omniture

Hikvision lancar barisan produk paparan LED

Hikvision
2020-04-01 06:35 372

HANGZHOU, China, 1 April 2020 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia yang terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian keselamatan yang inovatif, melancarkan rangkaian penuh paparan LED, bagi menyediakan pengimejan yang lancar, berdefinisi tinggi dan berwarna warni. Dibangunkan dan dikilangkan secara dalaman, paparan LED Hikvision menawarkan teknologi LED anggul halus dalam bangunan, LED tetap dalam bangunan, LED luar dan LED lutsinar bagi meliputi pelbagai keperluan penyesuaian yang luas.

Sepanduk LED
Sepanduk LED

Hikvision mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun menyediakan paparan skrin pemantauan untuk pusat pengawasan dan pelancaran barisan produk paparan LED baharu turut menandakan penembusan Hikvision ke dalam pasaran papan tanda digital komersial yang global dan satu lagi pencapaian penting dalam pengembangan berterusan syarikat daripada bidang keselamatan kepada bidang perniagaan yang baharu.

Paparan LED baharu daripada Hikvision direka khusus untuk memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat daripada organisasi perusahaan dan keselamatan awam, syarikat pengiklanan dan industri hiburan. Paparan LED baharu direkayasa untuk menjadi pilihan yang ideal kepada pusat pemantauan, bilik mesyuarat, skrin iklan dalaman dan luaran, acara langsung penonton dan pelbagai senario yang lain.

Dengan teknologi persembahan imej yang luar biasa, paparan LED Hikvision memberikan pengguna dengan imej dan video seperti kehidupan sebenar dengan gambar berdefinisi tinggi yang cantik. Dilengkapi dengan teknologi pemprosesan imej Pix Master yang unik, paparan ini menawarkan ketajaman imej yang lebih baik, kontras dinamik, penepuan dan kejelasan yang dipertingkat dari semua arah.

Ciri-ciri lain termasuk: 

  • Kawalan jauh: Pengguna boleh mengendalikan paparan secara jarak jauh dengan kad berbilang fungsi yang mudah digunakan;
  • Penukaran mod suhu warna satu klik: Sokongan untuk penukaran satu klik antara berbilang mod suhu warna menukar gambar agar sesuai dengan hampir sebarang aplikasi;
  • Penyahlembapan automatik: Ciri ini mengurangkan kadar lampu rosak sebanyak 30% secara purata, memanjangkan jangka hayat setiap paparan dengan berkesan;
  • Penapisan cahaya biru: Dengan lebih 90% cahaya biru ditukarkan kepada cahaya rendah tenaga, penonton akan mendapat manfaat daripada perlindungan mata yang berkesan dan bertanggungjawab.

Di samping itu, paparan LED Hikvision memudahkan pencantuman beberapa skrin bersama-sama lantaran struktur seragamnya, yang membolehkan pemasangan dan penyelenggaraan yang mudah serta menyokong resolusi 1080p dan 4K biasa dengan perkadaran yang tepat.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia produk dan penyelesaian keselamatan yang terkemuka dunia. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang luas dan amat mahir, Hikvision mengeluarkan suit penuh produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision juga menyediakan kecerdasan perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang dapat mendayakan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited terhadap kualiti dan keselamatan terbaik untuk produk-produknya, Hikvision menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200330/2763692-1?lang=0

Source: Hikvision
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors New products/services