omniture

China Huadian Sokong Indonesia dengan Bekalan Antipandemik yang Diperlukan

China Huadian
2020-03-30 11:16 290

BEIJING, 30 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pada 24 Mac, sekelompok bahan perlindungan perubatan yang bernilai sekitar 1.25 juta yuan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia. Ini merupakan pusingan pertama bahan-bahan perlindungan perubatan antipandemik luar negara didermakan oleh China Huadian Hong Kong Co., Ltd. (CHDHK) kepada Kementerian Perusahaan Milik Negara Indonesia dan jabatan-jabatan kerajaan berkaitan yang lain selain institusi-institusi perubatan yang memerlukan, atas permintaan daripada rakan kongsi Indonesia, syarikat arang batu milik negara Bukit Asam Tbk PT (PTBA).

China Huadian donated the first batch of medical supplies and protective gears to Indonesian partners on March 24.
China Huadian donated the first batch of medical supplies and protective gears to Indonesian partners on March 24.

Situasi pencegahan wabak di China terus bertambah baik manakala situasi pandemik antarabangsa menunjukkan kecenderungan berlakunya wabak yang pesat merebak di pelbagai lokasi. Bilangan kes yang disahkan di Indonesia turut meningkat dengan pesat. Ibu kota Jakarta mengisytiharkan darurat pada 20 Mac lantaran lebihan jumlah kes yang disahkan. Akibat daripada kekurangan bekalan antiwabak di Indonesia, kerajaan mengemukakan permintaan segera kepada China pada 18 Mac untuk mengimport kit ujian pantas, sarung tangan perubatan dan bahan-bahan pencegahan perubatan lain yang amat diperlukan.

Pada 20 Mac, Loji Kuasa China Huadian Bukit Asam mendapat permintaan daripada rakan kongsi Indonesia PTBA, yang meminta China Huadian untuk menyumbangkan bahan-bahan pencegahan perubatan termasuk topeng muka, termometer, bahan penyahjangkit dan sut perlindungan sebagai bantuan percuma. Pada malam tersebut, Huadian Trading International (Beijing) Co., Ltd., subsidiari CHDHK, menjalankan perolehan kecemasan di China serta merta dan dalam masa 24 jam, berjaya menyiapkan tugas pembelian termasuk memperoleh 256,000 topeng muka pakai buang, 2,000 topeng muka N95, 60 termometer, 150 liter bahan penyahjangkit, 500 set sut perlindungan, 500 cermin mata perubatan dan 500 pasang sarung tangan perubatan.

Difahamkan bahawa bantuan luar negara yang disediakan oleh CHDHK akan dihantar dalam dua kelompok dari Shanghai kepada barisan hadapan antiwabak di Indonesia untuk menyumbang kepada perjuangan membanteras wabak COVID-19, dengan satu kelompok akan dihantar oleh Kementerian Perusahaan Milik Negara kepada Hospital-hospital Tentera Indonesia, PLN, PTBA dan institusi-institusi yang berkaitan manakala satu lagi kelompok dihantar kepada kerajaan tempatan di wilayah yang mana projek berkenaan ditempatkan untuk keperluan antiwabak.

Terdahulu, menurut situasi yang berlaku di lokasi, Loji Kuasa Indonesia Celukan Bawang 3x142MW yang mendapat pelaburan oleh China Huadian Engineering Co., Ltd. telah menyusun dan menyebarkan buku panduan "The Handbook of 2019-nCoV Pneumonia Prevention" dwibahasa iaitu Bahasa Indonesia dan Bahasa Cina untuk kakitangan dan penduduk kampung di sekitar bagi memberi makluman lebih baik kepada mereka tentang pengetahuan perlindungan COVID-19.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200326/2761512-1?lang=0

Source: China Huadian
Keywords: Oil/Energy Utilities