirestatebldg.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 31 Disember 2019, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa di 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa dalam portfolio perniagaan.

Latar Belakang iHeartMedia New York
iHeartMedia New York memiliki dan mengendalikan WHTZ-FM, WKTU-FM, WAXQ-FM, WWPR-FM, WLTW-FM dan WOR-AM. iHeartMedia (NASDAQ: IHRT) ialah syarikat audio nombor satu di Amerika Syarikat, mendekati sembilan daripada 10 warga Amerika setiap bulan – dan dengan satu perempat daripada satu bilion pendengar bulanan, mempunyai capaian yang lebih besar berbanding mana-mana syarikat media lain di A.S. Kedudukan kepimpinan syarikat dalam audio melangkaui pelbagai platform termasuk lebih daripada 850 stesen siaran langsung dalam lebih 150 pasaran; radio digital melalui perkhidmatan digital iHeartRadio  yang disediakan merentas lebih daripada 250 platform dan 2,000 peranti; melalui golongan berpengaruhnya yang ke udara; sosial; persembahan muzik langsung ikonik berjenama; dan audio siar sebagai penerbit audio siar komersial #1. iHeartMedia juga menerajui industri audio dalam analitik, menyasarkan dan atribusi untuk rakan pemasarannya dengan produk SmartAudio, menggunakan data daripada kumpulan penggunanya yang besar. Kunjungi iHeartMedia.com untuk maklumat lanjut tentang syarikat. 

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:IHRT NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Entertainment Music Real Estate Contracts Future Events